Tukang masak DITEMBAK!!! Kapal MT Orkim Harmony yang dilaporkan sebelum ini dirampas oleh lanun telah berjaya ditawan semula oleh anggota keselamatan Malaysia termasuk TLDM dan APMM... Kapal yang membawa muatan minyak petrol RON 95 ditemui sebelum ini di perairan Kampuchea dan cuba mengubah haluan masuk ke perairan Indonesia...
Lanun2 yang merampas kapal ini telah melarikan diri dengan menaiki bot penyelamat kira2 jam 8.45 malam semalam...
Jumlah lanun seramai kira2 8 orang dengan bersenjatakan pistol dan parang cuba menjual minyak petrol tersebut tetapi gagal kerana ia memerlukan prosedur khas untuk menyedut keluar minyak tersebut... perkara ini disahkan oleh pakar setelah menilai takat kedalaman kapal tersebut di atas lautan yang tidak berubah dengan takat sebelum ia dirampas...
Jom tengok gambar2 yang telah dikumpul daripada beberapa sumber media...
Sewaktu kapal ini ditemui, pihak lanun telah mengubah warna cat pada badan kapal dan menukar nama kapal kepada KIM HARMON bagi mengelirukan pihak berkuasa... kapal tersebut berjaya dikesan oleh pasukan pencari dari Australia yang menggunakan pesawat Orion...
Proses rundingan dikendalikan oleh anggota TLDM melalui kapal KD Kuantan... pihak lanun yg bercakap dengan loghat Melayu Indonesia menuntut agar mereka dilepaskan tanpa sebarang tindakan, sebagai pertukaran dengan anak kapal yang dijadikan tebusan...
Seramai 22 orang anak kapal terdiri daripada warga Malaysia, Indonesia dan Myanmar berada di atas kapal tersebut...
Sewaktu diselamatkan, seorang anak kapal warga Indonesia yang juga merupakan tukang masak telah tercedera akibat terkena tembakan pada pahanya sewaktu kapal tersebut diserang oleh lanun... anak kapal ini telah diberikan rawatan dan akan diterbangkan ke hospital Kuantan menggunakan helikopter... keadaannya dilaporkan stabil...
Sementara itu... semua aset2 TLDM yang terlibat dibantu oleh anggota tentera Australia telah dikerahkan untuk mengesan dan memberkas lanun2 yang telah melarikan diri...
"MT ORKIM HARMONY bebas dari tawanan perompak setelah lapan perompak melarikan diri ketika dalam pelayaran menuju ke Kepulauan Natuna, Indonesia.
Sebelum kejadian, kapal pengiring KD TERENGGANU telah diugut oleh ketua perompak untuk menjarakkan kedudukan kapal kepada tidak kurang dari lima batu nautika dan sekiranya tidak, kru kapal akan dicederakan.
Ketua perompak menyatakan rancangan untuk meneruskan pelayaran ke Kepulauan Natuna.
Kesemua lapan perompak telah melarikan diri menggunakan rescue boat MT ORKIM HARMONY kira-kira jam 8.30 malam dan turut mengambil butiran peribadi Kapten kapal, Master Nor Fazly bin Sahat.
Ketua perompak juga mengugut untuk mengancam keselamatan keluarga beliau sekiranya mendedahkan rancangan mereka untuk meninggalkan kapal.
Kapten kapal MT ORKIM HARMONY hanya memaklumkan kepada KD TERENGGANU pada jam 12.55 tengah malam iaitu hampir 5 jam setelah kesemua perompak melarikan diri demi keselamatan keluarganya."
Sumber : Siemen Melayumaju
Apapun, kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana tragedi ini tidak berakhir dengan perkara yang tidak diingini... harapan kita agar semua pihak khususnya kerajaan dan pihak berkuasa menjadikan tragedi ini sebagai satu ikhtibar agar ianya tidak berulang...