Advertisement - Contact Us

[DUNIA] TERHANGAT!!! Video Kanak-Kanak Maut Diterbangkan Angin... 'Istana Belon' Juga Perlukan Pengawasan... #suaramelayubaru

Anak kecil diterbangkan angin... malang bagi si ibu kerana tidak sempat menyambar tangan anaknya... itulah peristiwa malang menyayat hati yang berlaku di sebuah daerah di China...


Kanak-kanak berumur sekitar 4 tahun dikatakan sedang bermain sendirian di dalam 'istana belon' sambil diperhatikan ibunya yang berada di luar... 

Tiba-tiba tanpa disangka-sangka, angin kencang bertiup ke arah 'istana belon tersebut... angin kencang itu telah membawa bersama 'istana belon' tersebut melayang ke udara... 

Jom tengok rakaman kejadian yang sempat dirakam melalui cctv berhampiran... 


Sebelum diterbangkan angin, kanak-kanak tersebut sempat melompat kali terakhir ke arah ibunya, namun tidak sempat dicapai oleh wanita berkenaan...


Menurut laporan awal, 'istana belon' tersebut telah beroperasi tanpa kebenaran... pihak pemilik 'istana belon' itu telah mengabaikan aspek keselamatan yang sepatutnya diberi tumpuan...

Istana tersebut diikat pada pancang yang dibenamkan ke tanah pada keempat-empat penjuru hanya menggunakan 1 kabel... manakala di bahagian tengah, kabel hanya ditindihkan dengan batu kecil tanpa dibenam ke tanah...

Disebabkan itu, apabila angin kencang bertiup, bahagian tengah adalah bahagian yang mula-mula sekali terangkat...


Kanak-kanak malang tadi dikatakan terjatuh beberapa meter dari udara dan terhempas ke tanah... dia mengalami kecederaan parah sebelum disahkan mati sewaktu dalam perjalanan ke hospital...

Kejadian ini seharusnya membuka mata kita khususnya ibu bapa... ada kalangan ibu bapa yang sanggup tinggalkan anak mereka bermain sedangkan mereka melakukan perkara lain seperti membeli belah... ibu bapa patut pastikan ciri-ciri keselamatan tempat mainan anak-anak dalam keadaan terbaik, sebelum anak-anak dibenarkan bermain...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama