Advertisement - Contact Us

PAS Sepatutnya Lebih Risaukan PPBM, Daripada Nak Mencurigai Bayang-Bayang UMNO...


Salah tu, Pak Kadiaq...

PAS akan TERBUNUH jika menerima PPBM untuk bersama dalam Muafakat Nasional...

Memang UMNO bukanlah sebuah parti yang sempurna... sbg parti yg ada jumlah keahlian melebihi 3 juta orang bermakna, bermacam jenis kepala yg ada dalam UMNO ni...

Cuma, dalam bab nk membunuh PAS ni, ia mesti datang dari ahli yg dari jenis KEPALA GILA KUASA...

Sejak UMNO hilang kuasa dan tidak lagi menjadi kerajaan, sebahagian besar yg dari spesis GILA KUASA ni dah meninggalkan UMNO untuk menyertai parti atau kumpulan yang mempunyai kuasa... tunggu apa lagi dalam parti yg dah takde kuasa macam UMNO ni, lebih baik join parti yg pegang kuasa, jadi sebahagian drpd kjaan PH, Pengerusinya merupakan seorang Perdana Menteri, maka, PPBM lah jadi destinasi utk mereka mengejar kuasa ketika itu...

 

Cuma tinggal sebahagian kecil lagi je yg masih bersama dalam UMNO, tapi sebenarnya mereka masing2 dah ready dah nak melompat keluar dari UMNO, pendek kata sebelah kaki dah berada dalam PPBM masa tu... cuma mungkin, mereka menunggu masa paling sesuai untuk lompat, sekaligus nak meranapkan dan melenyapkan UMNO ini dari bumi Malaysia...

Mujur, Allah tak izin perancangan jahat mereka... UMNO ini parti keramat... UMNO ini dibina oleh ahli2 biasa di bawah, akar umbi di luar bandar, petani, pesawah, nelayan, ibu2 kita surirumah, ahli yg cukup setia dan taat dgn UMNO, tanpa pernah mengharapkan apa2 imbuhan dan balasan pun... UMNO jadi kjaan, mereka tetap bertani, pemimpin UMNO jadi menteri, mereka tetap ke sawah, ketua2 UMNO diberi GLC, mereka tetap ke laut... dan mereka ini akan kembali berkumpul memperkuatkan jentera UMNO setiap kali khidmat mereka ditagih ketika pilihanraya... boleh ke Allah nak izin jika ada yg di atas yg merancang nak melenyapkan UMNO dan mengkhianati perjuangan ahli2 biasa ini?

PRK Cameron Highland merubah segalanya... yg sebelah kaki dah nak melompat, mula tarik handbrake selepas melihat keputusan PRK itu yg jelas memihak kpd UMNO BN...

 

Dan senario sekarang, PPBM memohon nak menyertai Muafakat Nasional... yg paling ternanti-nantikan hal ini menjadi kenyataan tentulah kalangan mereka yg terpaksa tarik handbrake selepas PRK Cameron Highland tempohari... maklum sajalah, nak kembali berpadu kekuatan dgn 'rakan2' mereka yg lebih awal melompat masuk ke PPBM , dari UMNO...

KUMPULAN GILA KUASA nak berpadu dengan PARTI GILA KUASA!!!

Inilah yg patut PAS paling risaukan sebelum nak setuju terima penyertaan PPBM dalam Muafakat Nasional...

Tak percaya??? Boleh cuba...

#AriffSMB

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama