Advertisement - Contact Us

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah, Kaki Adu Domba Dari Dalam

 


Kadang kita hairan juga, bagaimana org melayu yg diketahui kaya dgn adab, sifat mulia dan ketaatan yg kuat kepada pemerintah, khususnya kepada institusi istana seperti Raja ataupun Sultan, tiba2 boleh muncul satu dua watak yg jelas bercanggah dgn fitrah kebiasaan org Melayu...

Contoh, seperti Hang Jebat yg sebelumnya begitu taat kepada Sultan, sudah byk berbakti kepada Sultan, nyawa dan segalanya dipertaruhkan demi memastikan institusi istana itu boleh terus kekal disanjungi... tiba2 Jebat boleh tergamak memilih haluan untuk menderhaka... sedangkan, jika kedudukan atau kuasa yg menjadi percaturan, maka sudah tentu dengan perginya sahabat akrab, yakni Hang Tuah kerana telah dihukum mati oleh pemerintah istana, jadi inilah peluang terbaik untuk Jebat mengambil alih kuasa dan kedudukan Tuah, malah Taming Sari juga sudahpun diamanahkan kepada Jebat selepas ketiadaan Tuah...

[IKLAN] Check out Full-length Mirror wall mirror bedroom living room mirror decorative mirror 90CM Cermin Panjang cermin dinding for RM29.90... [IKLAN]

>>>KLIK SINI<<<

Seusai di tangan Jebat menggenggam Taming Sari, lalu Jebat mengamuk ke seluruh pelusok kota dek kerana amarah yg tidak tertahan selepas merasakan betapa nilai diri dan segala pengorbanan umpama tidak ada harganya... org yg sesetia Tuah pun boleh dihukum mati hanya kerana termakan fitnah adu domba...

Begiu juga dengan al kesah Laksamana Bentan... pergi berjuang menabur bakti demi pertiwi, meninggalkan kampung halaman dan isteri tercinta yg sedang sarat mengandung anakanda yg sulong...

Bayangkan, tatkala Laksamana Bentan kembali dan mengetahui perihal malang yg menimpa isterinya dan anaknya yg masih dalam kandungan... perut isteri dibelah hanya kerana sang penguasa yg angkuh ingin tahu adakah seulas nangka yg dimakan oleh si isteri itu adalah atas kehendak isterinya, atau memang ia adat org mengidam, umpama si anak yg di dalam kandungan itu sebenarnya berkehendakkan nangka itu...


[IKLAN] Check out FINSSO : Ready Stock 2 & 3 Door Wooden Wardrobe / Almari Baju Murah / Wardrobe / Almari Murah (Customize Available) for RM49.90 - RM129.90... [IKLAN]

>>>KLIK SINI<<<

Laksamana Bentan mengamuk dan akhirnya riwayat beliau berakhir mengikuti jejak isteri dan anaknya, walaupun hanya luka akibat tertusuk keris di jari kaki, tapi, itulah bisanya keris pahlawan Melayu...

Begitu juga perihalnya dengan Tun fatimah serikandi Melayu... menjadi mangsa fitnah akibat ketamakan kuasa Tun Mutahir ingin menjadi Datuk Bendahara Melaka... habis seisi keluarga Tun fatimah, dari ayahndanya, Tun Ali sehinggalah seluruh kaum keluarga keturunannya dihukum mati... yg tinggal hanyalah Tun fatimah...

Akibat marah dan dendam kesumat, Tun Fatimah sanggup menggugurkan zuriatnya sendiri setiap kali beliau disahkan hamil... bencinya tun Fatimah kepada sang penguasa yg juga suaminya sehingga beliau sanggup mengambil risiko membahayakan nyawanya sendiri hanya kerana beliau tidak mahu ada darah keturunan sang penguasa yg baginya sangat kejam untuk ditabal mengambil alih takhta...


[IKLAN] Check out Korean Grill Pan Samgyupsal Non Stick for Stove Barbecue Outdoor Barbecue Pot #30/34/38 for RM16.90 - RM27.90... [IKLAN]

>>>KLIK SINI<<<

Sengaja aku kongsikan 3 kisah tragik ini untuk dijadikan tauladan... barangkali pendiam, memendam rasa adalah juga merupakan sifat2 semulajadi yg ada dalam diri setiap bangsa melayu sejati... jangan terlalu diuji, ditolak rapat ke dinding... mungkin org melayu malas nak byk2 songeh, tak suka bertindak balas hanya kerana asbab yg kecil atau tidak munasabah...

Cuma, kelebihannya org melayu, mereka tahu bila masa yg tepat untuk kelepiaq bertindak... adakalanya kelihatan seperti berfikiran singkat, tapi, awas, keputusan walaupun singkat, tapi tepat... sekali melangkah tak kan berundur...

Peluang dan ruang sudah banyak diberi... tapi nampaknya peluang ini mereka jadikan kesempatan... jangan terlalu yakin kerana dibimbangi ia bakal memakan diri... sudah ada peluang mengendong, tapi nampaknya seperti sengaja melepaskan hingga ia sampai hampir jatuh berderai, hanya kerana mahu mengejar biawak yg lazim lidah bercabang...


[IKLAN] Check out [READY STOCK FREE DELIVERY+ FREE PILLOW] Single Size 6 inch Synthetic Latex Mattress Tilam Bujang for RM99.00 - RM165.00... [IKLAN]

>>>KLIK SINI<<<


#BebaskanDSNajib

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama