Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! Nasi Impit Daripada Beras Tiruan... Jom Tengok Video Kesahihannya... #suaramelayubaru

Nasi impit dicampur dengan beras palsu!!! Biaq betoi... Favourite aku tu... takkan punya nak cari untung berlipat kali ganda sampai sanggup menipu hingga ke tahap memperjudikan kesihatan dan nyawa manusia....


Sebelum ni pun dah kecoh pasal beras tiruan atau beras yang dicampur dengan bahan sintetik... dan perkara inu telah mendapat respon dari Pak Menteri sendiri yang telah memberi jaminan bahawa beras yang berada di pasaran Malaysia selamat untuk dimakan...


Kali kecoh pula kononnya pendedahan melalui rakaman video bahawa nasi impit yang dihidangkan bersama sate dikhuatiri bercampur bahan berunsur plastik...

Jom tengok video ni...



Video yang berdurasi 42 saat ini telah tersebar secara meluas dalam media sosial dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengamal media sosial...


Dan Alhamdulillah hari ini sekali lagi Pak Menteri yang bertanggungjawab tampil memberi jaminan bahawa dakwaan yang tersebar secara meluas ini adalah PALSU!!!


Jadi nasihat aku kepada mereka2 yang cuba mereka reka benda palsu seperti ini agar hentikan segera... tak guna kalau suka mencetuskan keadaan panik kepada masyarakat... apatah lagi menjelang Aidilfitri ni...

Dan seperkara lagi... perlu diingat jaminan yang Pak Menteri bagi hanya melibatkan beras yang berada di pasaran secara sah... tidak termasuk beras yang diperolehi secara haram atau beras seludup... dari sudut itu nampak macam tak mustahil pula perkara macam ni boleh berlaku sekiranya peniaga menggunakan beras yang diseludup masuk secara haram dalam masakan mereka...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama