Advertisement - Contact Us

[ISU SEMASA] PANAS !!! Najib, Polis Sedang Mencari 'Yassin'... Reward Untuk 2 'Yassin'... #suaramelayubaru #kekalNajib

Nama 'Yassin' hari ini menjadi perhatian dan sebutan banyak pihak... bukan satu, tapi dua 'Yassin' yang sedang dijejaki dan dicari...

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Yassin sangat dikehendaki oleh pihak polis... ini bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia khususnya melibatkan pelarian Rohingya dan warga Bangladesh...


Ini adalah susulan daripada penemuaan kem haram rahsia yang ditemui di Sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini... penemuan kem tersebut telah membongkar aktiviti kemasukan transit pelarian sebelum diperdagangkan...

Polis masih menyiasat dan mengumpulkan segala maklumat berkaitan individu bernama Yassin ini... namun polis percaya Yassin ini merupakan individu penting dan mastermind dalam kes ini...


Dalam masa yang sama, seorang lagi Yassin juga sedang diberi tumpuan khususnya bagi menjawab beberapa isu melibatkan kepimpinan dan politik negara... baru-baru ini Najib dengan nada tegas telah menyarankan mana-mana pemimpin yang tidak mahu menyokong usaha kerajaan memulihkan semula kemelut yang melanda 1MDB boleh berundur atau meletak jawatan...

Saranan tersebut dibuat sewaktu mesyuarat kabinet yang diadakan pada Jumaat lepas... kebetulan, dalam mesyuarat tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Perdana Menteri tidak hadir... 

Menurut sumber, Tpm dikatakan sedang bercuti dan berada di luar negara pada hari mesyuarat diadakan... pelbagai spekulasi timbul akhir-akhir ini terutama melibatkan hubungan antara Najib dan Muhyiddin...


Ini berikutan beberapa kenyataan dan ucapan Muhyiddin Yassin kebelakangan ini yang dianggap bercanggah dengan bossnya... ditambah pula dengan penyebaran klip video ucapan beliau dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik baru-baru...

Walaupun ia telah dinafikan dan diberu penjelasan oleh TPM namun bibit-bibit pertikaian kian jelas kelihatan... masakan pokok boleh bergoyang jika tidak ditiup angin...

Respon kepada saranan Najib, beberapa pemimpin telah tampil menyokong dan bersedia untuk terus berada di belakang Najib... antaranya termasuklah Hishamuddin Tun Hussien yang menetapkan syarat antaranya akautabiliti dan ketelusan sebagai key point dalam menyelesaikan kemelut 1MDB... terbaru, Datuk Mohamad Hassan, MB Negeri Sembilan juga mahukan pemimpin yang tidak boleh bekerjasama dengan boss agar berundur, bukannya mendesak boss supaya berundur...

Nampaknya senario politik semasa kelihatan semakin menarik dan sentiasa di luar jangkaan... itu belum memperkatakan lagi isu yang berlaku dalam pakatan pembangkang khususnya Pas... harapan seluruh rakyat Malaysia pastinya mahu melihat sesuatu yang lebih baik demi manfaat semua...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama