Ada yg mempersoalkan apakah rasionalnya DS Najib Razak mengemukakan idea, malah sudahpun melancarkan projek pembinaan perkhidmatan pengangkutan keretapi ECRL ketika era pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia..
Hari ini kita akan cuba menjawab untuk ke sekian kalinya rasional kenapa DSN mahu membina ECRL?
1. ECRL akan ubah kehidupan dan ekonomi Pantai Timur terutamanya pekan-pekan kecil di luar bandar
2. ECRL mencipta 80,000 peluang pekerjaan
3. ECRL boleh menghubungkan Pantai Timur dengan ibu kota dengan lebih efisien.
4. ECRL memendekkan masa perjalanan dari Kelantan ke KL daripada 8 jam ke 4 jam
5. ECRL mempercepatkan pergerakan kargo, menghubungkan pelabuhan-pelabuhan dan menggalakkan kegiatan komersial
Projek ECRL dirasmikan oleh DSN pada Ogos 2017 yang pada masa itu mengikut perancangan dijangka siap pada tahun 2024.
Kemajuan projek ECRL kini sudah pun mencapai 56.35 peratus.
Semoga DSN berpeluang melihat sendiri inisiatif pembangunannya satu hari nanti.
Doakan 🤲🏽