Advertisement - Contact Us

Mahkamah Di US Tidak Pernah Meletakkan DS Najib Sebagai Orang Yang Bersalah... Hanya 'Rakyat Malaysia' Saja Yang Menyalahkan DS Najib...

 


2 KALI WANG DENGAN JUMLAH YANG HAMPIR SAMA MASUK KE AKAUN DS NAJIB... YANG PERTAMA MEMANG DARI TOK ARAB....

Kecoh hari ini berkenaan laporan Malaysiakini (yang kemudian dipetik media lain) bahawa seorang pegawai FBI memberitahu mahkamah Amerika Syarikat bahawa sebanyak AS$756 juta wang berkaitan 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun Najib.


Sebenarnya, cerita ini bukanlah perkara baru kerana tajuk berita yang sama "RM3b masuk akaun Najib” telah berkitar di media Malaysia sejak tahun 2018.


Berikut ialah senario contoh hipotetikal untuk memudahkan kita semua faham. Mereka yang mengikuti secara rapat perbicaraan 1MDB/SRC akan segera faham: 


Katalah anda seorang pekerja sosial yang rajin membantu dan membuat kerja-kerja amal. 



Rakan anda memberitahu anda bahawa seorang ahli perniagaan kaya benar-benar menyokong kerja anda dan ingin turut menyumbang kepada kerja anda.


Anda pergi berjumpa dengan ahli perniagaan itu bersama-sama dengan rakan anda dan ahli perniagaan itu mengesahkan dia mahu menyumbang.


Pada mulanya, rakan anda memberi anda RM5,000 yang dia terima daripada ahli perniagaan itu.


Rakan anda kemudian merompak sebuah bank.


Daripada rompakan itu, dia kemudian mendepositkan RM26,000 ini ke dalam akaun anda dan rakan anda memberitahu anda ia juga daripada ahli perniagaan itu.


Adakah patut anda kemudiannya dituduh terlibat dalam rompakan bank atau dilabelkan sebagai perompak bank?


Itulah sebabnya konteks penting diletakkan tentang SEBAB wang telah didepositkan ke dalam akaun anda dan bukan hanya berdasarkan "wang telah didepositkan ke dalam akaun anda".


Dalam kes Najib, Jho Low telah mengatur agar Najib melawat dan berjumpa dengan Raja Abdullah ketika situasi Arab Spring dan Almarhum Raja Abdullah telah berkata yang beliau sangat menyokong Najib dan ingin menyumbang kepada Najib dan parti pemerintah Malaysia ketika itu supaya terus memerintah demi memastikan kestabilan dalam sebuah negara yang mesra Arab Saudi. Najib diberitahu bahawa Raja Abdullah akan menyumbang sehingga AS$1 bilion.


Mengapa Raja Abdullah memberi wang yang begitu banyak? Ini bukan kali pertama baginda lakukan sedemikian. 


Secara kebetulan, Mahkamah Switzerland hari ini memutuskan bekas Raja Sepanyol tidak melakukan sebarang kesalahan kerana menerima AS$100 juta dari Raja Abdullah (yang dibelanjakan oleh Raja Sepanyol 100% untuk dirinya dan para perempuan simpanannya) pada waktu yang sama Najib mula menerima wang dari Saudi.


Ia telah disahkan di mahkamah bahawa wang sekurang-kurangnya RM642 juta diterima daripada sumber Arab termasuk terus daripada akaun bank milik Kementerian Kewangan Arab Saudi - seperti yang disahkan oleh penyata SWIFT, Ambank dan juga SPRM.


Masalahnya ialah selepas itu, wang sebanyak  AS$681 juta (wang ini yang terkenal dengan RM2.6b) juga kemudiannya ditransfer pada Mac/April 2013 sebelum PRU13 ke dalam akaun Najib yang mana Jho Low juga memberitahu Najib bahawa itu juga adalah sumbangan dari Raja Abdullah.


Najib kemudian memulangkan sebahagian besarnya wang ini kembali ke akaun pengirim kira-kira 5 bulan selepas PRU 13. 


(Dalam kebanyakan media, anda akan baca  bahawa Najib menerima AS$681 juta tetapi kemudian memulangkan hanya AS$620 juta - membayangkan kononnya Najib menyimpan AS$61 juta. Ini adalah tidak benar.


Apabila Najib menerima wang itu pada ketika itu, wang itu segera ditukar dari Dolar AS ke matawang Ringgit ketika kadar pertukaran wang adalah AS$1=RM3.00 tetapi apabila Najib memulangkan dana yang sama dari akaun banknya kembali kepada pengirim pada Ogos 2013, Ringgit telah menyusut 10% kepada AS$1 = RM3.30.



Oleh itu baki Ringgitnya hanya mampu membeli AS$620 juta yang mana itulah jumlah yang dipulangkan.)


Dalam keterangannya, ejen FBI itu juga mengesahkan bahawa Najib memulangkan AS$620 juta ini kepada pengirim! 


Bermakna bahawa dari sejumlah AS$756juta, AS$681juta (dalam nilai ringgit) sememangnya benar-benar telah dikembalikan - Ini meninggalkan baki kira-kira AS$75juta untuk dipertikaikan. 


Sekarang mari kita bandingkan pula dengan apa yang dikatakan oleh ejen FBI itu lagi: 


- Jho Low mencuri AS$1.42 bilion

- Khadem al-Qubaisi dari IPIC mengambil AS$472.8 juta

- Mohd Al Badawy dari Aabar mengambil $76.6 juta

- Tim Leissner mengambil AS$73.4 juta

- Roger Ng mengambil AS$35.1 juta

- 16 orang lain yang tidak dikenali (mungkin para pegawai 1MDB dan pegawai kerajaan) turut mengambil jumlah wang yang tidak diperincikan.


Jadi bagaimana Najib boleh dituduh dalang (mastermind) 1MDB dan mencuri berbilion-bilion jika "saham” yang Najib dapat adalah kurang daripada yang lain dan Najib tidak menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadi atau cuba menyorokkan wang tersebut di luar negara - tidak seperti individu-individu lain yang ada dalam senarai FBI?


Adalah penting juga untuk kita ambil perhatian bahawa ejen FBI itu berkata wang itu masuk ke dalam akaun Najib dan beliau berkata ia adalah untuk kegunaan pilihan raya - itulah yang dimahukan Raja Abdullah iaitu untuk mengekalkan Najib dan memastikan kestabilan politik negara. 


Ejen FBI itu tidak pernah berkata Najib mencuri wang itu mahupun menggunakannya untuk kegunaan peribadi.


Tidak seperti Guan Eng dan Syed Saddiq, inilah sebabnya Najib tidak pernah didakwa kerana mencuri wang atau penyelewengan dana tetapi didakwa di bawah AMLA - bermakna wang yang dianggap haram masuk dan keluar dari akaunnya.


Jadi, anda bolehlah kecam Najib bodoh kerana membiarkan dirinya dipergunakan dan ditipu oleh Jho Low.


Tetapi anda juga harus ingat bahawa Bank Pelaburan terbesar di dunia yang Najib harapkan  untuk menstruktur urus niaga, mengumpul dana dan mengagihkan dana juga mengaku bertanggungjawab dan membayar pampasan RM16.4 bilion sebagai penyelesaian kepada kerajaan Malaysia.


Dan Ambank yang Najib harapkan untuk memastikan dana yang diterimanya adalah sah juga mengaku bertanggungjawab apabila salah seorang pegawai mereka bersubahat dengan Jho Low untuk menyembunyikan transaksi akaun daripada Najib dan membayar pampasan RM2.83 bilion sebagai penyelesaian kepada kerajaan.


Agensi audit KPMG dan Deloitte yang terkenal di dunia yang diharapkan Najib untuk memberi amaran kepadanya atau 1MDB jika ada apa-apa yang tidak kena dalam akaun 1MDB juga gagal menjalankan tugas mereka dan membayar pampasan RM350 juta SETIAP SORANG sebagai penyelesaian.


Dan yang lebih celaka, terdedah kini keluarga bekas Gabenor BNM mengenali Jho Low selama bertahun-tahun dan telah menerima sekurang-kurangnya RM700 juta daripada Jho Low untuk disembunyikan dalam akaun mereka di luar negara! 


Zeti lah yang menasihati Najib untuk membuka akaun bank atas namanya sendiri dan dialah juga yang diarahkan oleh Najib untuk memantau akaun bank Najib untuk sebarang transaksi yang mencurigakan berkaitan dengan penerimaan dana dari luar negara.


Agensi di bawah Zeti juga bertanggungjawab untuk meluluskan pemindahan dana oleh 1MDB ke akaun luar negara yang kemudiannya kita dapati telah salah diluluskan untuk dipindahkan ke akaun luar pesisir palsu dalam masa yang singkat dan dana tersebut lesap. 


Kita juga kemudian mendapat tahu bahawa suaminya adalah rakan kongsi perniagaan dan bersama-sama memiliki sebuah syarikat dengan Samuel Goh yang telah mengaku di mahkamah Singapura bahawa dia telah dibayar AS$4 juta untuk menyediakan semua akaun luar pesisir palsu untuk 1MDB memindahkan dana ke dalamnya. 


Jika bekas gabenor ini menjalankan tugasnya dengan amanah, tiada transaksi yang mencurigakan akan memasuki akaun Najib. Malah, Najib tidak akan pernah membuka akaun bank secara khusus untuk menerima dana asing itu. Zeti yang telah menasihatkan beliau berbuat demikian. 


Jika bekas gabenor ini menjalankan tugasnya dengan berintegriti, tiada wang 1MDB yang  hilang kerana agensi itu akan menyekat semua pemindahan asing ke akaun palsu oleh 1MDB.


Tetapi yang paling pelik di sini ialah 

…walaupun Zeti memainkan peranan utama dan bekas Peguam Negara Tommy Thomas mengisytiharkan bahawa "adalah merupakan pengetahuan umum bahawa Zeti dan suaminya telah membantu Jho Low dalam skandal 1MDB", siasatan ke atas Zeti dan keluarganya nampaknya berjalan pada kadar yang sangat perlahan mengalahkan siput babi. Malah, isu ini disembunyikan dari pengetahuan umum selama bertahun-tahun sehingga ia mula dibangkitkan secara terbuka pada penghujung tahun 2020.


Diterjemah dari penulisan asal Lim Sian See oleh Nabeel Naqie yang cute untuk kefahaman abang kakak semua. 🥰

Sumber  :  Nabeel Naqie

Link asal: Lim Sian See

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama