Advertisement - Contact Us

Kerajaan Negeri PP butakan hati rakyat... Wang haram jadi darah daging...

1.  Jelas haram, maka haramlah ia. Tiada kompromi lagi. Jika sebelum ini, warga emas dari kawasan Kepala Batas mengambil keputusan untuk memulangkan semula wang ihsan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, hari ini lebih ramai warga emas tampil dengan penuh rasa curiga untuk memulangkan semula wang ihsan tersebut.

2.  Dalam memperkatakan isu, SMB tidak menyalahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di atas inisiatif beliau menyalurkan wang bantuan kepada warga emas walaupun jelas bantuan tersebut datangnya dari sumber judi yakni Kelab Lumba Kuda. Malah pujian wajar diberikan atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan Guan Eng untuk membantu warga emas. Guan Eng tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana beliau bukan beragama Islam walaupun beliau bercita-cita untuk menjadikan Umar Abd Aziz sebagai idola kepimpinan. Beliau pasti terlepas pandang terutama melibatkan hukum hakam Islam walaupun dari segi moralnya, memberi bantuan kepada pihak yang memerlukan adalah satu perkara yang baik.

3.  Pihak yang patut dipersalahkan atas kelalaian dan kegagalan memberi nasihat kepada Ketua Menteri adalah pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang beragama Islam. Ini termasuklah Timbalan Ketua Menteri, Exco Agama, Abul Malek, ADUN Permatang Pasir, Salleh Man dan beberapa pemimpin Islam lain. Mereka ini sepatutnya lebih peka dan sentiasa memberi nasihat kepada Guan Eng apatah lagi jika ianya melibatkan sensitiviti masyarakat Islam di Pulau Pinang. Mereka ini jugalah yang akan bertanggungjawab dan memikul dosa yang besar di atas kealpaan mereka dalam kepimpinan. Inilah masalahnya jika hanya tamakkan kedudukan dan sekadar menjadi 'tongong' dalam kerajaan negeri.

4.  Yang menjadi mangsa kini adalah warga emas yang telah menerima wang tersebut. Pastinya ramai yang telah membelanjakan wang tersebut dan telah menjadi darah daging mereka. Sepatutnya wang sumbangan itu dibelanjakan dengan rasa senang hati. Sayangnya, kini mula timbul rasa curiga dan was-was akan kesucian wang tersebut. Apatah lagi, memang sahih sebahagian wang tersebut datangnya dari sumbangan Kelab lumba kuda yang nyata menjalankan perniagaan berasaskan perjudian. Bagi warga emas yang mampu, mereka tidak ada masalah untuk memulangkan wang tersebut. Bagaimana pula dengan warga emas yang tidak mampu???

5.  Bagi menangkis isu ini, seorang pemimpin PAS yang terkenal dengan 'mangkuk hayunnya' yang juga merupakan liabiliti kepada PAS cuba mempertahankan pemberian wang tersebut dengan cara memanipulasikan isu. Mat Sabu yang kaya dengan maki hamun dan fitnahnya mahu kerajaan pusat yakni BN menyatakan sumber kewangan dan cuba mempertikaikan kesucian wang yang digunakan oleh kerajaan pusat dalam mentadbir negara. Inilah cara Mat Sabu, mencari salah pihak lain walupun tak wujud demi untuk menutup bau busuk dari tahi sendiri.

6.  Bagi sesebuah kerajaan, pastinya wang yang diterima datangnya dari pelbagai sumber tidak kira dari orang Islam mahupun bukan Islam dan dalam pelbagai jenis bentuk perniagaan. Ia datang dalam bentuk cukai yang perlu dibayar dan akan digunakan oleh kerajaan dalam pelbagai perkara. Kerajaan Islam pimpinan Rasulullah juga turut mengenakan cukai kepada penduduk Yahudi di Madinah selepas Hijrah. Cukai mesti dibayar walaupun menjalankan apa jua jenis perniagaan dan ia akan digunakan untuk pembangunan negara. Ia berbeza dengan sumbangan yang boleh dielakkan apatah lagi jika sahih sumbangan itu datangnya dari jenis perniagaan yang haram.

7.  Islam juga telah memberi jalan dan kaedah untuk mensucikan harta dan wang. Itulah fungsinya zakat yang menjadi salah satu perkara rukun dalam Islam. Dengan mengeluarkan zakat, selain dapat membangunkan umat Islam, ia juga berfungsi untuk membersihkan harta yang tidak jelas akan sumbernya. Tetapi, jika wang tersebut jelas dtang dari sumber perjudian, maka tidak ada cara lain, ianya tetap haram.

8.  Seperkara lagi, jika benar-benar mahu mengaitkan secara terus antara kerajaan pusat dengan sumber haram, seperkara perlu kita imbas kembali. Siapakan pemimpin yang mempunyai perkaitan rapat dengan sumber perjudian sebelum dan selama ini? Adakah kita sudah lupa hubungan antara bos no. 1 PR, Sang anwar Ibrahim dengan pemilik syarikat nombor ekor utama negara, Magnum, Nalakaruppan. Anwar sudah terlalu banyak menggunakan wang dari Nalakaruppan sewaktu beliau menjadi Timbalan PM dan Menteri kewangan demi untuk menaikkan karier politiknya. Nalakaruppan sendiri sudah terlalu banyak melabur kapada Anwar bagi menjaga survival dalam perniagaan hingga sanggup menjadi bapak ayam personal kepada Anwar.

9.  Diharap, isu ini menjadi pengajaran berguna kepada semua pihak. Soal halal haram apatah lagi jika ianya boleh menjadi darah daging perlukan ketelitian dan tidak boleh berlaku salah pandang. Ini melibatkan sensitiviti masyarakat Islam dan jika ia gagal ditangani dengan betul dan bijak, tidak mustahil perkara yang lebih buruk boleh berlaku

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama