Advertisement - Contact Us

Najib vs Anwar : Tak guna kalau hanya bijak 'melalak' tapi realitinya 'haprak'...

1.  SMB bersetuju dan menyokong penuh saranan dari PM Malaysia, DS Najib yang mahu rakyat menilai sendiri antara perancangan ekonomi di bawah pimpinan Najib dan Pelan 100 hari PR yang dicanag oleh Ketua Umum PKR, DS Anwar. Tindakan Najib yang menolak pelawaan Anwar untuk berdebat isu juga merupakan satu tindakan tepat kerana jelas debat ini sebenarnya tidak membawa sebarang kesan positif melainkan hanya bertujuan untuk mencari publisiti dan populariti.

2.  DS Najib selaku PM Malaysian sudah pun mengumumkan perancangan ekonomi dan hala tuju yang akan dikemudinya melalui Pelan ETP dan Model ekonomi Barunya. Walaupun Najib tidak mensasarkan kesan segera, namun setidak-tidaknya jalan sudah pun dirintis ke hala matlamat yang bertepatan dengan sasaran yang ingin dicapai meskipun tidak dalam tempoh 100 hari.

3.  Malah pelan yang diumumkan oleh Najib juga turut melibatkan sumber yang akan digunakan bagi merealisasikan pelan tersebut. Pengumuman Najib jelas bersandarkan kepada realiti dan berpijak di bumi yang nyata, bukan sekadar retorik atau untuk menarik sokongan rakyat kepada kerajaan.

4.  Jadi sudah sampai masanya untuk Anwar mengumumkan dan menjelaskan pelan ekonominya jika ditakdirkan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk menjadi kerajaan Malaysia. Anwar juga perlu memberi tumpuan darimana sumber yang akan diperolehi untuk menjayakan pelan ekonominya.

5.  Tidak semua perkara perlu dicanang menerusi debat. Fungsi debat sebenarnya lebih terarah kepada kemampuan seseorang itu berucap dan mengupas sesuatu isu. Dalam hal ini, adalah lebih baik jika kedua-dua pihak menggunakan ruang sendiri bagi menerangkan pelan masing-masing. Rakyat akan lebih mudah memahami aspirasi yang ingin dibawa.

"PUTRAJAYA 12 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada budi bicara rakyat untuk menilai secara bijaksana 'Pelan 100 hari' pakatan pembangkang yang dikecam oleh kerajaan sebagai amat populis dan tidak berpaksi di bumi nyata.

Sambil menjelaskan beliau bukan tidak mahu menyahut cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tetapi yang paling utama di sini ialah penilaian oleh rakyat terhadap kerajaan dan pembangkang.

"Bukan saya menolak, (tetapi) yang penting sekali adalah rakyat yang boleh menilai antara dua (pelan), kita akan buat pembentangan kita, manakala dia (Anwar) buat pembentangan dia.

"Kita boleh buat macam-macam penilaian atas perancangan, biar rakyat menentukan.

"Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu, (namun) saya tak nampak ada hasil sebab yang penting adalah penilaian daripada rakyat," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan skuad bola sepak negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 pada satu majlis ramah mesra di Seri Perdana di sini hari ini.

Portal berita propembangkang semalam menyiarkan kenyataan Anwar yang mencabar Perdana Menteri supaya berdebat untuk menentukan siapa yang mempunyai dasar ekonomi lebih baik untuk negara.

Isnin lalu, Najib berkata, terdapat keanehan apabila pembangkang menabur pelbagai janji yang populis menerusi 'Pelan 100 hari' mereka tanpa membentangkan sumber kewangannya untuk melaksanakan pembangunan rakyat.

Antara yang dijanjikan pembangkang dalam pelan tersebut ialah mahu menghapuskan kutipan tol di semua lebuh raya di negara ini sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti." - Utusan Online

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama