Advertisement - Contact Us

18SG[ISU SEMASA] KEBABOOM!!! Ferrari 'V' Shape??? Penunggang MAUT Di Tempat Kejadian (GAMBAR)... #suaramelayubaru

Ferrari design 'V' Shape??? Fuuhhh... melekat 'terletak' pada tiang divider jalan... memang 'TOTAL LOST' ler jawapnya... pomen mana yang sanggup nak ketuk balik Ferrari ni... sampai ke casis bengkoknya...


Kemalangan ini dikatakan berlaku di Jalan Tabuan, Kuching, Sarawak sekitar tengahari tadi... mujur, pemandunya selamat tanpa sebarang kecederaan... cuma mungkin sedikit SAKIT hati dan hampa melihat keadaan keretanya...

Kejadian ini telah menarik perhatian pengguna jalanraya lain yang melalui jalan tersebut... ada di kalangan pemandu dan penunggang motosikal yang mengambil peluang untuk 'snap' foto kenderaan tersebut... maklumla, bukan senang nak tengok sebuah kenderaan jenis sporty yang terkenal di seantero dunia yang mana harganya mencecah jutaan ringgit tersadai 'melekat' pada tiang di tepi parit...


Ia juga menjadi viral di media-media sosial apabila gambar2 yang diambil dimuatnaik dengan menggunakan hashtag kuchingfastnfurios... jom kita tengok gambar-gambar yang telah dikumpul :













Memang meleleh la air mata jika aku la pemiliknya... tapi aku percaya tuan punya ferrari ni dari kalangan orang2 berada atau berkemungkinan juga milik tokey balak Sarawak... agaknya la... jadi jawapnya Ferrari ni, angkat buang... claim insurans... beli baru...

Sementara itu, di Butterworth Pulau Pinang, satu kemalangan maut telah berlaku melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori sampah milik MPSP... Lebih khusus lagi, kejadian berlaku di atas Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Seberang Jaya...


Penunggang motosikal telah maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala... menurut saksi, penunggang motosikal tersebut telah merempuh di bahagian belakang lori MPSP yang sedang berhenti di laluan kecemasan... kejadian berlaku pada waktu puncak sewaktu warga Pulau Pinang sedang berpusu-pusu pulang ke rumah dari tempat kerja...

Akibat kemalangan tersebut, berlaku kesesakan lalulintas yang teruk di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Kuala Lumpur sehingga hampir 5 kilometer...

Jom kita tengok gambar-gambar yang telah dikirimkan ke inbox aku :







Menurut sumber, dipercayai mangsa yang maut berbangsa Melayu dan beragama Islam... 

Innalillahi......rojiun... Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman... Amin...

Apapun, aku ingin ambil kesempatan untuk berpesan kepada seluruh pengguna jalanraya termasuk diri aku sendiri, berhati-hatilah ketika memandu... janganlah terlalu terburu-buru nak cepat sampai ke rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga... lebih baik jika memandu dengan cermat walaupun sampai sedikit lewat...

Ingatlah bahawa ada orang yang disayangi dan menyayangi diri kita sedang menanti ketibaan kita di rumah... janganlah penantian mereka berakhir dengan kepulangan kita berbalut kain putih...



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama