BAGAIMANA ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBUAT KESILAPAN MEMBELI 'KERANDA BESI' SAMPAI 88 BUAH SEKALIGUS, MASIH BOLEH KEKAL BERKUASA SELAMA 22 TAHUN, MALAH DIBERI LAGI PELUANG UNTUK BERKUASA KALI KEDUA...
Ramai orang yang dah lupa peristiwa yang pernah berlaku satu masa dahulu, yang mana, disebabkan salah membuat keputusan, gopoh dan gelojoh, dan tidak mustahil juga telah berlaku salah guna kuasa, telah menyebabkan negara kita mengalami kerugian besar, ditipu, dan diperbodohkan oleh barat, dengan begitu mudah sekali...
Di kalangan pasukan tentera udara (TUDM) tentu masih ingat satu ketika, betapa megahnya pasukan TUDM kerana pernah memiliki 88 buah pesawat atau jet pejuang jenis SkyHawk yang dibeli oleh kjaan untuk memperkuatkan pasukan tersebut... tetapi hanya tidak sampai 48 buah sahaja yang sempat dihantar ke Malaysia, dibeli drpd Amerika Syarikat pada harga borong, berjumlah USD88 juta dgn nilai sekitar USD1 juta sebuah...
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1982... ketika itu, kjaan Malaysia diperintah oleh Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri... ketika Dr. Mahathir melawat USA dan bertemu dgn Presiden Amerika sekitar tahun 1985, iaitu Ronald Reagan, pada ketika ini juga, Dr. Mahathir yang mewakili Kjaan Malaysia, selaku Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pertahanan ketika itu, telah menerima pesawat pertamanya dan kemudian ia mula dihantar ke Malaysia secara berperingkat...
Tak tahu apa yang ada dalam kepala Dr. Mahathir ketika itu, barangkali kerana terlalu banyak duit disebabkan kjaan ketika itu baru sahaja mendapat durian runtuh selepas Petronas mengumumkan penemuan telaga minyak baru di pesisir pantai Malaysia, hinggakan apa saja yg melintas di depan mata Mahathir, dia mahu capai tanpa mahu berfikir dan menilai baik buruknya terlebih dahulu...
Inilah yang berlaku ke atas transaksi pembelian jet SkyHawk ini... dari awal penerimaan jet yang pertama sehinggalah SkyHawk ini ditamatkan perkhidmatannya, segala-galanya merugikan negara sahaja...
Mana tidaknya, beli 88 buah, tetapi hanya terima tak sampai 48 buah... bakinya dipercayai telah tersadai di kawasan gurun di Nevada... semua pesawat ini sebenarnya adalah pesawat second hand, yang mana kali terakhir pasukan tentera USA gunakan adalah ketika berdepan peperangan dengan Vietnam dan ditamatkan oleh kjaan USA sejak 1967 lagi.
Dr. Mahathir beli jet second hand ini memang pada harga borong iaitu USD88 juta... tetapi Dr. Mahathir tidak tahu tahap kondisi jet2 ini selepas ianya telah lama tersadai di kawasan kering gurun Nevada... akibatnya, semua pesawat yg selamat tiba ke Malaysia terpaksa dilakukan pengubahsuaian terlebih dahulu dengan mengubah drpd 2 jurumudi kpd seorang sahaja...
Ketika ini, baru Dr. M tahu kenapa harganya murah... rupa-rupanya kerja2 pengubahsuaian yg nak dilakukan ini terpaksa dibuat tanpa ada stok alat ganti drpd pengeluar... bermakna pihak jurutera tentera terpaksa korbankan beberapa buah pesawat yang ada untuk dibuka dan komponennya dijadikan sebagai alat gantinya... dan lebih menarik lagi adalah, kos pembaikan dan pengubahsuaiannya adalah sangat tinggi, mencecah USD320 juta, 4 kaliganda lebih tinggi daripada harga beli...
Sepanjang pesawat SkyHawk ini berkhidmat untuk TUDM, sehinggalah ianya secara rasmi ditamatkan khidmatnya, dipercayai lebih dari 10 buah pesawat telah mengalami kerosakan dan kegagalan ketika melakukan penerbangan di udara sehingga ia terhempas... untuk rekod, SkyHawk ditamatkn khidmatnya pada tahun 1999...
Sebelum ini, terlalu banyak perkara yang konon nya salahguna kuasa, penyelewengan dan mcm2 lagi yg dituduh oleh Tun Mahathir kpd pimpinan UMNO, khususnya terhadap DS Najib dan DS Zahid... isu pembelian kapalselam Scorpene la, isu pembinaan projek Pan Borneo la, Projek Iskandar di Johor la, ECRL, HSR, isu pembelian helikopter la, dan mcm2 lagi...
Dan yang peliknya, rakyat lebih percaya kpd cakap manusia perosak dan situa gagal mcm Mahathir ini, drpd nak berfikir dan menilai secara adil...