Advertisement - Contact Us

UMNO Perlukan Naratif Baru Dan Relevan... Politik Khidmat Bakti Sudah Ketinggalan Zaman...

 


Sebagai ahli UMNO, aku syorkan supaya bantuan yg nak diberikan ini, apatah lagi jika ia datang dari kantung UMNO sendiri, maka ia wajar diberikan khusus kepada ahli2 UMNO yg terjejas, yg menjadi mangsa banjir kali ini...

Wang milik UMNO ini adalah wang parti, maka tentunya yg paling berhak adalah kalangan ahli2 parti, apatah lagi jika memang ada ahli2 UMNO yg turut menjadi mangsa bencana... ini BUKAN WANG MILIK KERAJAAN, di mana semua org yg kita tak tahu asal usul pendirian politik boleh nak mengaku seolah-olah mereka ada syer dgn wang tersebut...

Bantuan boleh disalur melalui bahagian2 atau terus kepada cawangan2 yg terkesan... pimpinan di bahagian mahupun cawangan tentu mengenali dgn baik ahli2 mereka... malah wang tersebut juga boleh digunakan untuk memperbaiki kelengkapan dan aset2 milik cawangan mahupun bahagian yg mungkin mengalami kerosakan akibat banjir...


Bukan nak kedekut atau nak berkira... tapi rasanya, buat masa ini, dgn dana parti yg semakin susut, maka elok jika parti mengutamakan perkara atau pihak yg patut dan berhak diberi keutamaan... lagipun, bukankah sekarang ini, parti2 lain seperti PAS dan PPBM jauh lebih kaya berbanding UMNO...

UMNO mesti dikekalkan sebagai sebuah PARTI POLITIK, yang memperjuangkan wadah politik... cukuplah kita mentransform parti keramat ini menjadi sebuah PARTI WELFARE... 


Terutama di Terengganu dan Kelantan, ahli dan pimpinan UMNO kena ingat dan sedar diri... UMNO BN sudah kalah teruk di sana... UMNO BN ditendang di semua kawasan parlimen di 2 negeri tersebut oleh rakyatnya... jadi, tak perlu nak tunjuk lagak gah, berlagak baik, tunjuk rajin sgt nak berkhidmat, kalut semedang nak membantu... rakyat di sana pandang UMNO BN ni dgn ekor mata je, sambil muncung mulut... dorang manis la bercakap sebab korang dok sibuk offer diri nak cuci rumah mereka, bila dah selesai dan korang dan pulang, dorang anggap korang mcm hamba pencacai dorang je...

Sumber : Suara Melayu Baru

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama