SRC International : Najib Terima Bola Tanggung Dari Peguam Negara...


[10 Disember 2019]

Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan marah dan hilang sabar seketika dengan soalan yang dikemukakan oleh Tan Sri Tommy Thomas ketika sesi soal balas pendakwaan pada perbicaraan SRC International Sdn. Bhd. hari ini
Perbicaraan yang masuk hari ke-62 menyaksikan bekas Perdana Menteri itu disoal balas oleh Tommy selepas beliau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh peguam bela, Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah.
Tommy yang memulakan soalan tentang karier politik Najib dalam bahasa Inggeris namun Ahli Parlimen Pekan itu memilih untuk menjawab dalam Bahasa Melayu.
Najib juga kelihatan tenang serta bersahaja namun soalan yang dibangkitkan oleh Tommy tampak tidak ‘relevan’ baginya untuk kes SRC International.
Tommy mahu mengetahui latarbelakang politik Najib dan bekas Perdana Menteri itu menjawab bagaimana beliau tidak begitu teruja menjadi Menteri Besar Pahang suatu ketika dahulu.
Najib juga memberitahu beliau pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika menjawat jawatan Menteri Besar Pahang.
Tommy kemudian membangkitkan persoalan adakah Najib menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad ketika krisis 1986 ketika pemilihan Predisen UMNO antara Dr. Mahathr dan Tengku Razaliegh Hamzah.
Tommy: Ketika perebutan kuasa antara kumpulan A dan B, antara Tun Mahathir dan Tengku Razaliegh, siapa yang kamu sokong?
Adakah kamu menyokong Tun Mahathir pada masa itu?
Najib: Yang Arif, adakah soalan ini relevan dengan kes? Ini persoalan politik, adakah saya perlu jawab?
Tommy: Ya, kamu perlu jawab selagi tidak ada bantahan dari peguam anda.
Najib: Saya sokong Tun Mahathir.

Tommy kemudian beralih kepada soalan siapakah yang telah melantiknya menjadi Menteri Kewangan sebelum ini.
Najib kemudian menjawab bekas Perdana Menteri ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melantiknya sebagai Meneri Kewangan pada masa itu lagi.
Tommy: Adakah anda terus pegang jawatan berkenaan selepas menjadi Perdana Menteri? Anda jadi Menteri Kewangan ‘sendiri’?
Najib kemudian membantah cara soalan yang dilontarkan oleh Tommy namun menjawabnya juga.
“Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Kewangan. Ya, saya adalah Menteri Kewangan,” katanya ringkas kepada Tommy.
Perbicaraan bersambung dengan Tommy terus menyoal balas di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nzalan Mohd Ghazali ketika ini.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Najib jelaskan kenapa lantik diri sendiri PM, menteri kewangan...



Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau melantik dirinya sebagai menteri kewangan kerana mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan dan kewangan.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan membela diri terhadap 7 pertuduhan membabitkan dana RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.
Katanya, beliau dapat membangunkan negara selama 9 tahun sehingga Barisan Nasional (BN) disingkirkan pada pilihan raya umum tahun lalu, kerana pengetahuan dan pengalaman dalam kewangan serta perniagaan.
“Saya tidak bercakap besar tetapi saya telah melakukannya,” katanya ketika disoal balas Peguam Negara Tommy Thomas pada hari ke-62 perbicaraan.
Najib ditanya Thomas kenapa beliau melantik dirinya sebagai menteri kewangan, yang merupakan portfolio berat, dalam masa sama menjadi perdana menteri.
Ahli Parlimen Pekan itu yang merupakan perdana menteri dari April 2009 hingga Mei tahun lalu, berkata beliau bukan yang pertama memegang kedua-dua jawatan pada masa yang sama.
Beliau berkata pendahulunya, Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi juga memegang kedua-dua jawatan tersebut.
Najib berkata dalam kesnya, beliau juga melantik 2 menteri kewangan kedua untuk membantu melakukan kerja-kerjanya.
Najib mula dilantik sebagai menteri kewangan pada 2008 oleh Abdullah. Beliau kemudian menjadi perdana menteri selepas Abdullah meletak jawatan, tetapi terus memegang portfolio kewangan sehingga pilihan raya umum lalu.
Bekas pengerusi BN dan presiden Umno itu berkata ekonomi berkembang sebanyak 5.7% pada tahun 2017, dan mendahului 4 “harimau Asia” pada tahun itu.
“Kami mempunyai pasaran saham paling lama menaik dan Bursa Malaysia menyentuh 1,900 mata. Ringgit stabil,” katanya sambil menambah rakyat mendapat manfaat daripada program kebajikannya.
Najib berkata beliau layak sebagai ahli ekonomi industri walaupun tidak pernah menjadi ahli perniagaan.
“Bagaimanapun, saya mempunyai pengalaman dalam perniagaan dan kewangan sejak saya berkhidmat sebagai menteri besar Pahang pada 1982,” katanya.
Prosiding hari ini dilihat sebagai bersejarah kerana buat kali pertama peguam pegara, yang juga pendakwa raya, menyoal Najib, yang pernah memegang jawatan paling berkuasa.
Najib berkata kedudukan perdana menteri membawa kuasa dan pengaruh yang besar.
“Saya juga boleh melantik sesiapa menduduki pelbagai badan seperti Petronas dan Khazanah Nasional, tetapi kuasa saya tidak mutlak. Ia mesti digunakan secara berhemah,” katanya.
Najib, yang memasuki arena politik pada 1976 selepas kematian bapanya, Abdul Razak Hussein, berkata barisan perdana menteri dalam 20 tahun sebelum ini membuat pelantikan-pelantikan penting dalam sektor ekonomi dan kewangan, berbanding zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman pada 1957.
“Ini perkembangan semula jadi,” katanya.
Najib berkata seorang perdana menteri tidak mempunyai keputusan mutlak dalam pelantikan barisan menteri memandangkan Malaysia mengamalkan politik parti dan pakatan.
“Saya perlu melantik ketua-ketua parti menjadi menteri kanan dan mereka mestilah ahli Parlimen atau senator untuk menjadi anggota Kabinet,” katanya.
Najib berkata beliau memecat bekas timbalannya, Muhyiddin Yassin dan menteri pembangunan luar bandar, Shafie Apdal pada Julai 2015 selepas kedua-duanya membangkitkan isu 1MDB pada umum.
“Saya membenarkan mereka bercakap dalam mesyuarat Kabinet. Tindakan yang saya ambil kerana mereka bercakap di luar, dan mereka dikeluarkan,” katanya.
Najib dituduh menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri dengan memberikan jaminan kerajaan kepada pinjaman RM4 bilion SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).
Beliau juga didakwa dengan 3 pertuduhan pengubahan wang haram dan 3 pertuduhan pecah amanah dalam pemindahan RM42 juta ke akaunnya dari bekas unit 1MDB itu.
Perbicaraan di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali diteruskan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama