Advertisement - Contact Us

PANAS !!! Siapa sebenarnya yang tinggal dalam PKR? Dimanakah kedudukan anda sekarang???

1.  Media hari ini mendedahkan bahawa lebih 90% pengasas penubuhan parti Keadilan telah pun keluar dari parti yakni secara rasmi atau memilih untuk tidak lagi aktif dan tidak lagi menyokong parti yang didokong oleh Sang Anwar Ibrahim. Perkara ini turut disahkan dan dipersetujui oleh bekas pemimpin dan pengasas Parti Keadilan, Senator Ezam Md Noor yang kini telah menyertai UMNO. Perlu diingat Senator Ezam merupakan bekas orang paling kanan Anwar dan pernah dipenjarakan selepas berlakunya Reformasi.
Antara yang telah keluar PKR...

2.  Dakwaan ini timbul berikutan pengumuman seorang lagi antara bekas pengasas Parti Keadilan yakni Saudara Ng Lum Yong yang telah mengumumkan untuk keluar PKR dan menyertai MCA. Beliau memegang nombor keahlian 00012 sewaktu menubuhkan Parti Keadilan. Beliau bertindak untuk keluar PKR setelah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR yang jelas terpesong perjuangannnya dan hanya memperjuangkan individu tertentu, bukannya perjuangan demi rakyat.

3.  Saudara Ng beranggapan bahawa PKR kini tidak lagi mengamalkan konsep demokrasi. Ini jelas dibuktikan berdasarkan cara pemilihan kepimpinan tertinggi PKR yang selesai baru-baru ini. PKR jelas mengamalkan kepimpinan tunggal di mana ketuanya telah dilantik bukan dipilih. Malah setiap keputusan dalam parti hanya memerlukan persetujuan seorang manakala ahli majlis tertinggi berfungsi sebagai tunggul di dalam PKR.

4.  Tidak ada sesiapa pun yang berani mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh diktator bergelar Ketua Umum dalam PKR. Walaupun banyak laporan dan bantahan telah dibuat berkenaan ketidak telusan dan penyelewengan yang berlaku sewaktu pemilihan kepimpinan tertinggi PKR, namun hingga kini tidak ada satu keputusan pun yang diumumkan oleh jawatankuasa disiplin parti bagi menjawab setiap laporan yang dibuat. Lebih malang, mereka yang berani expose untuk membuat laporan dan bantahan kini terpaksa berdepan dengan tindakan disiplin oleh jawatankuasa terbabit atas arahan Ketua Umum.

5.  SMB sebenarnya tidak berminat untuk bercakap soal pemilihan yang diadakan baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian SMB adalah statistik yang diumumkan media melibatkan 90% pengasas Parti Keadilan yang kini telah bertindak keluar parti. Persoalannya siapa dan kenapa mereka ini bertindak sedemikian? Ke mana hala tuju mereka setelah keluar dari PKR? Dan satu lagi persoalan siapa pula yang masih tinggal di dalam PKR bersama-sama Anwar Ibrahim?

6.  Baru-baru ini PKR ada mengumumkan bahawa jumlah keahlian mereka adalah melebihi 400 000 orang ahli. SMB tidak menyangkal jumlah keahlian yang mereka umumkan. 4 ratus ribu ahli ini memang wujud dalam PKR, tetapi bukan sekarang, ianya adalah sewaktu tsunami politik melanda negara pada PRU12 yang lalu. Ramai rakyat Malaysia pada ketika itu mula beralih dan memberi sokongan kepada PKR. Banyak ranting dan cabang baru ditubuhkan di seluruh Malaysia dan kebanyakan anak muda mula mendaftar menjadi ahli PKR pada waktu itu.

7.  Jika 4 ratus ribu itu dipecahkan, boleh dikatakan, 20% adalah terdiri daripada penyokong setia Anwar Ibrahim yang taat menanti sejak dari saat Anwar dipecat, reformasi hingga Anwar keluar penjara dan mereka ini memang mahukan perubahan dalam kerajaan ketika itu. 50% pula adalah terdiri dari golongan anak muda yang berdarah panas dan baru dalam politik termasuk kelompok atas pagar yang pada ketika itu kecewa dengan pentadbiran Pak Lah. Manakala 30% lagi adalah  dari bekas penyokong kerajaan namun gagal mendapat tempat dalam parti komponen BN termasuk MCA, MIC, PPP, Gerakan dan komponen di Sabah dan Sarawak. Golongan ini percaya mampu memperolehi tempat dan kuasa apabila menyertai PKR.
Kehebatan Anwar 'Menunggang'...

8.  Ini statistik pada tahun 2008 iaitu selepas PRU12. Tidak mustahil statistik ini merangkumi 4 ratus ribu ahli, seperti yang PKR pernah dakwa baru-baru ini. Namun, dalam tempoh 2 3 tahun ini senario politik benar-benar berubah. Ia diakibatkan pelbagai faktor antaranya kemampuan BN mengembalikan keyakinan rakyat hingga mampu meningkatkan populariti. Selain itu, faktor kegagalan PKR dan pelbagai masalah yang wujud dalam PKR termasuk melibatkan soal intergriti dan moral menyumbang kepada perubahan statistik. Jadi tidak hairanlah kenapa jumlah ahli PKR yang mengundi bagi memilih kepimpinan tertinggi mereka pada 2010 merosot dengan begitu banyak sekali. Dari 4 ratus ribu, yang tinggal hanya dalam lingkungan 10% sahaja yang masih melibatkan diri dalam pemilihan PKR.

9.  Jadi ke mana menghilangnya lagi 90% atau 360 000 yang pernah berdaftar sebagai ahli PKR? Percayakah anda jika SMB katakan bahawa  60% dari 360 000 kini telah pun keluar dari PKR samada secara rasmi atau tidak. Kebanyakan dari mereka mungkin telah menyertai BN, kembali menjadi pengundi atas pagar dan segelintirnya berjuang bersama pembangkang yang lain iaitu antara PAS, DAP atau parti baru, KITA. Manakala lagi 40% hanya menanti masa untuk keluar dari PKR. Mereka ini mungkin masih memberi peluang kepada PKR dan hanya melihat dan menilai apa langkah seterusnya yang akan diambil oleh PKR.

10.  Siapa pula kalangannya yang masih tinggal dalam PKR yang mewakili 10% dari 4 ratus ribu tadi? Kemungkinan, 80% dari jumlah tersebut adalah terdiri daripada mereka-mereka yang mempunyai kepentingan dalam PKR iaitu samada memegang apa-apa jawatan di parlimen atau DUN, peringkat tertinggi parti, cabang, ranting ataupun biro-biro yang dilantik. Ini juga termasuklah mereka yang rapat dengan Anwar dan mempunyai kepentingan peribadi dengan pemimpin utama PKR terutama dengan Anwar Ibrahim, Azizah, Azmin, Tian Chua dan beberapa lagi nama. Manakala lagi 20% adalah terdiri darpada mereka-mereka yang masih buta, bodoh, bangang, tunggul, kayu, kuda tunggangan, mangkuk hayun serta masih terpengaruh dengan setiap tutur kata dan janji manis pemimpin PKR.

11.  Statistik yang diumumkan oleh SMB sebenarnya adalah berdasarkan pemerhatian dan pandangan peribadi SMB sendiri bersandarkan beberapa sumber. Mungkin statistik ini kurang tepat namun secara keseluruhannya ia memang menggambarkan siapa sebenarnya yang dikatakan PKR. Mereka yang berada dalam kelompok 20% yang masih menyokong PKR mungkin akan menyangkal statistik SMB gara-gara hati mereka telah dibutakan oleh Sang Anwar.

Apapun, persoalannya, DALAM KELOMPOK MANAKAH KEDUDUKAN ANDA???

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama