Advertisement - Contact Us

Tiga Pilihan Raya Serentak 7 April, Penamaan Calon 29 Mac. - Bernama


"KUCHING, 4 Mac (Bernama) -- Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Sarawak akan diadakan pada 7 April, iaitu serentak dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah.

Hari penamaan calon bagi ketiga-tiga kawasan itu juga akan diadakan serentak pada 29 Mac, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan di Kuching hari ini."
- Bernama

Hari ini, dengan rasminya SPR mengumumkan bahawa PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Sarawak bakal diadakan serentak dengan di Bukit Gantang Dan Bukit selambau iaitu pada 7 April. Ketiga-tiga PRK ini bakal menentukan dan membuktikan apa kata rakyat terutama setelah negara dihidang dengan pelbagai krisis politik yang mencetuskan pelbagai kontroversi.

Setiap parti politik yang bakal bertanding pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memenangi ketiga-tiga kerusi panas ini. Masing-masing pasti akan berusaha untuk membuktikan bahawa mereka masih relevan dan kekal diterima rakyat. Yang tinggal kini hanyalah keputusan samada kerusi Bukit Lanjan juga bakal dikosongkan. Jika sah ianya juga dikosongkan setelah berlaku krisis peribadi penyandangnya, Elizabeth Wong, maka satu lagi PRK akan diadakan dan tidak mustahil berlangsung pada tarikh yang sama.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama