APABILA SEORANG PRESIDEN PARTI TERBESAR RELA MELEPASKAN JAWATAN TERTINGGI DALAM KERAJAAN WALAUPUN BELIAU BERHAK MENUNTUTNYA, MAKA, PENGORBANAN APA LAGI YANG KITA NAK DARI PIMPINAN UTAMA KITA...
Indahnya dan berjiwa besarnya barisan pimpinan utama UMNO dan Barisan Nasional patut disambut dengan penuh tawadduq, rendah diri serta dgn penuh kesyukuran oleh pimpinan utama UMNO BN yang kini berada dalam pasukan kepimpinan pentadbiran negara, atau kerajaan #KeluargaMalaysia ...
Mungkin ramai yg tidak sedar akan hal ini, atau kurang memahami berkenaan hierarki serta kedudukan seseorang figura dalam carta organisasi sesebuah pertubuhan atau parti politik, dan tidak kurang juga bilamana pertikaian timbul dari kalangan mereka yg berkepentingan, sedangkan secara logiknya mustahil mereka tidak faham selok belok pentadbiran dlm organisasi berdasarkan pengalaman mereka selama ini tetapi masih mempunyai agenda tertentu di mana hanya dirinya dan Allah sahaja yg mengetahui...
UMNO, sebagai sebuah parti politik, diketuai oleh seorang Presiden parti, dibantu oleh seorang Timbalan Presiden, dan kedua-dua mereka boleh berada di kedudukan tersebut selepas mendapat mandat majoriti perwakilan UMNO dari cawangan2 memandangkan pemilihan utk kedua-dua jawatan tertinggi ini berlangsung dalam Mesyuarat Agong dan Pemilihan di peringkat UMNO Bahagian lagi, dan ia merangkumi 191 UMNO Bahagian seluruh negara, membabitkan sejumlah sekitar 191 000 orang perwakilan, jika mengambil kira secara purata 1 bahagian dihadiri 1000 org perwakilan yg datang dari 100 UMNO Cawangan setiap bahagian di seluruh pelusuk negara... ia bukan sekadar mandat perwakilan yg hadir dalam Mesyuarat Agong peringkat pusat sahaja, sepertimana dahulu sebelum dibuat pindaan pada perlembagaan UMNO di era kepimpinan DS Najib Razak selaku Presiden UMNO, yg mana biasanya melibatkan hanya sekitar 2000 org perwakilan...
Maknanya, kedudukan DS Zahid Hamidi dan DS Tok Mat Hassan selaku gandingan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO mendapat mandat sokongan majoriti dari ahli akar umbi UMNO itu sendiri dari cawangan2, tidak hanya sokongan dari kepimpinan peringkat Bahagian, Negeri atau pusat semata-mata...
Begitu jugalah halnya dengan kedudukan DS Ismail Sabri sebagai Naib Presiden UMNO... berbeza dengan kedudukan sebagai Perdana Menteri Malaysia... seorang Perdana Menteri mestilah seorang dari kalangan Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat... bermakna individu tersebut telah memenangi salah satu kerusi Parlimen drpd jumlah 222 kerusi Parlimen yg dipertandingkan dalam pilihanraya... seorang drpd 222 ahli2 parlimen yg menang pilihanraya ini akan dipilih untuk dinamakan sebagai Perdana Menteri... individu ini mestilah mendapat sokongan majoriti mudah (simple majority) dalam undian di kalangan 222 ahli parlimen, iaitu bersamaan 111 + 1 sokongan ahli parlimen...
Kumpulan yg membentuk simple majority ini dan memberikan sokongan kpd seorang Perdana Menteri inilah yg kemudiannya akan bergabung dan membentuk sebuah kjaan yg memerintah... manakala kumpulan ahli parlimen yg tidak menyokong Perdana Menteri yg dinamakan tadi kemudiannya akan membentuk gabungan Pembangkang... individu yg namanya sudah sah mendapat undi simple majority ini kemudiannya akan mempersembahkan hal tersebut kpd Ke Bawah Duli SPB Yang Dipertuan Agong untuk tujuan mendapat perkenan dan kemudiannya dilantik secara rasmi melalui 1 proses mengangkat sumpah jawatan di hadapan YDP Agong...
Memang secara tradisi, di era pentadbiran kjaan dominasi UMNO BN dulu, yg biasa akan masuk bertanding dalam pilihanraya adalah terdiri drpd kalangan parti2 politik... untuk membentuk kekuatan dan memberi keyakinan yg lebih kpd pengundi atau rakyat, khususnya dalam hal berkaitan ke mana nak dibawa akan halatuju negara dan apakah kaedah pendekatan pentadbiran yg akan ditawarkan kpd rakyat, maka biasanya kalangan parti2 politik ini akan membentuk sesatu gabungan strategik dan bertanding dlm pilihanraya... maka wujudlah gabungan2 seperti Perikatan (sehingga 1970), Barisan Nasional, waima di pihak pembangkang juga mereka cuba membentuk pelbagai gabungan seperti Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan yg terakhir serta mampu menang dlm pilihanraya adalah gabungan Pakatan Harapan...
Apabila sudah wujud gabungan bermakna gabungan itu sudah ada ketuanya atau pengerusi gabungan dan senarai jawatankuasanya dan ia berlaku secara konsessus... biasanya, ketua atau pengerusi gabungan ini mestilah seorang yg mendapat sokongan terkuat dalam gabungan, berpengaruh, dan kemungkinan untuk dirinya tewas dlm pilihanraya hingga gagal menjadi ahli parlimen boleh dikatakan hampir mustahil... dan dalam pilihanraya, pertembungan lebih berkisar antara 1 parti gabungan dengan parti gabungan yg lain, dan keputusan menang atau kalah itu lebih menjurus kpd jumlah kerusi yg berjaya dimenangi oleh sesebuah gabungan tersebut...
Gabungan yg berjaya mendapat jumlah kerusi melebihi 111+1 akan membentuk kjaan baru... bab Perdana Menteri tidak pernah timbul ketika era BN sebagai kjaan dahulu kerana mmg secara tradisinya, individu yg mengetuai sesatu gabungan itu, dan menang pilihanraya lah yg akan mendapat mandat dr gabungannya yg menang itu untuk mengadap YDP Agong dan kemudian mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri...
Berbeza dgn yg berlaku hari ini, kegagalan dan kepincangan yg dilakukan oleh Pakatan Harapan selepas diangkat menjadi kjaan dlm pilihanraya tahun 2018 telah melakukan begitu banyak kerosakan di dalam sistem negara... disambung pula dgn keruntuhan kjaan PH dan diambil alih oleh TS Mhyiddin Yassin yg kemudiannya membentuk gabungan 'Perikatan Nasional' yg diikat dgn ikatan yg longgar... ditambah pula dgn berlakunya krisis besar penularan wabak pandemik Covid19 yang membawa kepada pengisytiharan darurat di mana pengurusan kjaan berpandukan hanya kpd Ordinan Darurat yg diwujudkan yg kuasanya mengatasi Perlembagaan Persekutuan Malaysia...
Pun begitu, kjaan pimpinan Muhidin juga telah gagal dgn teruknya untuk kekal bertahan sehingga muncul kempen #KerajaanGagal di kalangan rakyat Malaysia pelbagai peringkat... berlaku sekali lagi peralihan kuasa selepas TS Muhyiddin dan teamnya mencetuskan beberapa krisis besar membabitkan perlembagaan malah terkait sama dgn kuasa, peranan dan kedudukan Majlis Raja-Raja, khususnya institusi YDP Agong itu sendiri... ibarat bangkai gajah yg tak mampu nk ditutup lagi akhirnya TS Muhyiddin terpaksa mengalah dan menyerahkan kuasa Perdana Menteri kpd DS Ismail Sabri... itupun berlaku dlm keadaan pelbagai muslihat, hipokrasi, percaturan politik...
Sebagai seorang yg berstatus Naib Presiden, secara ironinya sudah tentu semua orang tahu bahawa di peringkat kepimpinan parti politik, baik UMNO mahupun di dalam Barisan Nasional, ada individu lain yang menjadi ketua atau Presiden atau Pengerusi gabungan, dan DS Ismail Sabri adalah sebahagian drpd ahlinya... malah masih ada seorang lagi yg berstatus Timbalan Presiden atau Timbalan Pengerusi parti gabungan berada di atas dlm hierarki melibatkan DS Ismail Sabri... waima jgn dilupa, di atas DS Ismail Sabri juga masih ada seorang lagi pimpinan utama dalam parti gabungan BN, walaupun dalam barisan kabinet DS Ismail Sabri, pemimpin ini hanya berstatus sebagai salah seorang menteri kabinetnya dan DS Ismail sbg ketuanya dlm kjaan #KeluargaMalaysia... individu tersebut adalah Menteri Pengangkutan sedia ada, DS Wee Ka Siong di mana dlm parti, beliau adalah Presiden parti MCA, dan tentunya kedudukannya dlm gabungan BN juga berada di atas DS Ismail...
Kalau kita lihat setakat ini sahaja, mungkin kita boleh bayangkan bagaimana bergeloranya pertembungan yg berlaku antara kepimpinan parti dengan kepimpinan kjaan... mengambil kira fitrah manusia dalam bab kuasa ini, mungkin kita akan tergambar betapa ligatnya keadaan kepimpinan dan org yg berada di sekeliling mencatur strategi, menyusun agenda, mengatur strategi untuk saling mencantas, menikam, cah keting antara satu sama lain...
Di mata pihak musuh, inilah sebenarnya perkara yg mereka mahu lihat berlaku dlm kepimpinan kita... mereka akan cuba perbesarkan hal yg remeh temeh... kalau ada di mata mereka terlihat seperti DS Ismail tidak sambut tangan DS Zahid yg dihulur utk bersalam, maka mulalah mereka mainkan propaganda konon DS ismail dah tak sehaluan dan dah mula nk menunjukkan protes ke atas DS Zahid... satu pihak lagi pula akan mula mainkan propaganda konon DS Ismail sudah berani melawan towkey... minyak makin disimbah, api makin membesar, walhal asal isunya DS Zahid hulur tangan untuk ambil gelas di tepi DS Ismail yg ketika itu mereka mungkin mmg sedang berbual... disebabkan ada pihak jahat yg sngaja mencetuskan provokasi, mengeluarkn foto atau video yg tidak menggambarkan keseluruhan isu, maka akan ada yg terpengaruh, membawa kpd kecaman demi kecaman, kata mengata, tuduh menuduh... jika pumpinan utama tidak membendung hal ini dari awal, maka partilah yg akan diletakkan di tebing2 kehancuran... (cerita salam ini hanyalah contoh dan ia bukan benar2 berlaku)
Nak menutup mulut pihak musuh, luar dan dlm lingkungan parti, perlu ada pihak kepimpinan terutama yg terlibat secara langsung, melakukan sesuatu yg drastik, menzahirkan jiwa besar, kebersamaan dan keikhlasan, sekalipun ianya mungkin akan dilihat sebagai tindakan di luar tradisi kebiasaan parti dan berisiko... pimpinan perlu menilai dari sudut risiko itu, antara risiko kpd karier politik diri dgn risiko kpd masa depan parti, mana yg mesti diberi keutamaan... dan selebihnya sudah tentulah tahap kebergantungan kpd kuasa dan ketentuan Ilahi juga memainkan peranan...
Apabila parti UMNO, Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Timbalannya serta seluruh pasukan Majlis Tertinggi di dalam parti sebulat suara mengumumkan bahawa DS Ismail Sabri akan menjadi calon Perdana Menteri Malaysia jika BN berjaya memenangi pilihanraya umum PRU15 nanti, atau sebagai 'Poster Boy' dalam kempen BN nanti, maka itulah kemuncak kpd tahap berjiwa besarnya, kebersamaan dgn parti dan keikhlasan dalam perjuangan yg berjaya dizahirkan, dibuktikan dan ditonjolkan oleh seorang insan yg bernama DS Zahid Hamidi, begitu juga oleh DS Tok Mat Hassan dan seluruh barisan kepimpinan tertinggi UMNO...
Seorang yg berstatus ketua, yg mendapat mandat majoriti drpd jumlah 191000 perwakilan ahli UMNO untuk memimpin parti, begitu juga timbalannya yg mampu menang dgn majoriti yg sgt selesa merebut jawatan timbalan presiden tempohari, bersedia menyerahkan kuasa melalui kerusi sbg Perdana Menteri Malaysia kpd Naib Presiden partinya...
Sebagai Presiden parti, beliau juga berhak menjadi PM jika menang PRU... alasan pendakwaan mahkamah yg beliau hadapi yg sering dijaja utk menidakkan hak tersebut, sebenarnya sesuatu yg sgt tidak lagi relevan kerana hari ini umum sudah semakin mengetahui bahawa pendakwaan2 yg dikenakan ke atas DS Zahid dan beberapa lg pimpinan utama UMNO adalah bersifat pendakwaan terpilih, yg semuanya dilakukan ketika era PH menjadi kjaan, dan dalang utama yg mengamalkan politik dendam kesumat dan politik membunuh karektor lawan adalah Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun Mahathir Mohamad...
Demi nak menghormati sistem perundangan dan kehakiman negara, demi nak mengelakkan drpd masyarakat dan rakyat jadi hilang terus keyakinan dan rasa hormat terhadap sistem2 ini, maka pimpinan UMNO terpaksa memilih utk bertahan dan menghadapi juga pendakwaan yg sedang berjalan ini hingga selesai... lebih menyedihkn bilamana melihat betapa rosaknya sistem kehakiman negara, yg masih cuba dipertahankan oleh pimpinan UMNO walaupun diri mereka sendiri turut sedang menjadi mangsa pencabulan hak dan keadilan, tiba2 terdedah satu persatu isu yg mengaitkn intergriti hakim2 mahkamah... org yg mengadili kes berprofil tinggi, menjatuhkan hukuman yg berat, akhirnya terdedah bahawa hakim itu juga ada menerima wang dari sumber yg beliau sendiri kata hasil rompakan 1MDB...
Sebab itu, sbg tanda penghargaan, kesetiaan, juga keikhlasan dan rasa syukur, kita, ahli akar umbi UMNO sangat berharap agar YAB Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, yg sudah dinamakan oleh parti sbg calon PM dari BN selepas PRU15 nanti, dapat menzahirkan kebersamaan dirinya kpd UMNO dan kpd barisan kepimpinan yg sebulat suara telah bersetuju meneruskan mandat kpd beliau...
Apa juga isu yg timbul, selesaikan secara musyawarah khususnya dgn jemaah yg telah mendokong kita... jgn malu untuk bertanya terus kpd pimpinan jika wujud desas desus negatif, cukup dgn menghantar mesej whatsapp utk dapatkan penjelasan.. yg ditanya pula jgn cepat melenting, konon tuduh tak percaya dan sebagainya... apabila dia memilih utk bertanya terus dgn anda, bermakna dia masih menghormati dan mengikhtiraf diri anda sebagai pemimpin... maka jawablah dgn baik, dan kemudian adakan perbincangan mencari jalan untuk mengatasinya...
Sebenarnya sbg ahli, kami yakin bahawa barisan kepimpinan kami di atas tentunya lebih arif dan tahu solusi yg terbaik jika berlaku sesuatu isu... tak perlu pun kami memberi apa2 cadangan...
Untuk pengetahuan pimpinan UMNO di atas, buat pertama kalinya, sejak kita tewas PRU14 tempohari, kali inilah kami sbg ahli2 biasa akar umbi UMNO boleh berasa sangat lega, dapat mengukir senyuman kepuasan dan dapat menikmati kesyukuran, kerana dapat melihat penyatuan dan perpaduan yg sedang berlaku di dlm UMNO melibatkan pemimpin2 utama parti... penyatuan yg sedang berlaku di atas, memberi lebih keyakinan kpd ahli di bawah untuk membentuk sebuah pasukan yg lebih padu dan jitu bagi mengharungi badai PRU15 dgn gagah perkasa...
#DuluKiniSelamanya
#NoNegoGoSolo
#UMNOBangkit
#UMNOSebuahPerjuangan