Advertisement - Contact Us

Hadi Awang Pernah MENSABOTAJ Usaha Kerajaan Merealisasikan RUU355

 


Kerajaan Madani akan membentangkan RUU355 di parlimen dalam persidangan akan datang... sebenarnya, sebelum ini memang sudah ada usaha dari kerajaan ketika itu pimpinan DS Najib sebagai PM untuk bawa usul RUU355 ini... ketika itu, kerajaan DS Najib sudah memulakan kajian, perbincangan serta sudah mulai turun ke bawah untuk mendapatkan input dari pelbagai pihak selain memberikan penerangan kepada umum tentang usaha ini...

Ketika dalam proses menyiapkan kertas usul tersebut, kerajaan bukan saja mendapatkan pandangan dari pemegang taruh pro kerajaan, malah DS Najib juga telah meminta supaya pihak yg dipertanggungjawabkan mempersiapkan kertas usul ini supaya melibatkan sama wakil dari parti PAS...

Namun, ketika mana proses ini sudah hampir ke penghujung, tiba-tiba kerajaan dikejutkan dgn tindakan Presiden PAS, YB TS Hadi Awang yg telah menghantar usul persendirian kepada Speaker Dewan Rakyat untuk membentangkan sendiri RUU355 ini di parlimen...

Mungkin ramai yg tak faham, apa masalahnya jika Hadi Awang sendiri yg bawa usul ini... sebenarnya, bagi mereka yg memahami selok belok tatacara serta kaedah persidangan parlimen ini berlangsung, maka kita akan dapati bahawa tindakan Hadi Awang ini sebenarnya lebih ke arah nak mensabotaj usaha kerajaan yg mahu membawa RUU355 ini...

Kita harus faham, besar perbezaan jika sesuatu usul itu dibawa oleh wakil kerajaan berbanding dengan wakil pembangkang... Hadi Awang ketika itu merupakan ahli parlimen pembangkang... wakil pembangkang hanya boleh kemuka usul persendirian di parlimen, dan lazimnya usul persendirian ini akan diletakkan di senarai terbawah dari segi keutamaan usul yg nak dibawa, yakni selepas selesai usul yg dibawa oleh wakil kerajaan yg mendapat keutamaan dibentang dan dibahaskan... biasanya, usul persendirian sukar mendapat giliran kerana kekangan masa...

Sebab itu kita hairan apa perlunya Hadi Awang mahu kemuka usul persendirian memandangkan kerajaan sendiri ketika itu sudah mahu membentangkan RUU355 ini... 

Dan sebab itu juga, kalau kita ingat, akhirnya, kerajaan pimpinan DS Najib bersetuju untuk memberi laluan kepada usul persendirian Hadi Awang ini dijadikan senarai keutamaan untuk memberi laluan Hadi Awang walaupun mewakili pembangkang membentangkan usul ini... walaupun kerajaan sudahpun bersiap sedia untuk bentang RUU355 ini, tapi demi nak menjaga air muka Hadi Awang selain kerajaan juga ingin tahu bentuk usul yg Hadi ingin bentangkan maka wakil kerajaan yg sepatutnya membawa usul ini iaitu DS terpaksa memberi laluan kepada Hadi Awang...

Mengejutkan apabila Hadi Awang bangun bukan untuk membentangkan RUU355, tetapi apa yg Hadi lakukan adalah memohon supaya Speaker tidak membenarkan perbahasan berlangsung selepas usul ini dibentangkan, dan apabila Speaker meminta penjelasan dari Hadi maka Hadi kemudiannya memohon supaya pembentangan usul RUU355 ini ditangguhkan...

Inilah sikap sebenar Hadi Awang dan ini jugalah yg selama ini menjadi contoh bagi golongan pimpinan PAS... Hanya kerana tidak mahu usul ini dibawa oleh kerajaan UMNO BN kerana dibimbangi UMNO BN akan mendapat kredit jika berjaya membentangkan usul ini, maka Hadi Awang tergamak mensabotaj usaha kerajaan...

Kali ini, kerajaan pimpinan DS Anwar sudah umumkan akan bawa usul RUU355 ini ke parlimen... jika ianya berjaya maka tentu ini menjadi tamparan hebat buat PAS dan Hadi Awang kerana selama ini merekalah kononnya yg sering diangkat menjadi jaguh apabila menyentuh berkenaan dengan perkara berkaitan Islam... walhal hakikatnya, PAS adalah sebuah parti yg menjadikan Islam sebagai alat tunggangan untuk mereka mencapai matlamat dan kepentingan politik peribadi ..


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama