Advertisement - Contact Us

Ahli-Ahli UMNO Sokong DS Ismail Sabri Menjadi PM Bukan Untuk Tunduk Patuh Dengan Segala Syarat Muhyiddin Yassin Dan PN...

 


Berdasarkan pengakuan yang dibuat secara terbuka oleh Muhyiddin Yassin, maka jelas lah, memang wujud perjanjian-perjanjian sulit dan melibatkan syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan, antara Muhyiddin Yassin yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dengan YAB Perdana Menteri, DS Ismail Sabri bagi membolehkan penyerahan kuasa dan kerusi Perdana Menteri itu bertukar tangan daripada Muhyiddin kepada DS Ismail Sabri...

Perjanjian sulit ini TIDAK MELIBATKAN UMNO BN dan ia tidak layak nak dikaitkan dgn UMNO BN kerana ia tidak melibatkan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN... samada perjanjian ini berada dlm pengetahuan DS Zahid atau tidak, samada ia telah dipersetujui oleh DS Zahid atau tidak, ia tetap ada had dan batasnya...

Maknanya, selaku Naib Presiden UMNO, anda boleh menjadi PM juga adalah disebabkan sokongan yg diberikan oleh ahli2 parlimen UMNO BN juga, termasuklah drpd Presiden umno dan lain2... anda diberi hak untuk membuat keputusan atas kapasiti sebagai ketua kjaan dan atas kapasiti ini jugalah, anda mendapat dokongan dari parti UMNO dan seluruh ahli2 UMNO...


Jadi, bayangkan, apabila hari ini seluruh ahli UMNO tahu, mereka tidak hanya menyokong DS Ismail sbg PM, malah mereka juga sedang menyokong supaya semua syarat2 Muhidin itu perlu dipatuhi oleh PM, mereka sedang menyokong PM yg sedang dan akan terus akur dgn syarat, perintah dan arahan yg datang dari Presiden PPBM itu...

Jika PM masih belum sedar realiti yg sedang berlaku ini, maka boleh lah untuk ahli umno bersetuju dgn kenyataan yg dibuat oleh Datuk Nur Jazlan mengatakan bahawa DS Ismail sekarang adalah Perdana Menteri yg paling lemah datang dari UMNO... so sorry about that... 

Anda sedang mempergunakan mandat dan sokongan yg diberikan oleh seluruh pimpinan dan ahli akar umbi UMNO kepada diri anda untuk menjadi tunggangan, pak turut, tongkoi kayu kepada PPBM dan PN... berhempas pulas DS Zahid, Tok Mat Hassan, Bossku berusaha untuk mengangkat kedudukan dan kekuatan UMNO, pada masa sama, anda pula membenarkan musibat2 dari PPBM dan PAS terus terusan memijak maruah UMNO...


Bab Muhyiddin dan PN mengingkari perintah istana ni, tak perlu aku nak ulas dah, sebab seantero dunia dah sedia maklum betapa Muhyiddin, PPBM dan PAS ini merupakan penderhaka kpd YDP Agong... menipu Agong, menjual nama Agong, seleweng fakta dari pengetahuan Agong, khianat mandat Agong, engkar arahan Agong dan Majlis Raja2, semua ni dah jadi makanan PN... Jadi setakat nak menipu bab bersyarat, tak bersyarat ni, just small matters for all of bloodyfool them...

Cuma skang, mata tertumpu kepada apakah langkah DS Ismail Sabri selanjutnya... walaupun aku yakin, DS Ismail bukanlah pencatur atau pemain utama dalam percaturan ini, ada tangan ghaib dlm kalangan keliling kelalang yg sedang aktif menggerakkan bidak2 kabinet Ismail, berselindung di sebalik lambungan batang tubuh DS Ismail Sabri, dan sentiasa bertindak dgn meletakkan kedudukan DS Ismail di kedudukan persimpangan supaya dia boleh konon membantu memandu DS Ismail utk mengambil simpang yg betul, mengikut kemahuannya... 

One for all, all for one, sekali saja sudah memadai, untuk DS Ismail mengambil simpang yg berlawanan, tidak ikut skrip Annuar Musa yg terhidang indah di depan... ini saja yg ahli UMNO di bawah mahu lihat DS Ismail Sabri buat... political will DS Ismail sedang dinilai oleh ahli parti... tahap keberanian, kebijaksanaan memilih sekutu, kemampuan untuk mengasingkan seteru, solidariti, ini yg sedang dilihat rapat oleh ahli...



Presiden parti tahu apa yg boleh dilakukan, apa yg patut dilakukan dan apa yg mesti dilakukan... parti cuba untuk bertahan kerana tidak tergamak rasanya nk meninggalkan DS Ismail Sabri terkontang kanting seorang diri, dipermainkan oleh lawan dan kawan yg realitinya adalah lawan... tapi sekali lagi, bertahan ada hadnya... dah beberapa kali presiden terlepas simpang dek kerana nk pertahankan solidariti pasukan... apa juga keputusan parti selepas ini, tidak mampu dah nak menoleh ke belakang lagi... kereta yg tengah laju pun tak sepatutnya terlalu kerap main drop gear... akhirnya akan jahanam kereta... tempat yg patut parti tukar gear 4 kpd gear 5, kali ini, presiden mesti kena tukar... maaflah kalau PM masih mahu memilih naik kereta yang ada maksimum sampai gear 4 sahaja...


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama