Advertisement - Contact Us

Surat Sokongan Muhyiddin Kepada Anwar Untuk Jadi PM Mula Tular... Apa Kata PAS?

 



TERSEBAR SURAT YANG MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA DS ANWAR IBRAHIM, DARI MUHYIDDIN MEWAKILI PERIKATAN NASIONAL...

Satu pendedahan berhubung sepucuk surat dari Perikatan Nasional yang menyatakan persetujuan dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 sekiranya gabungan parti mereka menang di pilihanraya umum ke 15.


Walaupun surat sokongan tersebut bertarikh pada bulan Februari yang lalu namun ianya menjadi tular pada hari ini. Hari terakhir berkempen bagi pilihanraya negeri Johor.

Walaupun tarikh pilhanraya umum ke 15 belum diketahui dan surat ini diragui namun rata-rata yang mengikuti rapat perkembangan pilihanraya negeri Johor boleh menilaikannya sebagai ‘ada benarnya’ gabungan ini berlaku di sini.


Strategi kempen yang sama, isi ceramah yang sedikit pun tiada perbezaan antara PKR, pakatan harapan dan perikatan nasional dan paling jelas wujudnya bukti kesepakatan adalah mereka tidak menyerang antara satu sama lain.

Gabungan kedua kelompok ini bakal di bawah radar DAP seperti ketika kesemuanya berada di dalam pakatan harapan kecuali PAS. Dan PAS tidak akan merasa janggal untuk tunduk kepada arahan DAP sekali lagi kerana sebelum ini PAS pernah dijadikan lembu laga DAP ketika di bawah jenama pakatan rakyat.


Kempen di pilihanraya negeri Johor hanya memusatkan cercaan, hinaan, tohmahan dan fitnah terhadap Najib Razak. Malah paling celaru apabila isu 1MDB cuba diputar belitkan oleh kesemua parti lawan UMNO BN.

Kesemua mereka juga dilihat hampir setiap ceramah melabelkan Najib Razak sebagai perompak dan penyamun ekoran keputusan mahkamah dan mereka tahu Najib sedang melawan kes beliau dan masih belum berakhir.


Tiada yang mustahil dan sememangnya sudah jelas, walaupun nampak mereka berlawan di Johor tetapi akhirnya mereka akan bergabung dengan jumlah kerusi yang mereka menangi untuk membentuk kerajaan negeri Johor.

Parti Mahathir nampaknya ditinggalkan kerana Mahathir tidak dapat menerima Anwar sebagai PM kerana beliau adalah bekas banduan liwat.

Bangsa Johor perlu tolak kesemua mereka supaya Barisan Nasional boleh mentadbir Johor dan menguruskan rakyat tanpa gangguan kelompok gila kuasa.

Sumber  :  MyKMU

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama