Advertisement - Contact Us

PAS Kini Layak Bergelar KING MAKER, Yang Ke Laut...

 


PAS MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG... MUSTAHIL PERANCANGAN PAS LEBIH BAIK SEKALIPUN MEREKA MENGAKU MEREKALAH PARTI ISLAM...

Ooo... inilah orangnya yg sedang galak nak mengatur dan mencatur politik dan kepimpinan parti orang lain tu... sakan mamat jendol PAS sekor ni, sampai ke parti UMNO pun dia nak ghanduk juga...

Mereka ni kononnya berjaya menyusup masuk untuk meracuni pemikiran orang UMNO melalui satu dua kerat pemimpin UMNO sendiri yg semakin sesat akibat hujung terowong mereka yg gelap gelita... cuma mujur masih boleh menempek dgn jawatan2 penting dalam kjaan yg ada hari ini, maka dgn kedudukan inilah, dgn dana wang rakyat yg mereka terima melalui portfolio yg mereka pegang itu, mereka sedang berusaha nak mempertahankan populariti diri masing2 agar apabila tiba masa untuk parti membuat pilihan calon2 PRU15 nanti, nama mereka tak dapat parti ketepikan disebabkan 'populariti' yg ada pada diri mereka ini...

Dari luar, parasit2 UMNO ini dibantu, dilobi dan cuba diampu oleh org2 seperti Shamsuri ini dengan harapan barisan kepimpinan utama UMNO dapat berpindah tangan kpd golongan parasit ini...


Caranya, PAS akan berusaha dan membantu sapa saja yg bermusuh dengan UMNO untuk mengkucar kacirkan kepimpinan UMNO yang ada hari ini, dengan menggunakan apa juga cara sekalipun terpaksa menyalahgunakan kuasa... jika berjaya mencetuskan kekacauan dalam UMNO maka mudahlah untuk parasit2 ini masuk jarum dan mengambil alih kepimpinan UMNO...

Jika untuk jayakan agenda ini, duit mereka perlukan, maka duitlah yg akan mereka tabur... jika terpaksa menipu dan menfitnah, maka PAS dan ready nak keluarkan fatwa menghalalkan fitnah... jika campurtangan dlm sistem perundangan perlu dilakukan, maka dgn kuasa mereka akan gunakan utk pastikan sistem perundangan bergerak mengikut kemahuan mereka...


Memang sangat menyedihkan apabila melihat gelagat sebahagian pimpinan PAS ini... terserlah niat jahat, hati perut yg busuk dan akhlak yg buruk yg selama ini mungkin mereka berjaya pendam dan sembunyikan di sebalik jubah dan serban mereka...

Mereka benci apabila DAP masuk mencampuri urusan kepimpinan parti mereka hingga menyebabkan berlaku perpecahan dalaman parti hingga membawa keluar beramai-ramai pimpinan dan ahli PAS bg menubuhkan PAN... dan sekarang, PAS mainkan pula peranan sepertimana DAP dulu untuk ganggu gugat parti UMNO...

Cuma barangkali Shamsuri dan PAS terlupa bahawa yg cuba mereka ganggu ini adalah parti UMNO... UMNO ni parti yg dah masak sangat dah dengan sepak terajang, permainan jahat, strategi busuk dalam politik... UMNO pernah berpresidenkan penjahat politik paling dasyat pernah wujud dlm sejarah negara, dan orng itu masih hidup hingga hari ini, dan masih kekal jahat...


Kalau penjahat sejahat Mahathir pun UMNO mampu dan berjaya hadapi dan akhirnya disingkirkan dari arus kepimpinan dan politik UMNO, walaupun terpaksa membayar dengan harga yg mahal hingga terpaksa hilang kuasa sebagai kjaan, jadi apalah sangat si CICAK MENGKARUNG (memetik kata Azmin kpd Anwar) seperti Shamsuri dan PAS ni...

Anda sendiri yg memilih untuk bermain dangan api, maka bersedia jugalah untuk melecur dan hangus seluruh parti... UMNO dan pernah ajak PAS bersama sama untuk bergerak ke arah kebaikan, malangnya, PAS sudah memilih untuk terjun ke lembah fitnah...

Maka, bak kata Tok Mat Hassan, "Keretapi UMNO BN dah bergerak meninggalkan stesyen menuju ke arah masa depan yg lebih gemilang... yang dah tertinggal, bye bye je lah..."


#NoNegoGoSolo 

#KeluargaMalaysia 

#PakatanHarapan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama