Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! MalaysiaKini PENIPU... 'Edit' Gambar, Siarkan, Kemudian Bersorak Melihat Perpecahan Orang Melayu Dan UMNO... #suaramelayubaru

Hanya kerana lampu je... itu pun ada pihak yang cuba nak manipulasi kononnya berlaku 'kebetulan' yang sebenarnya tidak pernah berlaku... dan kemudiannya, portal MalaysiaKini, seperti kelazimannya telah melampaui batas apabila melaporkan perkara yang tidak benar... malah lebih hina lagi apabila berita yang disiarkan sebenarnya semata-mata palsu... tidak berasas langsung...


Nampak macam kelakar pula isu yang cuba dibangkitkan ini... tapi seperti yang aku katakan, kejadian ini tidak berlaku dan hanya diada-adakan oleh pihak tidak bertanggungjawab... mereka telah mengubah suai gambar sebenar dengan menggelapkan atau membuang pencahayaan pada potret Tun M... 

Kononnya kejadian ini berlaku semalam di ibu pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ... 




Cuba lihat gambar di bawah... nampak dengan jelas bagaimana mereka menggelapkan hanya pada potret Tun M...



Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Razlan Rafii melalui laman twitternya... menurut KP ini, beliau bersama beberapa rakan dari Pemuda UMNO WP berada di situ pada waktu lampu itu kononnya dilaporkan terpadam oleh MalaysiaKini...





Selepas itu, mungkin untuk menutup kesilapan yang berlaku, MalaysiaKini sekali lagi melaporkan perkara palsu ... kononnya Saudara Razlan telah memaklumkan bahawa lampu tersebut telah dibaiki...



Memang mangkaq betul MalaysiaKini ni... suka-suka hati je nak kaitkan nama orang... sudah la melaporkan berita palsu... memang dasar portal penipu...





Apa sebenarnya tujuan MalaysiaKini? Sudah tentulah berniat jahat untuk melaga-laga antara Najib dan Tun M... dan seperti lazimnya, para penyokong samada di pihak Najib mahupun Tun M lah yang akan bertindak secara over dan melulu jika MalaysiaKini berjaya mencapai matlamat untuk menipu... Malah sudah ada pihak nakal yang mendakwa potret Tun Mahathir telah diturunkan... ada juga yang terlebih nakal yang mengatakan kononnya Najib terlalu takutkan Tun M hinggakan nak tengok gambar yang tergantung di hadapan PWTC pun sudah tidak sanggup...

Semuanya gara-gara perselisihan yang berlaku antara Najib dan Tun M... Dan MalaysiaKini cuba untuk mengambil kesempatan di atas perselisihan yang berlaku... hanya kerana nak tengok perpecahan berlaku di kalangan orang Melayu khususnya yang berada di dalam UMNO...








Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama