2. Menurut hakim Mahkamah Rayuan lagi, hakim mahkamah Tinggi telah gagal membuat penilaian berdasarkan fakta dan keterangan yang dimilikinya dengan tepat hingga membuat satu keputusan yang salah.
3. Hakim Mahkamah Rayuan juga bersetuju bahawa keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan menyingkirkan Mohd Nizar dan melantik Dato’ seri Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru setelah terbukti majority memihak kepada BN adalah sah dan tepat berdasarkan perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
4. Persoalannya sekarang, bagaimana Hakim Mahkamah Tinggi gagal membuat penilaian dengan baik hingga membuat satu keputusan yang salah? Adakah wujud ke tidak telusan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim tersebut?
5. Keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi ini juga telah menimbulkan satu polemic politik yang tidak sihat dan boleh dianggap berbahaya kepada Negara. Keputusan itu boleh mengakibatkan ketidakstabilan politik dan ketenteraman Negara sekiranya wujud anasir yang ekstrim terhadap keputusan yang telah diputuskan itu.
6. Adalah diharap agar kajian dan tindakan dapat diambil oleh Badan Kehakiman Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang dilihat bercanggah dengan fakta sebenar.
7. Keputusan Mahkamah Rayuan juga telah menunjukkan bahawa Sultan Perak sememangnya arif dalam membuat keputusan serta tepat berlandaskan perlembagaan dan sememangnya tidak wajar jika ada pihak yang tergamak untuk mempertikaikan keputusan baginda hingga sanggup menderhaka.
8. Sekali lagi syabas diucapkan kepada Zambry dan diharap agar beliau dan barisan EXCOnya dapat melaksanakan tugas membela nasib rakyat Perak dengan penuh tanggungjawab dan berkesan. Kepada Nizar dan Pakatan Rakyat, adalah diharap agar dapat menerima hakikat dengan hati yang terbuka.
bila nizar di ishtiharkan oleh mahkamah tinggi hari sbg menteri besar yg sah, knp zambree tu tak terima dgn hati terbuka ???
BalasPadamskg ni nak suruh nizar terima dgn hati terbuka pula ...
lawan tetap lawan !!
aritu zambry kata dia terima je kan..
BalasPadamdah siap kosongkan lg pejabat.. ala.. rilex la.. jgn mudah gelabah
Najib Razak berpolitik jarak 2 kaki saja, keputusan mahkamah hari semalam akan memakan diri umno sendiri nanti.....tunggu dan lihat...
BalasPadamPada logiknya mahkamah tinggi hanya diadili oleh sorang hakim aja, tapi mahkamah Persekutuan oleh tiga orang hakim. majoriti tiga lawan satu, walau pun berlainan mahkamah ini tetap bolih diangap Dato' Zambry telah menang. mana boleh pakai satu pendapat dia saja. Sultan Perak adalah seorang raja yg bijak dan lagi arif tentang undang2 & perlembagaan negerinya sendiri dan kita jangan lupa beliau adalah Bekas Hakim Negara Malaysia. Takkanlah tuanku sanggup mengadai maruah bangsa melayunya. Tapi kalau orang MELAYU seperti Nizar (PAS) yg sangup menjadi kuda tunggangan DAP kerana diberi sedikit kuasa. Inilah perbezaan antara Melayu UMNO dan MELAYU PAS.
BalasPadamHIDUP MELAYU SEJATI.