Benarkah DS Najib Razak sudah semakin dilupakan? Benarkah beliau akan kekal terhumban di sebalik tirai besi demi survival politik DS Zahid Hamidi dan DS Anwar Ibrahim?
Sejujurnya, hingga ke saat ini, aku masih meyakini bahawa DS Najib akan tetap mendapat hak keadilan yg sewajrnya... cuma menanti detik masanya sahaja...
Mungkin ramai yg melihat seolah-olah pimpinan utama UMNO, khususnya DS Zahid seperti tidak lagi mengendahkan untung nasib bekas boss nya itu yg hari ini sedang terpenjara di Kajang, malah ada yg mengatakan semua ini disebabkan DS Zahid yg kini sudah berada dalam kjaan dan memegang jawatan penting sebagai Timbalan Perdana Menteri, maka apa yg sedang ditanggung oleh DS Najib sudah jadi tidak penting lagi... benarkah?
Malah, ada juga yg beranggapan bahawa dengan mengekalkan DS Najib di penjara, ini lebih menguntungkan masa depan politik DS Zahid dan juga DS Anwar sendiri... kononnya dengan memberi laluan keberadaan DS najib dalam dunia politik Malaysia sekali lagi akan menjadi ancaman terbesar kpd karier politik DS Zahid dan DS Anwar berdasarkan track record, reputasi, karisma dan aura yg ada pada DS Najib...
Kalau betul ini yg sedang bermain di benak pemikiran DS Zahid dan DS Anwar, dan jika ada mana2 kalangan org kiri kanan yg bertindak selaku penasihat kpd kedua-dua pimpinan negara ini yg datang dgn modal nasihat seperti yg aku sebut di atas, maka, itulah kesilapan dan kebodohan terbesar yg dilakukan oleh kedua-dua pemimpin ini...
Kebodohan kerana GAGAL melihat DS Najib sebagai batu loncatan terbaik yg patut mereka manfaatkan jika mereka mahu pergi lebih jauh dan lebih berjaya dalam dunia politik negara, sebaliknya mereka benarkan hati mereka terus dibelenggu dengan sifat busuk hati dan khianat jika memilih untuk melihat DS Najib sebagai satu ancaman yg wajib mereka hapuskan...
Sebenarnya masih terlalu awal untuk kita menilai dan menterjemah di mana letak duduknya pendirian kedua-dua org nombor 1 dan nombor 2 negara ini dalam isu berkaitan DS Najib... kita faham, banyak lagi isu besar dan mendesak yg menuntut perhatian mereka... dan kita juga faham, sebagai pemimpin negara, mereka tidak boleh dan tidak sepatutnya memperlihatkan kecenderungan mereka dalam perkara2 yg berkait dgn perundangan dan hal yg menyentuh kepada bidang kuasa mahkamah...
Cuma harapan kita untuk melihat keadilan untuk tertegak dan mesti sentiasa dilihat ditegakkan... tanpa perlu mencampuri urusan yg di luar bidang kuasa, banyak lagi cara yg boleh dan mesti dilakukan oleh kjaan pimpinan DS anwar bagi mengangkat kembali martabat sistem perundangan negara yg selama ini telah dirobek dan dirogol oleh sang penguasa sebelum ini khususnya ketika era Mahathir dan Muhyiddin menguasai kjaan...
DS Najib juga tidak pernah meminta mana2 pihak mencampuri urusan mahkamah dgn cara mencabuli sistem perundangan semata-mata mahu mendapatkan pembebasan untuk dirinya... dengan gentle, DS Najib kekal konsisten menuntut supaya beliau diberikan keadilan selayaknya, diberikan dan dibukakan ruang seluas-luasnya kpd dirinya sesuai dgn haknya sebagai seorang warganegara Malaysia untuk membela dan mempertahankan diri menggunakan segala peluang seperti yg telah termaktub di dalam perlembagaan dan undang2 negara, sama seperti yg pernah diperolehi oleh orang lain sebelum ini, termasuk Perdana Menteri sendiri, DS Anwar ketika mana beliau berdepan dengan pelbagai pertuduhan di mahkamah...
Dalam bab mencampuri urusan mahkamah, perkara ini bukan hanya menjadi larangan kepada pihak kerajaan atau pimpinan yg sedang mengepalai kjaan yg mana kuasa berada dalam tangannya, malah pihak yg berada di luar kjaan juga tidak boleh dibenarkan menggunakan saki baki pengaruhnya yg mungkin masih ada dalam cabang perundangan dan kehakiman, supaya mengambil tindakan mengikut selera dan kehendak pihak tertentu disebabkan kepentingan... bukan hanya parlimen, malah dalam sistem perundangan dan kehakiman juga perlu dilakukan proses reform seperti yg sering dilaungkan oleh PM...
Jika DS Anwar dan kjaannya berjaya melakukan hal ini, islah dalam sistem terpenting negara, dapat menzahirkan hak keadilan kpd mangsa2 kezaliman hasil tinggalan sang penguasa terdahulu termasuk DS Najib, maka percayalah, kedudukan kerajaan pimpinan DS Anwar dan pasukannya akan jadi lebih kuat dan mantap, berupaya menarik semula keyakinan dan sokongan majoriti rakyat untuk bersama dgn kjaan, dan yg paling penting, mendapat redho dan pertolongan dari Malikul Mulk, Allah SWT jika sekiranya kjaan skang berjaya melunaskan hak keadilan dgn penuh amanah dan bertanggungjawab... insyaAllah, yakinlah, hanya dengan redho Allah boleh mengembalikan Malaysia ini menjadi bumi yg subur, makmur, aman sentosa...
Bersihkan hati jika masih terpalit dgn kekotoran nafsu dengki, tamak, khianat dan ujub... melihat keberadaan pemimpin seperti DS Najib sbagai satu bentuk ancaman adalah sebahagian drpd kekotoran hati... lihat dgn mata hati husnuzhon betapa potensi yg bakal mendatang jika sekiranya kjaan pimpinan DS Anwar berjaya menemui jalan untuk bawa masuk bersama DS Najib di dalam kjaan yg sedang memerintah ini... tidak ada apa lagi yg mahu dikejar oleh DS Najib melainkan mahu mendapatkan hak keadilan untuk diri dan keluarganya...
Apapun, titik mula sisi pandang perspektif mata kita kpd kjaan pimpinan DS Anwar akan bermula selepas 23 Januari ini, hari terakhir semakan semula kehakiman dalam kes SRC melibatkan DS Najib...
Sumber : Suara Melayu Baru