Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! Ratu Naga Dilantik Sebagai Pengarah Strategik Jentera Media Baru PKR Dengan Misi 'Serampang 2 Mata'... Jatuhkan Najib, Dan Gantikan Dengan AZMIN ALI... #SahabatSMB

RATU NAGA JADI ASET PENTING DALAM 'KARTEL AZMIN'... MISI UTAMA, AZMIN MESTI MENJADI PRESIDEN PKR MENGGANTIKAN DS WAN AZIZAH...



Blogger dan pengamal media sosial yg terkenal dgn keceluparan dan isu2 fitnah yg gemar dijadikan mainan, telah menyertai PKR... Ratu Naga yg sebelum ini dikatakan merupakan blogger pro UMNO BN (walaupun tidak tersenarai nama sebagai ahli UMNO) telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin dalam satu majlis ringkas...

Benarkah keahlian Ratu Naga sebenarnya tidak digemari Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah? Bagi Wan Azizah, kehadiran Ratu Naga sebenarnya berniat tidak baik, malah menurut sumber, ia adalah rancangan atau strategi 'pihak tertentu' di dalam PKR, yg didalangi oleh 'satu lagi pihak luar' bagi mengkucar-kacirkan kepimpinan PKR dengan tujuan untuk mengambil alih pucuk pimpinan parti, kemudiannya...

Lihat saja posting yg dimuat naik oleh Nurul Izzah di laman FB beliau... walaupun Izzah tidak menyebut nama secara terang, namun semua pihak dapat meneka kepada siapa posting ini dituju...


Serangan awal yg dilancarkan oleh Ratu Naga membuktikan kebenaran dakwaan ini... Ratu Naga telah menjadikan CheguBard sebagai sasaran pertamanya... walaupun CheguBard telah dipecat keahlian dari PKR, namun kita ketahui bahawa CheguBard mempunyai hubungan yg sangat baik dgn keluarga Anwar, terutama DS Wan Azizah dan Nurul Izzah... pemecatan CheguBard sebenarnya didalangi oleh Azmin Ali dan kumpulan kartelnya, setelah CheguBard dengan lantang bertindak mengkritik dan mendedahkan pelbagai isu dan salah laku yg berlaku di dalam kjaan negeri Selangor pimpinan Azmin...

Aku kongsikan di bawah posting daripada CheguBard tentang cubaan menfitnah yg Ratu Naga cuba lakukan ke atas dirinya dan isteri...


'TAHNIAH, FITNAH DAN SERANGAN PERIBADI SUDAH MENJADI BUDAYA PKR

1. Dalam reformasi saya dididik untuk menyerang atau menggunakan apa juga isu bagi mendidik rakyat maka isu yang diketengahkan ialah isu polisi, korupsi, pembaziran dan kelemahan pentadbiran. Sejak awal 1999 isu selak kain sama sekali tidak pernah dipakai walaupun ada maklumat yang masuk dengan bukti kerana isu sebegini tidak mendidik rakyat. Dalam mendepani banyak pihak termasuk Rosmah saya tidak pernah menyerang isu dalam kain sebaliknya isu pembaziran rasuah dan seumpamanya sahaja, begitulah adab didikan reformasi.

2. Namun isu fitnah dan manipulasi peribadi ialah mainan Umno Bn yang sangat kotor, ia menjadi mainan cybertrooper Umno dan keadaan makin parah dengan cybertrooper baru yang berbayar mereka.

3. Semalam saya diberitahu teman - teman mengenai status facebook seorang cybertrooper Umno yang mengekori pasukan Mahathir yang putus bekalan 'dedak' selepas kantoi tidak membuat bayaran sehingga menyebabkan terdedahnya sindiket membeli data peribadi bagi memalsukan sokongan terhadap Deklarasi rakyat. Satu akuan bersumpah (yang terikat dengan undang - undang) telah dibuat mengenainya dan tidak ada tindakan dalam bentuk perundangan seperti saman atau laporan polis bagi menafikan perkara ini. Bekas cybertrooper Umno yang menggunakan nama binatang sebagai samaran itu memang terkenal menggunakan perkatan lucah dan caci maki beserta fitnah.  Watak ini semalam secara terang  menfitnah saya mencederakan isteri saya. Dia bergaduh selak kain dengan kawan - kawan Umnonya tak ada kena mengena dengan saya dan saya tak pernah repost dan sebagainya kerana ia bukan 'standard' saya.

4. Sangat kesal dengan perkara ini dan ia akan menjadi budaya dalam PKR selepas ini. Untuk pengetahuan semua isteri saya memang ada meminta bantuan dengan Wan Azizah untuk menghubungkan dia dengan doktor di Hospital UM kerana masalah hidung yang teruk yang mana dari resdung teruk dan mungkin ada risiko barah. Di Hospital Besar Seremban sudah hampir setahun gagal mendapatkan temujanji dengan pakar sepatutnya. Untuk ke Hospital Swasta kami tidak mampu yang mana semenangnya perbelanjaan keluarga memang tinggi setiap bulan khususnya untuk kos pendidikan dan perubatan tinggi anak saya yang mengalami Autism dan HDD.

5. Cerita isteri saya meminta bantuan Wan Azizah inilah yang mungkin Wan Azizah bercerita dikalangan rapatnya akhirnya dimanipulasi oleh cybertrooper yang bakal mengetuai perang siber PKR ini dan dengan tanpa selindung menabur fitnah.









6. Ya, kami sekeluarga hidup seadanya. Ada sebuah kereta dengan guna nama kawan kerana Bank tidak benarkan membuat pinjaman, hutang kreditkan berpuluh ribu hasil perjuangan bertahun tahun, kami hanya duduk rumah sewa RM300 sebulan. Boleh sama fikirkan rumah RM300 sebulan di Seremban, bagaimana keadaan rumah sewa tersebut. Namun anak - anak kami usahakan dapatkan yang terbaik dari aspek pendidikan dan perubatan. Ya, isteri saya memerlukan sangat ruang perubatan hidungnya tetapi saya baru sahaja hubungi dia dari Gua Musang, dimana saya sedang bersama NGO - NGO lain sedang membuat kerja kebajikan. Saya maklumkan kepada isteri saya biarlah kita susah, kami putuskan 10 November ini sepatutnya dia menjalani pembedahan pertama di Hospital UM, kita batalkan kerana ia menjadi buah mulut fitnah dan penghinaan. Ya, saya dan keluarga tak semewah budak - budak Azmin yang 'menyebat' keliling dan hidup mewah tetapi saya ada maruah yang tidak boleh dijual beli. T.kasih Wan Azizah kerana membantu tetapi akhirnya menjadi buah fitnah.

Ya, isteri saya anak buah Anwar Ibrahim tetapi saya dan dia tidak pernah dapat atau ambil apa kesempatan malah rekod saya banyak kali menegur Anwar secara terbuka. Ketika saya dipecat saya tidak pernah minta dia atau sesiapa rakan rapat lain turut bertindak balas keluar parti dan sebagainya. Namun isteri saya dan beberapa ahli keluarga besar kaitan Anwar akan umum keluar parti kerana PKR sudah teruk dan makin parah bila agen - agen Mahathir mengotori.

7. Kepada Wan Azizah dan Nurul Izzah juga beberapa nama lagi yang masih ikhlas berjuang saya ingatkan macai Mahathir sedang masuk dan merosakkan PKR, mereka dibayar oleh kartel Azmin untuk pelahan - lahan menghalau kamu - kamu dari rumah perjuangan itu. 


Simpati saya pada pejuang PKR yang bekorban lama tak dipedulikan, namun yang mewah membelasah terputus dedak kini diraikan. Itu urusan kamu dalam parti itu tetapi saya ingatkan yang saya pernah duduk dalam 'kelambu' itu dan jangan seret bermain secara kasar.'

-Blog CheguBard-


Kenapa Ratu Naga menjadikan CheguBard sebagai sasaran... pertama, tentulah kerana dendam peribadi... tentu ramai masih ingat pendedahan yg dibuat oleh CheguBard bersama dengan team Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhubung isu penipuan tandatangan Deklarasi Rakyat... CheguBard telah menampilkan individu yg bertanggungjawab terlibat secara langsung dlm kes penipuan ini... seorang pengaturcara komputer telah mengaku menjual identiti rakyat Malaysia kepada RATU NAGA untuk digunakan bagi mencukupkan jumlah 1 juta tandatangan Deklarasi Rakyat... dia juga turut mendakwa telah ditipu dan tidak mendapat bayaran seperti yg telah Ratu Naga janjikan...

Pendedahan ini memang memberi impaks besar kepada Ratu Naga... bukan sahaja terpaksa berdepan dgn serangan dari pelbagai pihak, ditahan oleh polis untuk siasatan, malah lebih malang apabila perkara ini mencetuskan kemarahan Tun Mahathir, sehinggakan Tun M menyekat semua dana yg sepatutnya disalurkan kpd Ratu Naga... menurut sumber, Tun M juga, melalui org perantaraannya, Kadir Jasin, telah melarang Ratu Naga daripada datang bertemu dengannya dan tidak mahu dikaitkan langsung dgn gerak kerja Ratu Naga...

Mana tak marah, pendedahan penipuan yg Chegu Bard lakukan telah menjatuhkan air muka Tun M... separuh drpd strategi utama Tun M musnah... Deklarasi Rakyat yg sepatutnya menjadi aset kuat bg Tun M untuk menekan Najib, akhirnya bertukar menjadi helaian2 sampah yg tak bernilai... hinggakan Tun M terpaksa hanya mengusung dan bergantung kpd Deklarasi yg mula2 ditandatangani oleh pemimpin2 Pakatan dan Pakatun, yg hanya mengandungi sekitar 40 tandatangan untuk diserahkan kpd DYMM Yang Dipertuan Agong ketika pertemuan beliau baru2 ini...

Tun M terlalu berharap kpd Ratu Naga untuk mencukupkan jumlah tandatangan... Tun M tidak menjangka Ratu Naga boleh bertindak sebodoh ini... sudah la menipu, baki RM1000 yg sepatutnya dibayar kpd pengaturcara komputer tersebut pun nak dikencingnya... hanya kerana nak cilok RM1000, rosak hancur musnah sebuah agenda besar yg dirancang oleh Tun M...

Disebabkan terputus bekalan dana, Ratu Naga terpaksa mencari alternatif lain, lubang lain, kantung lain untuk kembali survive... mujurlah Ratu Naga memang mempunyai background jentera media baru yg agak kuat, menggunakan identiti Lu Langsi Lu Mati (LLLM)... Identiti inilah yg dijaja ke hulu kehilir...

Kebetulan, rupa-rupanya ada pihak yg berminat dengan Ratu Naga... seperti yg kita sedia maklum, di dalam PKR kini sudah wujud 2 blok besar yg sedang berusaha untuk menjatuhkan antara satu sama lain... pertama, blok yg dipimpin Presiden parti, DS Wan Azizah, anaknya, Nurul Izzah dan mendapat nasihat dari dalam kandang penjara Sg. Buloh... CheguBard juga sebenarnya pro kpd blok ini, berdasarkan hubungan baik beliau dgn DSWA, namun kurang disukai Anwar...

Manakala blok kedua dikepalai oleh Timbalan Presiden PKR yg juga MB Selangor, Azmin Ali... jika dilihat senario politik semasa, Azmin telah membentuk kerjasama dgn ayah angkatnya, Tun Mahathir, walaupun ia tidak dipersetujui DS Wan Azizah dan Anwar... Tun M sangat memerlukan kerjasama yg lebih rasmi dan terbuka bersama PKR, jika mahu parti serpihannya, Pribumi diterima di dalam Pakatan Harapan... yg menjadi penghalang kpd kerjasama ini hanyalah DS Wan Azizah dan Anwar... malah Anwar sendiri dilihat kurang berminat utk berbaik semula dgm Tun M, walaupun beliau telah ditawar jawatan Perdana Menteri jika ditakdirkn Pakatan Harapan menang PRU14...



Maka, tidaka ada pilihan lain, Tun M dan Azmin perlu cari jalan untuk menguasai sepenuhnya PKR, dan caranya hanyalah jika Azmin berjaya merampas kedudukan Presiden parti drpd DS Wan Azizah... kehadiran Ratu Naga seperti pucuk dicita ulam mendatang... dalam keadaan Azmin yg amat memerlukan jentera propaganda yg kuat, bagi membayangi jentera Wan Azizah, yg kini sedang menghadapi masalah bilamana Pengarah Jentera Media Baru PKR pro DSWA sedang dirawat di hospital selepas kakinya terpaksa dipotong, gara2 diabetes...

Aku kongsikan satu artikel dari sebuah blog pro PKR...


'Menurut sumber unit gerak saraf Pakatan Harapan, kemasukan Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah bakal menggantikan Cikgu Fairuz, calon PKR menentang Najib di Pekan di PRU13 yang lalu. Cikgu Fairuz juga adalah ketua unit media social PKR yang menggunakan nama Jingga 13. Beliau kini sakit tenat dan kedua kakinya sudah dipotong akibat penyakit kencing manis.


Sumber juga perjelaskan bahawa semua kumpulan media social yang pro Pakatan Harapan akan berada di bawah arahan Ratu Naga yang dikatakan mempunyai lebih dari 3 juta follower facebook dan juga pakar di dala melakukan geraktipu perang media internet. Pengalaman lebih dari 15 tahun beliau akan gunakan untuk menyerang UMNO BN dan musuh-musuh PKR.

Sumber menambah, pada mulanya beliau terlibat di dalam penyediaan tandatangan Deklarasi Rakyat yang di dokong oleh Tun M, namun kerana kebocoran rahsia penipuan tandatangan oleh Cikgu Bard dan terkantoinya Ratu Naga berhubung isu "duit upah" tiris, beliau dikeluarkan di dalam kumpulan media social Tun M.

PKR melihat ini satu peluang untuk menggantikan Cikgu Fairuz yang lebih pro kepada Wan Azizah maka tawaran lumayan diberikan kepada Ratu Naga bersama suami dan adiknya yang dikatakan bekerja di MITI.

Sumber perjelaskan ramai pengikut kanan Ratu Naga mula meninggalkan beliau kerana isu ketirisan bajet RM300k ketika di dalam UMNO BN dahulu. Semua bajet tersebut Ratu Naga gunakan untuk menyelesaikan hutang piutang peribadinya dan mula hidup mewah. Suaminya yang juga bekas suami warga Singapura juga dikatakan 'terpaksa' mengahwininya kerana isu anak di dalam kandungan yang hadir sebelum akad nikah? Sejauhmana kebenaran dakwaan rakan-rakan rapatnya dahulu ini hanya Ratu Naga yang mampu menjawabnya.

Kami memilih beliau kerana keberanian beliau memaki hamun Najib, kata salah seorang yang hadir ketika hari penyerahan borang tersebut.'

-SUMBER-

Seperti dijangka, kehadiran Ratu Naga bakal mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengamal media baru PKR... anak2 buah Cikgu Fariz tentunya tidak akan berpuas hati apabila Ratu Naga dilantik sebagai Pengarah Jentera Media Baru PKR yg baru bagi menggantikan Cikgu Fariz... tambahan pula, mereka kenal track record Ratu Naga yg sangat bermasalah... tidak hairanlah apabila Nurul Izzah telah memuat naik status FB nya, memberi amaran kepada pengamal media baru PKR supaya menjaga etika dan elakkan daripada bermain isu fitnah...


Di bawah pula aku kongsikan respon pengamal media baru PKR yg mengkritik tindakan YB Zuraida membawa masuk Ratu Naga ke dalam PKR...


'Antara alasan yang diberikan oleh penggiat media social blok pakatan harapan ialah Ratu Naga mempunyai rekod yang terlalu buruk ketika di dalam UMNO dan juga ketika membantu Tun M menyediakan tandatangan Deklarasi Rakyat baru-baru ini. Ratu Naga kantoi apabila Cikgu Bard mendedahkan bahawa hampir 300 ribu tandatangan ditiru dan ianya sebuah projek berbayar. Cikgu Bard kemukan bukti dan saksi dan sehingga hari ini Ratu Naga tidak mengemukakan saman sekiranya tidak benar. 'Projek' menipu tandatangan tersebut kantoi apabila wang peruntukan dikatakan disapu bersih oleh Ratu Naga dan hanya keladak sahaja yang diberikan kepada yang membuat kerja bermatian.


Alasan lain, Ratu Naga tiada nama di dalam mana-mana cawangan UMNO dan kalau ada hanyalah terlalu baharu kerana keperluan mendesak untuk kepentingan beliau dan adik beradiknya yang lain.

Tambahan lagi, orang-orang kanan beliau meninggalkannya kerana beliau tidak amanah terutama bila melibatkan wang ringgit.


YB Zuraida perlu perjelaskan atas alasan apa Ratu Naga diberi liputan yang meluas berhubung kemasukan beliau di dalam PKR dan seterusnya menjadi ketua unit media social. Anwar sudah terbukti melakukan jenayah liwat dan kemasukan Ratu Naga untuk bersihkan jenayah tersebut?'

-SUMBER-


Malah ada pengamal media PKR yg lebih senior turut mendedahkan jumlah bayaran yg ditawarkan kpd Ratu Naga untuk menjadi Pengarah Jentera Media Baru PKR... Disamping khidmat bantuan guaman percuma kpd Ratu Naga bagi menghadapi kes2nya di mahkamah...



'Semakin kusut pergaduhan antara kumpulan media social Pakatan Harapan berhubung isu perlantikan Ratu Naga sebagai ketua kumpulan siber berbayar penuh dengan kumpulan yang sekian lama setia bermula dari PKR ditubuhkan. Mereka mengeluh kerana selama penglibatan mereka di dalam pasukan media social PKR, mereka tidak mendapat liputan besar-besaran seperti yang diberikan oleh YB Zuraida.

Sumber Pakatan Harapan menjelaskan pasukan media social PKR bermula dengan sukarela dan hanya mendapat imbuhan apabila ada isu-isu panas berbangkit namun layanan kepada Ratu Naga adalah sebaliknya. Sumber menjelaskan kemungkinan Ratu Naga bakal menerima elaun sebanyak RM7k sebulan kerana kemahiran beliau di dalam strategi serangan siber. Pasukan sediada tidak mampu lakukan seperti kemampuan Ratu Naga.

Diberitakan hari ini Ratu Naga bakal menyusun jentera sukarelawan media social yang baru.


YB Zuraida sehingga ke hari ini masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan'


-SUMBER-

Dan terbaru, satu arahan telah dikeluarkan kpd jentera Ratu Naga agar tidak memainkan apa2 isu berkenaan negeri Selangor... dan mengelak daripada mengeluarkan artikel yg membela atau menyokong DS Husni Hanadzlah...


Berkenaan hubungan Ratu Naga dengan DS Husni Hanadzlah? Tunggu cerita selepas ini...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama