Advertisement - Contact Us

Mahkamah benar perintah larang sidang dewan. (Maka sia-sialah Sidang itu) - MalaysiaKini

"Mar 3, 09 5:28pm

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini melarang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak sah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim membuat keputusan tersebut dalam kamarnya ekoran permohonan yang dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam exconya.

Permohonan tersebut difailkan pagi ini dan didengar dalam kamar pada jam 2.30 petang. Ridwan membuat keputusannya mengikut Seksyen 44 Akta Akta Relif Spesifik.

Zambry dan anggota exco tersebut diwakili oleh peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Hafarizam Harun, Abu Bakar As Sidek, Cheng Mai, Badrulhishah Abdul Wahab, Faizul Hilmy Ahmad Zamri dan Zaireen Zainal.

Sivakumar pula diwakili oleh timbalan penasihat undang-undang negeri, Zulqarnian Hassan ekonran keputusan makamah pagi ini bahawa Speaker tidak diwakili oleh peguam persendirian.

Bercakap kepada pemberita selepas kes itu selesai didengar dalam kamar, Firoz berkata, pesuruhjaya kehakiman tidak menyatakan butiran terperinci mengenai keputusannya selain daripada membenarkan permohonan Zambry untuk melarang Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan tersebut merupakan "langkah petama dan lengkap yang diambil untuk memulihkan kerajaan yang sah di Perak".Beliau menyifatkan keadaan sekrang sebagai "hampir kelam-kabut".

Katanya, dalam hujah, mereka menekankan kepada hakikat bahawa Speaker tidak mempunyai kuasa untuk memanggil sebarang sidang dewan, walaupun sidang tergempar seperti yang diadakan hari ini.

Perintah mahkamah itu tidak mempunyai had masa dan penaltinya akan diputuskan kemudian jika dan bila Speaker mengadakan sidang berikutnya yang dianggap tidak sah.

Firoz juga berkata, Akta Relif Spesifik membenarkan mahkamah mengeluarkan perintah kepada pegawai awam - dan dalam kes ini - ialah kepada Speaker."
- MalaysiaKini

Nampaknya segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sekali lagi menemui kegagalan. Sudah lah terpaksa menempuh malu kononnya demi rakyat apabila menjalankan sidang DUN di bawah pokok, mahkamah pula memutuskan bahawa sidang yang dijalankan oleh mereka adalah sidang yang tidak sah.

Sebenarnya pada pendapat saya, tindakan mengadakan sidang di bawah pokok adalah satu tindakan yang kurang bijak dan tidak lebih hanyalah bermotifkan untuk menagih simpati rakyat kononnya mereka yakni Pakatan Rakyat telah dianiaya oleh kerajaan. Walhal, jika benar mereka hendak mengadakan sidang tersebut walau mendapat halangan dari diadakan di Dewan sepatutnya dantanpa perkenan Sultan, sekurang-kurangnya mereka boleh adakan di kedai kopi atau di tempat yanglebih beradab dan tertutup, bukan di tempat meletak kereta di bawah pokok.

Kesinambungannya jelas menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat terutama MBnya Mohd Nizar, speaker DUN, Siva dan ADUN PR yang lain hanya lah hendak mencari publisiti murahan, menagih simpati rakyat dan cubaan memburuk-burukkan kerajaan BN. Sedangkan perkara ini tidak harus terjadi jika Pakatan Rakyat faham dan meneliti perundangan dan perlembagaan yang sudah termaktub dan ianya boleh diselesaikan tanpa ada pihak yang terpaksa menanggung malu.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama