Advertisement - Contact Us

Sultan bimbang orang Melayu Selangor berpecah. - MalaysiaKini

"Mar 7, 09 1:00am
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyuarakan kebimbangan terhadap orang Melayu di Selangor yang telah berpecah belah disebabkan oleh berlainan fahaman politik.

Titah baginda, walaupun bangsa Melayu tidak mungkin akan hilang dari dunia, tetapi tidak ada gunanya sekiranya orang Melayu yang tinggal itu tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.

"Beta sudah berkali-kali menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya menghormati antara satu sama lain, memahami akan kedudukan satu dengan yang lain dan yang paling penting, mempercayai antara satu dengan yang lain.

"Jika orang Melayu sentiasa menyimpan syak wasangka antara satu dengan yang lain maka inilah yang akan menimbulkan rasa curiga, rasa sangsi dan cemburu yang menyebabkan timbulnya fikiran dan tindakan yang negatif sesama rakyat jelata," titah baginda.

Baginda menegaskan demikian ketika merasmikan upacara pembinaan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz dekat Petaling Jaya semalam. Turut hadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, lapor Bernama.

Sultan Sharafuddin juga menyeru rakyat Selangor supaya bertenang dan merenung sedalam-dalamnya apa yang telah berlaku dan bertanya kepada diri sendiri sama ada mahu keamanan dan kesejahteraan hidup yang dirasai kini berterusan, atau bertelagah sesama sendiri sehingga memusnahkan negeri sendiri.

Baginda menyeru orang Melayu supaya bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

'Hilang maruah'

Baginda turut melahirkan rasa kesal terhadap golongan Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan bangsanya sendiri dan Raja-raja Melayu walaupun perkara itu termaktub dalam perlembagaan.

Baginda menyifatkan kumpulan orang Melayu ini sebagai biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak merasa segan atau malu sedangkan mereka telah diasuh dari zaman nenek moyang atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat.

"Di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati (tetapi) di mana orang Melayu sekarang?

"Negara baru mencapai kemerdekaan setengah abad, orang Melayu telah bercakaran, hilang maruah, hilang budi pekerti disebabkan terlalu ghairah untuk merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan bangsa dan negeri," titah baginda.

Menyentuh mengenai pengurusan masjid, Sultan Sharafuddin bertitah, pihak pengurusan perlu memandang serius dan lebih prihatin sekiranya terdapat unsur-unsur yang tidak sepatutnya ditimbulkan dalam suasana damai masjid.

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz yang terletak di Jalan Templer pada mulanya adalah sebuah surau kayu dua tingkat pada tahun 1956, dan lapan tahun kemudian ia dibina semula sebagai sebuah masjid batu berbentuk payung separuh tertutup.

Berikutan dengan jumlah anak kariah yang semakin meningkat, masjid itu sekali lagi diubah suai bagi pada 1980-an, dan pada 2005 kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM15 juta untuk membina semula masjid itu.

Bangunan masjid itu kini meliputi kawasan lantai seluas 7,374 meter persegi dengan ruang solat yang mampu menampung 4,000 jemaah selain kemudahan tambahan termasuk dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah dan kelas pengajian."
- MalaysiaKini

Jika difikir dan diimbas kembali, semua ini berlaku dan mula dipersoalkan semenjak Pakatan Rakyat berjaya menggoncang kerajaan Barisan Nasional. Walhal, sebelum wujudnya Pakatan rakyat, negara tidak pernah digemparkan dengan pelbagai isu terutama melibatkan sensitiviti, hak asasi, ketuanan Melayu, kontrak sosial dan terbaru melibatkan kedudukan Raja-Raja di Malaysia. Sudah pasti sultan akan berasa gundah mengenangkan betapa bodoh dan lemahnya orang Melayu yang mudah terpengaruh dan ternoda dengan janji manis hingga mengakibatkan orang Melayu berpecah belah.

Pembangkang sering mempertikaikan jika kita mempertahankan Melayu. Kononnya bagi mereka apa yang lebih penting adalah Islam, bukannya Melayu. tidakkah kita terfikir bahawa kebanyakkan Melayu malah berani dikatakan bahawa kesemua Melayu adalah islam. Yang membezakannya adalah Melayu murtad atau Melayu yang tak mengamalkan ajaran Islam. Pucuk pangkalnya tetap Islam. Kita ingin melihat Islam Malysia yang bersatu padu dan harmoni. Sedangkan dalam Melayu berlaku perpecahan yang dasyat dan menyedihkan. Tidakkah secara automatik Islam itu sendiri turut berpecah?

Inilah masalah nya jika terlalu fanatik dan taksub kepada sesuatu tak kiralah samada pada parti atau individu tertentu. Apa yang diperkatakan terus dipercayai secara membabi buta tanpa ada usul periksa. Walhal, secara jelas dan nyata baik dari segi fakta mahupun jika difikirkan logik, ia bertentangan dengan norma dan jauh sekali dengan kebenaran. Hanya disebabkan terlalu taksub maka tahi pun dikatakan wangi. Apa yang berlaku di Perak sudah menjadi bukti. Akibat terlalu taksub maka Sultan pun sanggup diderhakai. Di bawah pokok pun sanggup bersidang kononnya demokrasi.

Tak kisahlah kalau ingin menjadikan sesuatu atau seseorang itu sebagai idola. Tapi berfikirlah sebelum bertindak. Ikut dan contohi mana yang baik sahaja dan buang mana yang difikirkan buruk. Bukan menerima dan menelan semua sekali tanpa usul periksa. Inilah lemahnya Melayu dan Islam Malaysia. Dan disebabkan ini jugalah pihak lain berani mengambil kesempatan ke atas Melayu dan Islam Malaysia. Hanya keran boleh menyebut amal maaruf, nahi mungkar, maka Guan Eng diangkat melangit. Sehingga terlupa bahawa dasar DAP tetap menolak penubuhan negara Islam di Malaysia.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama