Advertisement - Contact Us

KJ vs Anwar : Seperti Si 'Anjing Kurap : Anwar hanya berani 'menyalak', tapi gentar menyahut cabaran anak muda...

1.  Alahai...memang sudah dijangka...Anwar pasti menolak mentah-mentah pelawaan debat yang dikemukakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamlauddin. Pelawaan tersebut ditolak atas alasan kononnya KJ tidak layak berdebat soal ekonomi negara dengannya. Malah Anwar dengan angkuh tetap mahu PM Najib turun sendiri ke gelanggang berdebat dengannya.

2.  Untuk makluman, hari ini, Ketua Pemuda UMNO melalui Ketua Penerangannya telah menghantar pelawaan bertulis secara rasmi kepada Anwar di ibu pejabat PKR untuk berdebat soal ekonomi negara dan pelan 100 hari tajaan Anwar ibrahim. Majlis Pimpinan PKR yang bermesyuarat di ibu pejabat PAS hari ini telah memutuskan untuk meneruskan cabaran kepada Najib dan menolak pelawaan KJ.

3.  Penolakan yang dibuat oleh Anwar jelas menunjukkan bahawa anwar tidak ikhlas untuk berdebat soal ekonomi negara. Malah tujuan Anwar mencabar Najib juga sebenarnya mempunyai niat dan agenda tersembunyi. Dan disebabkan itu lah SMB amat bersetuju dgn cara Najib yang tidak mahu melayan karenah yang cuba ditimbulkan oleh anwar.

4.  Sebenarnya, Anwar bukanlah berniat untuk menjelaskan tentang pelan ekonominya. Soal pelan ekonomi bukan perkara pokok dan tidak menjadi priority. Hakikatnya Anwar mahu menjadikan debat ini sebagai platform untuk kembali melonjakkan populariti dirinya yang dilihat kini kian merudum ekoran beberapa faktor dan isu yang nampaknya tidak meyebelahi dirinya.

5.  Anwar malah seluruh rakyat Malaysia tahu akan kelebihan yang dimiliki Anwar dari segi kepetahannya berucap tidak kiralah samada apa yang diucapkannya benar atau palsu semata-mata. Malah memang tidak dinafikan lenggok bicara Anwar mampu memikat hati rakyat Malaysia. Anwar mahu mempergunakan Najib dan cuba menenggelamkan kredibiliti PM supaya rakyat kagum dari segi gaya bercakapnya. Dan ini secara tak langsung akan melonjakkan kembali populariti dirinya.

6.  Tindakan Najib memang tepat. Najib tidak sewajarnya membiarkan orang lain cuba mengambil kesempatan ke atasnya. Najib telah pun memberi peluang kepada Anwar untuk menjelaskan pelannya secara terperinci kepada rakyat dengan cara lain bukannya berdebat. Dan jika benar Anwar ikhlas, tanpa perlu berdebat Anwar boleh umumkan pelannya.dan pada masa yang sama pertahankan kenapa pelannya itu logik untuk direalisasikan.

7.  Bagi SMB, jika Anwar benar-benar mahu menguji kehebatan dan kepetahannya bercakap di gelanggang debat maka septutnya Anwar menerima cabaran KJ. KJ adalah lawan yang paling sesuai dan selayaknya untuk berada sama pentas dengan Anwar. Jika dgn Shabery Chik, anwar boleh perbodohkan tetapi tidak dengan KJ. Malah SMB yakin Anwar akan menerima 'ruas' tatkala berdebat dengan KJ.

8.  Jika Anwar rasakan KJ tidak mampu bercakap soal ekonomi maka Anwar boleh pilih tema atau tajuk yang mahu diperdebatkan. SMB yakin KJ pasti tidak akan menolak. Rakyat mahu melihat sejauh mana kehebatan Anwar berdebat dan rakyat juga mahu menilai sejauh mana kemampuan KJ. Maka sekali lagi SMB mencabar Anwar supaya menerima pelawaan debat dari KJ.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama