Advertisement - Contact Us

Perdana Menteri atau Penjara : Yang mana satu, idaman kalbu... Jawapan ada pada DNA Anwar...

1.  Pelik bin Ajaib. Untuk makluman, buat kali ke-2 nya, Dato' Seri Anwar Ibrahim diberi peluang yang cerah untuk menduduki kerusi Perdana Menteri. Jika kali pertama dahulu, sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar sudah hampir menjadi PM sebelum dipecat oleh bosnya iaitu, Tun Mahathir Mohamad. Kini sekali lagi sebelah kaki Anwar sudah pun menjejak kerusi Perdana Menteri.

2.  Kenapa SMB berkata demikian? Malah SMB yakin Anwar juga tahu akan kedudukan dan peluang yang dimilikinya sekarang. Cuma yang menjadi tanda tanya, bukan hanya SMB malah seluruh rakyat Malaysia, kenapa seorang yang sehebat dan sebijak Anwar tidak mahu merebut peluang yang terhidang di depan mata ini.

3.  Seluruh rakyat Malaysia sebenarnya sedang menanti langkah seterusnya yang akan diambil oleh Anwar. Menjadi hak seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui dan mengambil tahu siapa sebenarnya pemimpin yang bercita-cita menjadi PM, Anwar Ibrahim. Adakah benar Anwar dianiaya atau sememangnya Anwar terlibat dalam kes liwat Saiful Bukhari?

4.  Jawapannya ada di tangan Anwar. Hanya dengan memberi sampel DNA maka segala persoalan yang bermain di benak seluruh rakyat Malaysia akan terjawab. Dan dengan sampel DNA milik Anwar juga akan membantu rakyat Malaysia samada untuk memilih Anwar sebagai PM atau tidak. Begitulah mahalnya harga yang perlu dibayar hanya semata-mata untuk mendapatkan sampel DNA Anwar. Semua jawapan terhadap persoalan ada pada sampel DNA Anwar.

5.  Bukankah sepatutnya Anwar mengambil peluang ini untuk menjadi PM, seperti yang menjadi impiannya selama ini? Mustahil bagi orang yang sebijak dan seberani Anwar tiba-tiba menjadi takut untuk memberikan sampel DNAnya. Kenapa Anwar begitu cuak dengan konspirasi terhadap DNAnya walhal SMB yakin orang seperti Anwar yang mempuanyai nama besar dan memiliki pengaruh serta sokongan yang hebat berupaya mencari jalan agar sampel DNAnya tidak dieksplotasikan.

6.  Dengan hanya sampel DNA milik Anwar, jika benar tidak bersalah dan keupayaan yang dimilikinya untuk mengelak dari sebarang konspirasi maka Anwar berupaya membuktikan dirinya tidak pernah meliwat Saiful. Dan sekaligus, SMB yakin sokongan rakyat Malaysia akan kembali kepada Anwar dan dalam masa yang sama, Anwar berada di landasan yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

7.  Denga sampel DNA milik Anwar juga, jika benar Anwar tidak bersalah, seluruh rakyat Malaysia akan dapat mengetahui betapa teraniayanya Si Anwar dan betapa sadis serta kejamnya pihak yang cuba menganiayai Anwar. Malah SMB yakin, jika Anwar berjaya membuktikan melalui DNAnya bahawa dirinya tidak bersalah, maka pihak yang menganiayainya termasuk Saiful mahupun UMNO (jika benar terbabit) akan dihadapkan ke muka pengadilan dan akan menerima balasan atas sumpah laknat yang telah dibuat.

8.  Begitulah kedudukan dan senarionya sekarang. Dan begitu jugalah peluang yang terhidang di depan mata Anwar untuk menjadi PM. Hairan Bin Pelik Bin Ajaib apabila seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi PM seperti Anwar tiba-tiba teragak-agak dan tidak mahu mengambil peluang keemasan ini. Tidak lagi timbul isu fitnah kerana sekarang Anwar berpeluang untuk menutup mulut pihak yang dikatakan menfitnahnya.

9.  Apa sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh Anwar? Jika yakin tidak bersalah kenapa tidak mengambil peluang untuk buktikannya. Semakin lama Anwar membiarkan isu ini tergantung tanpa jawapan membuatkan rakyat Malaysia menjadi semakin muak dan meluat. Akhirnya seluruh rakyat Malaysia menjadi benci terhadap Anwar. Adakah ini pilihan yang diingini oleh Anwar?

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama