Advertisement - Contact Us

Awas !!! Selangor dah jadi negeri Samseng di bawah Khalid 'Nangoi' sebagai 'kepala'nya...

1.  Samseng...samseng dan samseng. Sedih betul bila terkenangkan hal ini. Semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan kerajaan Negeri Selangor, kes-kes dan isu-isu membabitkan penglibatan samseng meningkat bak cendawan tumbuh sesudah hujan dalam negeri Selangor. Tak kiralah samada melibatkan kumpulan samseng, tindakan samseng, salah guna ala samseng, pembunuhan samseng, pemimpin samseng atau apa jua yang menonjolkan kesamsengan segelintir pihak.

2.  Dengan jumlah kumpulan samseng atau konsi gelap yang meningkat di beberapa kawasan hitam, penglibatan pemimpin Pakatan Rakyat yang menggunakan kuasa demi kepentingan kumpulan samsengnya, pencerobohan ke sidang media Rahimi yang dilakukan ala samseng, pembunuhan Dato' sosilawati oleh kumpulan samseng yang didalangi oleh lawyer samseng dan terbaru adalah ugutan kumpulan samseng berhubung isu pembahagian bazar Deepavali di Klang.

"SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyiasat dakwaan wujudnya kumpulan samseng yang seolah-olah mengawal Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam menentu dan mengagihkan tapak bazar sempena sambutan Deepavali di sekitar bandar Klang.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin, berkata perkara itu timbul apabila beberapa individu datang ke Pejabat Menteri Besar minggu lalu dan menyatakan mereka tidak berpuas hati kerana terdapatnya kumpulan samseng yang menghalang MPK mengadakan cabutan undi secara adil untuk pengagihan tapak bazar berkenaan.
Beliau berkata, pihak MPK juga sudah dipanggil bagi membincangkan isu berkenaan dan kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku dalam mengendalikan pengagihan bazar terbabit.
Click Here
"Kerajaan negeri memberi jaminan akan menyiasat secara terperinci dakwaan ini supaya tindakan sewajarnya dapat diambil demi memberi keadilan kepada peniaga-peniaga kecil daripada keturunan India yang mahu mencari rezeki secara halal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini." - B. Harian Online

3.  Perkara ini sebenarnya jelas membuktikan kegagalan kerajaan negeri di bawah pimpinan Tan Sri Khalid 'Nangoi' mentadbir urus negeri Selangor dengan baik. Akibatnya, budaya samseng dengan mudah menerobos masuk hingga mendatangkan nama buruk kepada kerajaan negeri.

2 Ulasan

  1. Inilah akibat mempercayai samseng daripada Polis. Polis dimalukan, dibenci dan diperkecilkan. Akhirnya semakin menyerlah undang-undang rimba. Undang-undang negara, adat, dan peratoran diketepikan dengan menunjukkan siapa berkuasa.

    BalasPadam
  2. Sebelum Pakatan, samseng ni terselindung sbb ada orang "atas" yang lindung. Sekarang dah takde boss nak lindung, itu yang terpaksa menampakkan diri tu...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama