Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PENIPU !!! Lim Guan Eng 'Kencing', Mat Sabu 'Nganga', Rakyat Pulau Pinang Merana... Jom Tengok Bukti Ni... #bongkar #suaramelayubaru

Mungkin inilah kerajaan idaman rakyat negeri Pulau Pinang... nak merungut pun sebenarnya dah tak guna... sebab ini pilihan majoriti rakyat Pulau Pinang.. suka atau tidak, rakyat Pulau Pinang terpaksa terima selagi mana memilih untuk terus bermastautin di negeri ini...

Sekali puak DAP diberi peluang memonopoli kerajaan negeri, maka jangan haraplah Umno Bn nak boleh ambil balik... jangankan Umno Bn, malah kalau seluruh rakyat Pulau Pinang berbangsa Melayu baik dari Umno, Pas, Pkr dan parti cebisan lain bergabung pun, belum tentu lagi mampu mengambil semula kepimpinan negeri Pulau Pinang...


Terus terang aku katakan, Lim Guan Eng sememangnya seorang pemimpin yang bijak memanipulasikan keadaan... dalam keadaan seluruh rakyat Malaysia terlalu fokus dengan isu Gst, Lge mengambil kesempatan dengan menaikkan kadar tarif air di Pulau Pinang...

Setiap hari Lge akan menghentam kerajaan pusat dengan menggunakan pelbagai isu khususnya melibatkan soal kebajikan dan kenaikan kos sara hidup yang kian meruncing... dan dalam diam dia turut mengambil kesempatan dalam keadaan rakyat kurang peka dgn tindakannya... Lge memperkenalkan kononnya tarif baru untuk surcaj air...


Lihat sajalah peratus kenaikan kadar tarif air yang baru yang diperkenalkan oleh Lge... 16.7% bagi tarif air domestik manakala 18.8% bagi tarif air perniagaan... walaupun ia merupakan surcaj penjimatan iaitu ianya hanya akan dikenakan kepada penggunaan yang melebihi kadar tertentu, namun harus diingat ia tetap satu kenaikan...

Seluruh rakyat Malaysia kecoh bilamana kerajaan persekutuan memperkenalkan Gst tetapi tidak ramai yang ambil peduli dengan tindakan Lge ini... khususnya dari kalangan macai-macai yg kepanasan dgn isu Gst tetapi tunduk menyepi apabila memperkatakan hal kenaikan tarif air di Pulau Pinang... 

Walhal konsepnya tetap sama... Gst dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang bukan mandatori yakni bukan keperluan asas yang wajib dibeli... rakyat boleh meneruskan kehidupan jika tidak membeli barangan yang dikenakan Gst... cuma mungkin rutin harian tidak sempurna tanpa barangan ber'gst' ini... 


Begitu juga halnya dengan kadar tarif air baru ini... rakyat PP perlu bijak menggunakan air agar tidak nelebihi had jika tidak mahu dikenakan surcaj... maknanya kedua-dua hal ini tidak ada bezanya... semuanya berbalik kepada kebijaksanaan pengguna...

Maknanya, tidak adil untuk menghentam kerajaan pusat semata-mata sedangkan kerajaan negeri PP juga melakukan perkara yang sama cuma konsep yang berbeza... satu melalui percukaian gst dan satu lagi melalui kenaikan tarif air...


Namun begitu, satu perkara yang tidak boleh diabaikan adalah peratus kenaikan yang dikenakan oleh kjaan PP... kenapa begitu tinggi kadar kenaikannya? Bukankah ini tetap membebankan rakyat?

Bagaimana halnya dengan rakyat yang memiliki isi rumah yang ramai? 2 atau 3 keluarga tinggal bawah satu bumbung... biasanya, disebabkan kesempitan hidup dan kenaikan nilai hartanah dan rumah menyebabkan mereka terpaksa memilih untuk tinggal serumah... mereka pasti akan menggunakan air dengan jumlah yang banyak melebihi kadar sepatutnya... tidakkah ini merupakan satu penganiayaan buat mereka?

Sebab itu, bagi aku, peratus kenaikan yang diperkenalkan sangat melampau... adakah kenaikan ini bertujuan untuk menampung kos pengurusan kerajaan negeri? Aku berharap agar rakyat PP tidak dikambing hitamkan untuk kepentingan kerajaan negeri...


Berdasarkan maklumat yang diperolehi, aku difahamkan PBAPP gagal mencatat keuntungan sejak 2011... akibatnya, kerajaan negeri telah menaikkan caj penggunaan air sebanyak 4 kali sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri...

Aku berharap maklumat ini tidak benar atau mungkin ada alasan yng kukuh bagi menjawap dakwaan ini... janganlah kerajaan negeri mengambil kesempatan secara melampau ke atas rakyat PP setiap kali gagal mentadbir urus negeri dengan baik...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama