Advertisement - Contact Us

DS Najib Jadi Fenomena Baru Di Johor... Mimpi Ngeri Buat Muhyiddin, Mahathir, DAP Dan Parti Lawan Keseluruhannya...

 


70% KEMENANGAN DALAM TANGAN, TINGGAL LAGI BAKI 30% YANG MENJADI TANGGUNGJAWAB SELURUH JENTERA BN, CALON-CALON DAN PIMPINAN PARTI SEMUA PERINGKAT...

POPULARITI Najib Razak akan membantu Barisan Nasional (BN) meraih undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata penganalisis.
Walaupun sukar untuk mengukur sejauh mana kesan yang akan diberikan oleh bekas perdana menteri itu, ia pastinya tidak menjejaskan peluang BN di negeri itu, kata mereka.
Najib yang juga berkempen untuk BN di Melaka akan mengukuhkan peranannya sebagai ketua kempen parti untuk pilihan raya umum akan datang jika BN menang, tambah mereka.
James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata Najib menggunakan media sosial untuk kegunaan BN.
Beliau juga mendapat banyak perhatian media yang membantu mempromosikan kempen BN di negeri ini, kata Chin.
“Beliau tahu apa yang hendak dikatakan dan bagaimana untuk mendekati orang ramai.
“Contohnya perhimpunan besar pertamanya di Johor adalah melawat sekolah Cina kerana beliau tahu orang Cina marah kepada DAP dan Pakatan Harapan.



“Beliau tahu bagaimana untuk menghubungi mereka dengan bermain kad pendidikan Cina dan mengingatkan orang ramai beliau adalah orang yang meluluskan lesen (untuk sekolah itu).
“Beliau sangat strategik dan bijak,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Najib melawat Sekolah Menengah Foon Yew di Johor semasa kempen itu.
Lawatannya itu mendapat kritikan daripada ahli Parlimen pembangkang yang mengatakan lembaga pengarah sekolah perlu dipecat kerana mengalu-alukan Najib yang disabitkan kesalahan rasuah.
Kehadiran Najib di Johor juga seolah-olah membayangi pilihan BN untuk Menteri Besar Hasni Mohammed.
Ini adalah disengajakan, kata Chin.
“Apa yang ada lihat adalah strategi yang disengajakan, ia bukan secara kebetulan. BN tahu Najib mempunyai jangkauan media sosial yang lebih besr. Mereka mahu mempermainkan Hasni.
“Mereka mahu menumpukan kepada satu saluran BN dan pada asasnya jika anda melihat saluran BN yang lain ia sangat senyap berbanding dengan apa yang Najib lakukan,” katanya.



Johor akan keluar mengundi pada 12 Mac dengan pengundian awal pada 8 Mac. Ia adalah pilihan raya negeri yang padat dengan lebih 15 parti dan 239 calon bersaing untuk 56 kerusi.
Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mempunyai 56 calon manakala Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) meletakkan 42 calon dan Pakatan Harapan (PH) 30.
PKR meletakkan 20 calon diikuti 16 calon bebas dan tujuh daripada Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).
Dalam usaha pertamanya ke Semenanjung Warisan meletakkan enam calon manakala empat calon mewakili Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Kedua-dua Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing meletakkan seorang calon.
Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia Mazlan Ali berkata Najib boleh memujuk golongan atas pagar untuk mengundi BN.
“Dia boleh mempengaruhi mereka di atas pagar. Mereka yang berada di atas pagar suka memilih mereka yang popular.”
Mengenai kejayaan BN di Melaka, Mazlan berkata tidak ada bukti ia berpunca daripada Najib.
“Pada saya, dia hanya membuat kempen ‘meriah’. Di Johor, jika BN menang besar, maka mungkin kita boleh katakan ia berpunca daripada Najib.”
Orang ramai yang berpusu-pusu melihat Najib mungkin hanya berminat untuk berswafoto dengannya; itu tidak semestinya diterjemahkan kepada undi, tambah Mazlan.



Sementara itu, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, berkata walaupun tidak ada bukti bahawa Najib berada di sebalik kemenangan BN baru-baru ini, pastinya tidak rugi untuk BN bersama Najib.
“Aura ‘kemakmuran’ yang dibawa Najib sudah pasti luar biasa. Keputusan pilihan raya BN yang cemerlang di Melaka menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya lawatannya tidak merugikan, walaupun sukar untuk diukur jika ia menyumbang secara signifikan kepada kemenangan yang memberangsangkan.
"Dan keputusan yang sama mungkin berlaku di Johor," kata Oh.
Kebangkitan semula Najib
Jika BN mencatat kemenangan besar di Johor, Najib akan mengukuhkan peranannya sebagai ketua kempen parti itu, kata penganalisis itu.
Chin berkata ini akan membuka jalan untuk beliau memainkan peranan yang lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang.
“Beliau mungkin akan menjadi pengarah kempen untuk seluruh negara.
"Dia jelas masih sangat dekat dengan rakyat. Dia masih lagi pemberi idea dan pakar strategi utama dalam BN."
Oh berkata, matlamat utama Najib adalah untuk menyingkirkan masalah undang-undang yang dihadapinya sekarang.
"Najib bermatlamat bukan sahaja untuk membersihkan namanya, tetapi turut bermatlamat untuk sebuah kebangkitan semula politik yang gemilang.”
Diterjemahkan oleh Nabeel Naqie
– 9 Mac, 2022.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama