Advertisement - Contact Us

Lagu Agnes Monica 'Allah Peduli' diharamkan di Selangor. - B. Harian Online

Kebelakangan ini semakin banyak pihak yang kian berani mempermainkan kesucian agama Islam. Sudah lah agama Islam dilabel oleh dunia barat sebagai pengganas. Kemudian timbul pula isu tidakan biadap media dari Holland yang menggambarkan Rasulullah dalam karikaturnya. Kemudian penyalahgunaan istilah Allah oleh golongan ortodoks dalam Harold Magazine. Dan terbaru, isu seorang artis terkenal dari Indonesia yang menggunakan nama Allah sebagai tajuk lagunya.

Perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan berleluasa. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini dilihat semakin berani menyentuh soal sensitif bagi orang-orang Islam. Orang Islam di seluruh dunia perlu kembali semula kepada ajaran Islam. Semua yang berlaku adalah disebabkan perpaduan di kalangan sesama Islam sendiri yang mana dilihat semakin goyah. Orang-orang Islam seluruh dunia seperti mulai alpa dan terleka angkara terlalu mengejar duniawi. Akibatnya, ada pihak yang berani mengambil kesempatan di atas kelonggaran ikatan umat islam keseluruhannya.

"SHAH ALAM: Lagu artis Indonesia, Agnes Monica berjudul 'Allah Peduli ' diharamkan di Selangor kerana menggunakan kalimah Allah dalam liriknya bagi menggambarkan Nabi Isa.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata tindakan mengikut peruntukan undang-undang akan diambil jika lagu itu dimainkan di negeri ini atau sebarang perbuatan menggunakan kalimah Allah sebagai menggantikan atau menggambarkan Tuhan bagi agama lain.

"Siasatan akan dilakukan oleh pegawai bertauliah dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda RM1,000," katanya pada sidang media di sini, hari ini."
- B. Harian Online.

Sehubungan dengan itu, adalah diseru seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia untuk kembali ke pangkal jalan. Ketepikan soal politik dan perkara yang tak berkaitan yang telah banyak memecahbelahkan sesama Islam. Marilah kita kembali merapatkan sauf persaudaraan seIslam dan bersama-sama mempertahankan kesucian agama Islam dari terus dicemari oleh anasir-anasir durjana ini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama