Advertisement - Contact Us

Kenapa Akta Anti Lompat Parti Tidak Dikuatkuasakan Ke Atas 5 MP PPBM Yang Melompat?

 


Benarkah perlembagaan negara membolehkan Perdana Menteri bertukar di pertengahan sesatu penggal parlimen sekaligus menyebabkan akan berlaku perubahan kepimpinan kerajaan?

Benarkah dengan hanya menukar sokongan, Perdana Menteri sedia ada boleh diturunkan tanpa perlu mana2 ahli parlimen yg menukar sokongan itu berubah keahlian parti politik? Jika merujuk kepada isu perubahan sokongan yg berlaku kepada 5 ahli parlimen PPBM yg telah mengumumkan hasrat menyokong kerajaan pimpinan DS Anwar Ibrahim, kenapa mereka masih boleh terus kekal menjadi ahli parlimen walaupun mereka sudahpun secara sah memohon pertukaran tempat duduk dalam parlimen, dari blok pembangkang kepada blok kerajaan, pada masa yg sama, Akta Anti Lompat Parti masih tidak boleh dikuatkuasakan ke atas mereka?

Sebenarnya, berdasarkan Akta Anti Lompat Parti, mereka berlima sudahpun melakukan pelanggaran akta tersebut, tinggal lagi apakah yg perlu dilakukan untuk memastikan tindakan munurut peruntukan Akta tersebut boleh dikenakan ke atas mereka... kena faham, mana2 peruntukan undang2 tidak mungkin boleh dikenakan secara automatik, melainkan kena ada pihak yg sah mengemukakan laporan kepada pihak berautoriti untuk membolehkan siasatan dan kemudian tindakan susulan boleh diambil... ini asasnya... seorang perompak tak mungkin akan angkat tangan mengaku sudah merompak melainkan mangsa membuat laporan kepada polis untuk memulakan siasatan dan kemudian perompak tersebut akan didakwa dan dihukum di mahkamah...

Dalam konteks isu 5 ahli parlimen PPBM itu, yg pertama, pihak parti mereka, iaitu Prikatan Nasional atau PPBM perlu mengemukakan aduan atau laporan berhubung tindakan mereka melanggar akta anti lompat parti kepada samada pihak Speaker Dewan Rakyat, pihak SPR atau mahkamah... melalui laporan tersebut, barulah siasatan boleh dilakukan untuk tentukan samada mereka benar telah melanggar akta tersebut atau tidak... sebarang tindakan atau hukuman hanya boleh diputuskan oleh 3 pihak ini, samada kerusi parlimen mereka telah dikosongkan dan membolehkan diadakan PRK semula, atau tidak...


[IKLAN] Storage Box with Wheel - Multi-colored Eco-friendly Plastic Organizer for Only $29.99 - Hurry Up... [IKLAN]

>>>KLIK SINI<<<

Isunya sekarang, pihak parti yg mereka wakili itu sendiri tidak pernah mengambil sebarang langkah susulan ke atas mereka berlima melainkan sekadar mengenakan tindakan disiplin parti... malah hukuman penggantungan keahlian parti itu sendiri sudah membayangkan bahawa parti mereka pun sebenarnya tidak bersedia sekiranya tindakan berdasarkan Akta Anti Lompat Parti diambil ke atas 5 mp mereka...

Sekiranya perubahan sokongan seperti ini berlaku dalam kalangan parti dalam kerajaan, adakah anda rasa parti dalam kerajaan akan bertindak sama seperti yg dilakukan oleh PN dan PPBM?

Kenapa 10 mp BN yg pernah dikatakan memberi sokongan kepada TS Muhyiddin tidak diambil tindakan mengikut akta? Pertama, sokongan yg dikatakan itu masih samar2, tidak valid dan tidak pernah dizahirkan secara nyata... malah SD yg kononnya mereka telah tandatangani juga dikatakan telah ditarik balik melalui satu surat rasmi yg dikeluarkan oleh parti kepada istana... sebab itu, istana menolak SD yg pernah dikemukakan oleh Prikatan nasional ketika awal proses nak membentuk kerajaan...


[IKLAN] {Ready Stock} Seluar Kopi Panjang Kerja Lelaki Men Coffee Cargo Working Long Pants (Single Zipper)...Product Price:  RM45.90 [IKLAN]

>>>KLIK SINI<<<

Parti BN juga tidak perlu membuat laporan kepada speaker, atau spr atau mahkamah ke atas 10 mp ini kerana sepanjang berlangsungnya sidang parlimen, mereka masih komited bersama dengan setiap keputusan parti, sekaligus mereka masih jelas memberikan komitmen menyokong kerajaan pimpinan DS Anwar Ibrahim...

Melainkan mereka sudah benar2 menzahirkan perubahan sokongan, termasuklah sekiranya mereka memilih untuk tidak bersama dengan keputusan parti apabila sesatu usul di parlimen perlukan undian, atau lebih jelas lagi jika mereka memohon perubahan tempat duduk dalam parlimen, dari blok kerajaan kepada blok bebas atau pembangkang seperti yg dilakukan oleh 5 MP PPBM ini, ketika itu barulah amat wajar untuk parti BN membuat laporan secera rasmi kepada Speaker, atau SPR atau mahkamah untuk membolehkan Akta anti Lompat Parti dikuatkuasakan ke atas mereka...

Jadi sebab itu, jika kita amati dengan teliti Akta ini, sebenarnya tidak ada loop hole seperti yg dikatakan sekiranya kita faham bagaimana kaedah untuk membolehkan akta anti lompat parti boleh digunapakai dan dikuatkuasakan...


[IKLAN] Mid aged men's loose polo shirts now available in large sizes! Stay stylish and comfortable this season with our new short-sleeved t-shirt. Get yours now... Get yours today for just RM28 (discounted from RM48)! Limited time only! [IKLAN]

>>>KLIK SINI<<<

Sumber.  : Suara Melayu Baru

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama