Advertisement - Contact Us

[EDISI DEDAH !!!] : Tokoh Terkenal Pula Menjadi Bahan Fitnah... Jom Kita Tengok Sapa Yang Kena... @DrMaza @NajibTunRazak #fitnah #EdisiDedah

Ish... ish... ish... pantang ada ruang dan peluang, akan ada pihak yang tak bertanggungjawab, yang tak kenal takut dibakar api neraka, mengambil kesempatan untuk menabur fitnah... tanpa ada rasa bersalah, orang seperti ini akan mereka cipta cerita walaupun sanggup bersusah payah membuka akaun baru malah ada yang sampai ke tahap sanggup edit dan tokok tambah mana- mana gambar yang boleh mereka gunakan...

Baru semalam aku post berkenaan seorang Mamat yang aku namakan sebagai 'OT' yang juga pakar dalam mengubah fakta benar dan hebat dalam bidang 'spin' cerita hingga yang benar boleh dianggap palsu... (Klik Sini) ... hari timbul lagi cerita yang hampir sama...


Sebenaqnya aku mulai sedar tentang kewujudan akaun fake Dr Maza ni sejak dari semalam... tapi mungkin pada sangkaan aku, perkara ini telah diselesaikan apabila melihat posting makluman yang dikeluarkan oleh page DrMaza.com yang sebenar yang memaklumkan berkenaan akaun palsu ini...

Apatah lagi melalui akaun palsu ini juga, telah disiarkan artikel gambar yang telah di'edit' kononnya kenyataan Dr Maza berkenaan hudud yang disiarkan dalam Sinar... sedangkan tidak ada apa-apa artikel yang sama seperti itu di dalam portal Sinar...

Tak kira lah apa pun pendirian Dr Maza atau pun siapa sahaja berkenaan sesatu isu samada bertentangan atau tidak, yang penting, semua pihak mesti amanah dalam menyampaikan sesuatu berita... sedangkan berita yang tidak pasti pun kita dilarang sebar melainkan kita dapatkan terlebih dahulu kepastian... inikan pula berita yang jelas-jelas palsu...

Ini boleh jejaskan nama baik pihak yang dituduh atau difitnah... mungkin ramai yang tidak percaya, namun bagaimana pula halnya dengan mereka yang mungkin terpengaruh atau percaya?


Sebelum kita nak sebarkan sesatu berita palsu, cuba kita letakkan diri kita di tempat orang yang kita nak tuduh... apa perasaan kita apabila ada org lain yang berniat jahat menuduh dan menyebarkan perkara yang kita tak pernah buat...

Apa akan jadi dengan nama baik, maruah dan reputasi yang selama ini kita jaga dan pelihara dengan baik? Maka, begitulah juga halnya dengan orang yang akan kita fitnah...


Kalau dilihat pada posting di atas, bagi mereka yang mungkin baca sekali lalu, tanpa di klik pada komen, pasti merasakan seperti kenyataan akhbar itu benar... 

Perkara yang mula dilintas di mata biasanya akan lebih diingat, apatah lagi jika perkara itu satu yang sensasi...


Walaupun ia nyatakan bahawa kenyataan akhbar itu sekadar stroll, tapi hanya mereka yang mengikuti setiap satu komen dari awal sahaja yang menerima makluman tersebut...

Bagaimana pula halnya apabila ada ratusan senarai yang komen... biasanya, adakah orang akan membaca satu persatu komen yang ditulis? Orang biasanya akan klik komen apabila dia ingin tinggalkan komen pada status tersebut... jarang orang akan baca semua artikel yang tertulis oleh org lain sebelum dia tinggalkan komen...

Bagi aku mudah... fikirlah dahulu sebelum menaikkan satu-satu status... apa kesannya di belakang hari... beringat dahulu lebih baik dari menyesal kemudian...

P/s : jangan pula lepas ni ada yang buat akaun Suara Melayu Baru fake...

Fitnah : Siapa sebenaqnya yang suka fitnah dan spin cerita? (Klik Sini)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama