YAYASAN AKAL BUDI WUJUD DAN DIBIAYAI SEPENUHNYA OLEH ZAHID HAMIDI SEJAK AWAL PENUBUHAN HINGGA KINI...
Selepas tersiarnya kenyataan media yang dibuat oleh Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu kerjasama UMNO dan PAS yang mana beliau telah melabel parti PAS sebagai talam dua muka, maka, seperti lazimnya dan sudah dijangka, bertubi-tubilah kecaman, cacian, penghinaan, tuduhan jahat serta fitnah dilemparkan kepada DS Zahid Hamidi...
Apa yang mereka tak kata... penyamun la, perompak duit yayasan la, makan duit asnaf la, dan mcm2 lagi... daripada mereka yg bergelar pemimpin sampailah ke balaci kuli pencacai di bawah, galak benar mereka membuat fitnah... dan majoriti yang membuat pelbagai kenyataan jahat ni datangnya dari mereka yg menggunakan nama seperti org Islam dan ada juga yang menggunakan profile konon sebagai Pejuang Islam la, dan sebagainya...
Sudah tentu malang buat mereka yang sanggup mengorbankan diri mereka, merisikokan untung nasib mereka, untuk berdepan dengan hari perhitungan kelak di hadapan Allah, dalam keadaan diri mereka tidak tahu dan tidak berilmu, hanya dipengaruhi dengan ketaksuban yang melampau hingga tidak mampu membezakan antara yg haq dan yg batil...
Sebagai manusia biasa, aku percaya, DS Zahid bukanlah insan yg sempurna, dan dia juga tidak terlepas dari melakukan dosa dan noda... dan dalam masa yang sama, beliau masih mempunyai akal yg waras dan fitrah manusia yang sentiasa mahukan kebaikan... menilai org lain hanya dengan mata kejahatan dan penuh dgn hasad dan dendam, akan hanya merosakkan hati, akal dan diri kita sendiri...
Mungkin ramai yg terlalu under estimate hingga membutakan mata hati mereka... Yayasan Akal Budi yang ditubuhkan tahun 1997 merupakan sebuah yayasan yg menjurus kpd kerja2 amal dan ianya DIMILIKI SEPENUHNYA oleh DS Zahid Hamidi... mmg sejak dari awal ia diwujudkan, termasuk modal permulaan penubuhan yayasan semuanya datang dari harta DS Zahid sendiri...
Beliau ketika itu adalah Ketua Pemuda UMNO yang baru, dan juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk yg baru sahaja memenangi kerusi tersebut dalam PRU 1995... sebelum bergiat aktif dalam politik, beliau sudah terlibat di dalam sektor korporat... sebelum dari itu lagi, beliau memulakan langkah kerjayanya dalam bidang perbankan dan kemudian mula terlibat secara serius dlm bidang korporat membabitkan syarikat2 besar bertaraf antarabangsa...
Sebelum berlakunya kejatuhan ekonomi dunia sekitar 1997, DS Zahid sudahpun mempunyai pelbagai perniagaan di luar negara, memiliki syarikat konglomerat melalui pegangan saham, malah syarikat2 antarabangsa yg beliau miliki turut dianugerahkan pelbagai projek2 mega di negara2 luar seperti China... dan ini jugalah yang pernah didedahkan oleh Anwar Ibrahim di dalam parlimen tempohari apabila berbahas berkenaan dengan isu Pandorra Paper...
Ya... anak jawa ponorogo yang berjaya di peringkat antarabangsa, apabila pulang ke tanahair dengan membawa bersama harta kekayaan beliau, maka lahirlah Yayasan Akal Budi menggunakan modal beliau sepenuhnya tetapi dengan niat utk berkongsi rezeki dgn org lain agar kekayaan itu memberi manfaat kpd ummah...
Tentu ramai yang masih ingat pendedahan yg dibuat oleh Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO ketika itu... Mahathir mengaku ada pemimpin Pemuda UMNO ketika itu yg mengishtiharkan harta dan aset yg dimilikinya hampir RM500 juta ketika itu... dan pemimpin pemuda itu adalah DS Zahid Hamidi...
Penubuhan Yayasan Akal Budi bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran kewangan utk kerja2 amal dapat dilakukan... dana datang dari DS Zahid sepenuhnya dan diurus oleh yayasan... perlantilan ahli2 lembaga pengarah dalam Yayasan itu hanyalah sekadar formaliti bagi sesebuah pertubuhan... mereka tidaklah menyumbang dari segi dana sangat kpd yayasan, malah mereka ini dibayar gaji dan elaun sepertimana ahli2 lembaga pengarah yg lain...
Memandangkan yayasan ini mmg dibiayai dan dimiliki sepenuhnya oleh DS Zahid Hamidi, jadi datang mana logiknya nk tuduh DS Zahid sebagai penyamun duit yayasan?
Kalau ditanya pula ke mana wang yayasan ini disalurkn? Siapa yg dibantu? Untuk menjawabnya, kalau kaki2 fitnah yg jahat dan perut busuk di luar sana tahu sumbangan Yayasan ini kpd ummah, nk dibandingkan pula dgn sumbangan mereka, mmg jauh panggang dari api...
Tapi percayalah, kalau dah jenis perut busuk kaki fitnah ni, walaupun dah terbentang kebenaran depan mata, mereka tetap akan memilih utk menjamah bangkai... sebab mereka sudah menjadi mangsa eksploitasi penunggang2 agama yg akan menghalalkan apa saja perkara termasuk bangkai selagi mana ia menguntungkan mereka...
Korang boleh klik link di bawah kalau nak tahu apakah sumbangan Yayasan Akal Budi selama ini... malas dah nak cerita panjang2, sebab kalau korang mmg nakkan kebenaran, tentu korang akan klik dan baca... tapi kalau dah mmg manusia tak berakhlak yg busuk hati, mereka akan terus mainkan fitnah yg sama berulang kali dan menolak utk tahu kebenaran...
Sumbangan YAYASAN AKAL BUDI Kepada Dunia Islam...
Cuma 1 yang aku ingin kongsikan di sini adalah berkenaan Projek Pembinaan Masjid Terapung Hajjah Tuminah di Bagan Datuk yg kini sudah hampir siap... sebuah masjid yang besar dan cantik ini dibiayai oleh Yayasan Akal Budi...
Kenapa Yayasan ini menjadi sasaran serangan? Jawapannya mudah... sebab yayasan ini diibaratkan seperti Telaga Emas kepada DS Zahid... boleh kita katakan bahawa karier politik DS Zahid bergerak dan digerakkan melalui dana dari telaga ini... nak bunuh karier politik DS Zahid mesti dengan cara memusnahkan telaga emas miliknya... samada dengan cara merampasnya, atau meracuni air di dalam telaga, inilah yg sedang diusahakan, sejak PH jadi kjaan, disambung oleh Muhyiddin dan dengan mendapat restu dari PAS...
Cuma, kesian kpd pihak yg selama ini dibantu dan dibiayai oleh yayasan ini... semuanya terpaksa dihentikan dan tersekat disebabkn wangnya yg telah dibekukan kerana sedang dlm proses mahkamah... mungkin besarlah pahala mereka yg menjadi punca dana yayasan ini disekat...