Advertisement - Contact Us

[ISU SEMASA] PANAS!!! Gambar Gempa Bumi Sabah Yang Tidak Disiarkan Media... 10 Ekor Kerbau Mesti Dikorbankan... #suaramelayubaru

Jom kita layan sekejap gambar-gambar keadaan dan sekitar kerja-kerja menyelamaat selepas berlakunya gempa bumi sederhana di Ranau, Kundasang dan Gunung Kinabalu, Sabah... hingga pagi tadi, dilaporkan jumlah mangsa yang kehilangan nyawa mencecah 19 orang merangkumi warga Malaysia, Singapura, Jepun, China dan Filipina...














"Berikut adalah senarai penuh 19 mangsa yang terlibat:


MALAYSIA 
  1. Lim Choon Seong, 45 (lelaki) 
  2. Muhammad Logman bin Abd Karim, 22 (lelaki)
  3.  Mohd Khairuladzuan bin Abd, 39 (lelaki)
  4.  Valerian Joannes – kakitangan Mountain Torq, (lelaki)
  5.  Ricky Masarin – kakitangan Mountain Torq, (lelaki)
  6.  Joseph Solugin – malim gunung, (lelaki)
  7.  Robbie Sapinggi, 30 (lelaki) – pelatih gunung- (mayat ditemui pada Jumaat)


SINGAPURA
  1.  Rachel Ho Yann Shilin, 12, (perempuan)
  2.  Sonia Jhala, 12, (perempuan)
  3.  Emilie Giovanna Ramu, 12, (perempuan)
  4.  Ameer Ryyan bin Mohd Aded, 12, (lelaki) 
  5. Navdeep Singh Jayral s/o Raj Kumar, 13 (lelaki)
  6.  Mohammad Ghazi b Mohamed, 35 (lelaki)
  7.  Loo Jian Liang Terrence, 29 (lelaki) 
  8. Muhammad Daanish b Amran, 22 (lelaki)
  9.  Wee Ying Ping Peony, 12 (perempuan) – (mayat ditemui pada Jumaat)


FILIPINA
  1.  Karyl Mitzi Higuit Matahom, 12 (perempuan)


JEPUN 
  1. Ozaki Masahiro, 29, (lelaki)


CHINA 
  1. Lugi, 35 (lelaki)"















Sementara itu, pada peringkat awal kejadian berlaku, satu laporan akhbar telah menyatakan bahawa tidak ada kemalangan jiwa dalam kejadian gempa bumi kecil ini... walhal hingga ini, pihak penyelamat masih lagi menemui mangsa yang terlibat dan terperangkap...

Ini menunjukkan sikap tidak profesional segelintir media yang melaporkan perkara yang tidak benar... sekalipun mungkin berniat untuk tidak mahu mencetuskan situasi panik, namun adalah lebih baik melaporkan 'maklumat lanjut masih belum diketahui' daripada berbohong kerana tindakan ini boleh merosakkan reputasi media...


Dalam satu lagi perkembangan lain, satu sidang telah dijalankan oleh satu suku kaum utama di Sabah... ia bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil bagi meredakan kemarahan 'tuhan' mereka di atas tindakan biadap segelintir pelancong Eropah yang telah berbogel di puncak Kinabalu...


Keputusan yang diperolehi ialah pelancong Eropah yang terlibat dikehendaki membayar denda atau 'sogit' iaitu 10 ekor kerbau samada jantan dan betina yakni seekor setiap orang...


Pihak kerajaan negeri Sabah juga telah memberi jaminan untuk mengambil tindakan tegas ke atas pelancong Eropah yang biadap itu...

Gambar-gambar yang mungkin anda tidak sanggup tengok berkenaan krisi kemanusiaan Rohingya... (Klik Sini)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama