Advertisement - Contact Us

Bukan Calang-Calang Untuk Mana-Mana Pemimpin Mampu Saingi Pencapaiannya...

 


7 PRK, 3 PRN, 2 PM TUMBANG DAN AKHIRNYA BERJAYA MELETAKKAN UMNO BN KEMBALI KE PERSADA KUASA... Masih Ada Yang Bertanyakan Hala Tuju Presiden UMNO???

Daripada Fb Presiden UMNO...

Ramai bertanya bagaimana saya masih mampu bertenang ketika serangan demi serangan ditumpukan pada saya.

Saya perjelaskan kita akan tenang jika mengerti dan menginsafi dugaan dalam kehidupan semata-mata suatu ujian.

Hati kita jadi tenang apabila meyakini cabaran yang terpaksa ditempuhi adalah sebuah perjuangan yang luhur.

Kita akan lebih tenang apabila memahami mengapakah diri ditohmah oleh mereka yang tidak tenang. 

Mereka yang tidak tenang kerana terlalu mementingkan kedudukan, kuasa dan jawatan.

Mereka yang tidak tenang kerana kedegilan Presiden UMNO meneruskan kebangkitan parti ini.

Apabila kita percaya kita di pihak yang benar dan beranilah kerana benar, maka perasaan jadi tenang.

Sebagaimana saya bertenang apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang angkara fitnah dan pembohongan pada 2018.

Tetap bertenang walaupun ditekan oleh sang penguasa supaya mengkhianati amanah yang diberikan oleh parti.


Fokuskan fikiran, hati dan tenaga kepada Yang Maha Esa, maka kita akan menjadi seorang yang kuat dan tenang.

Ketenangan bukanlah bermakna lemah, tetapi ia perlu hadir bersama keazaman, kecekalan dan kebijaksanaan.

Saya berdoa agar diri terus diberi ketenangan oleh Yang Maha Esa dalam meneruskan perjuangan ini.


Saya berdoa agar saudara saudari turut diberi ketenangan dalam mengharungi apa jua perit getir kehidupan.

InsyaAllah pandangan dan hala tuju kita akan lebih jelas tentang apa yang harus dilakukan.

Sumber   : DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi

#ketenangan

#perjuangan

#kepadaAllahkitaberserah

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama