Advertisement - Contact Us

Beri Peluang Untuk Perbicaraan Semula Lebih Mulia Daripada Terus Biarkan Merengkok Di Penjara Tanpa Pembelaan

 


Berapa kali nak ulang... DS Najib tidak minta untuk diberi pengampunan... sebab tu, hujahan yg BYK disebut oleh peguambela DS Najib adalah supaya diberi ruang untuk satu proses perbicaraan yg adil kepada DS Najib...

Tak kisahlah kalau nak kena ulang semula perbicaraan SRC ini dari awal... sebab dah memang pertikaian tentang hak dan keadilan itu sudah dibangkitkan sejak dari hari pertama perbicaraan di Mahkamah Tinggi lagi, malah sebelum dari itu lagi, yakni ketika masih dlm peringkat proses...



[IKLAN] Check out Swiss Thomas Cordless Vacuum Cleaner With Mop Pad Rechargeable Handheld Car Household Vacuum Cleaner, Vacum Rumah for RM28.80 - RM45.00. [IKLAN]

>>>KLIK SINI<<<

Hakim Sofian yg namanya muncul secara rawak berdasarkan sistem yg diguna-pakai di mahkamah telah ditukar hanya kerana konon ada conflict of interest... takpe la... tapi at least, hakim yg patut menggantikannya mestilah datang melalui sistem yg sama yg dipilih secara rawak, bukan seperti Hakim Nazlan yg dinaikkan pangkat secara tiba2 dari Mahkamah sivil dan terus dinamakan sebagai Hakim menggantikan hakim Sofian...

Pelbagai pelanggaran hak telah berlaku ke atas DSN sepanjang proses perbicaraan berlangsung... akhirnya hukuman dijatuhkan... maksimum... ibarat DSN langsung tidak ada hujah pembelaan yg mampu ditampilkan... 100% salah di mata hakim Nazlan...


[IKLAN] Check out ZOE ARISSA TUDUNG BAWAL CORAK PRINTED DESIGN BAWAL COTTON VOILE BIDANG 45 Bawal Senang Bentuk Printed Square Hijab Murah for RM19.90. [IKLAN]

>>>KLIK SINI<<<

Kemudian muncul pelbagai cerita yg tidak enak membabitkan kredibiliti hakim Nazlan... conflict of interest si Nazlan memang tiada tolok bandingnya... cuma malangnya, setiap kali pasukan pembelaan cuba memfailkan bantahan ke atas Nazlan, malah nak masukkan bukti baru pun, semuanya ditolak mentah2 oleh mahkamah...

Akhirnya, bawa ke mahkamah rayuan... dalam keadaan mahkamah langsung tidak berminat nak mendengar bukti baru pembelaan, seolah olah menggambarkan keputusan mahkamah rayuan seperti sudah dapat diagak... benar... mahkamah rayuan mengekalkan sabitan...


[IKLAN] Check out Foldable 2 Way Baby Stroller Magic stroller 4 wheels Ultra lightweight Foldable strollers Kids Strol for RM53.80 - RM74.90. [IKLAN]

>>>KLIK SINI<<<


Dalam usaha nak bawa ke mahkamah tertinggi, mahkamah Persekutuan, DSN mohon haknya untuk menggunakan khidmat Queen of Councel... ditolak... nak cuba masukkan lagi bukti baru melalui representasi, ditolak... mohon ditangguhkan sedikit masa sebab berlaku pertukaran pasukan peguambela, juga ditolak... nak kembali guna pasukan lama sebab pasukan baru tak sempat membuat persiapan kes kerana masa terlalu suntuk, inipun ditolak...

Tergopoh gapah mahkamah nak juga meneruskan perbicaraan mahkamah Persekutuan... akhirnya, di mahkamah Persekutuan, dsn langsung umpama tidak diwakili oleh peguam... mana taknya, peguambela terpaksa mengambil tindakan duduk berdiam diri ketika perbicaraan... perbicaraan berlangsung tanpa pembelaan, dan sememangnya DSN kemudian dihantar terus ke penjara...


[IKLAN] Check out KEK TAPAK KUDA 7 INCI [18CM]By Sprinkles Delight ORIGINAL BRUNEI PREMIUM GEBU & SEDAP for RM15.00 - RM20.00. [IKLAN]

>>>KLIK SINI<<<

Bagi la peluang perbicaraan semula... pilih hakim yg betul2 kredible, dan paling penting, kedua dua pihak, iaitu, pasukan pendakwaan dan pembelaan berpuas hati dgn hakim yg terpilih... bicara lah, dan buka seluas luasnya hak dan untuk membela diri... benarkan segala bentuk bukti baru yg nak dibawa... hakim mesti diberi peluang membuat pertimbangan berdasarkan segala fakta kes, bukti, saksi yg dibentangkan...

Kemudian hakim buatlah keputusan seadilnya... jika semua ini dapat dilakukan, kalau betul DSN seorang yg bersalah, pasti beliau akan tetap bersalah sekalipun melalui semua proses ini... dan kita sebagai rakyat tentu lebih berpuas hati...

#BebaskanDSNajib


[IKLAN] Check out Chocolate Daim Bag 280g Coklat for RM18.99. [IKLAN]

>>>KLIK SINI<<<

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama