Advertisement - Contact Us

Adakah Islam Benarkan PAS Bersifat Talam Dua Muka, Hipokrit Dan Khianat?

TALAM DUA MUKA... ITULAH PERUMPAAN YANG PALING TEPAT BUAT PAS...





Isu kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara UMNO BN dan PAS sekali lagi cuba disemarakkan lagi oleh beberapa pihak, terutama di kalangan mereka yang masih mahu meletakkan harapan kepada kerjasama ini... Antara yang bersuara mengungkit dan cubaan memancing datangnya dari Setiausaha Agong PAS, YB Takiyuddin Hassan apabila beliau membuat kenyataan bahawa formula MN adalah yang terbaik...

Kenyataan ini kemudiannya telah mendapat pelbagai respon balas dari beberapa pihak... dan tentunya, yang paling ketara mengemukakan respon balas datangnya dari UMNO BN... antaranya adalah respon dari mantan Ahli Parlimen Kemaman, DS Shaberry Cheek, respon dari Setiausaha Agong UMNO, YB Datuk Ahmad Maslan, respon TS Shahrir Samad, dan beberapa lagi...

Kenapa boleh timbul lagi isu MN ini oleh Takiyuddin walaupun UMNO telah berkali kali menyatakan pendirian parti untuk menghadapi PRU15 ini secara solo?


Adakah hal ini timbul selepas melihat perkembangan terkini yang berlaku dalam politik negeri Kelantan, negeri yang dikuasai oleh PAS? Adakah ini petanda jelas betapa PAS sendiri sudah mula rasa terancam selepas melihat movement yang dicetuskan oleh veteran UMNO yg juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang telah mengadakan perbincangan dan bakal memuktamadkan satu kerjasama baru antara beliau dengan parti Amanah Kelantan?

Perhubungan UMNO Kelantan sudahpun mengeluarkan kenyataan bahawa segala tindakan yang dilakukan oleh Ku Li itu mewakili dirinya sendiri, bukan mewakili UMNO Kelantan... dan pada masa sama, pimpinan UMNO termasuk di Kelantan tidak menunjukkan kecenderungan untuk mengambil sebarang tindakan disiplin ke atas Ku Li...


Selepas sekian lama negeri Kelantan diperintah oleh kjaan PAS, aku yakin, kali ini, sudah tentu sebahagian besar rakyat Kelantan mahu melihat perubahan berlaku... dan tawaran terbaru yang boleh diberikan adalah sepertimana apa yg cuba diusahakan oleh Ku Li dan Amanah Kelantan... sebab itu, tidak hairan kenapa PAS jadi semakin goyang...

Tak cukup dengan itu, melarat juga isu politik ke Terengganu, satu lagi negeri di bawah pentadbiran PAS... UMNO Terengganu telah berulang kali menyatakan keputusan mereka untuk tidak bekerjasama dgn PAS Terengganu... DS Ahmad Said selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu telah mengumumkan bahawasanya UMNO BN Terengganu akan bertanding di semua kerusi DUN mahupun Parlimen yang ada di Terengganu...


Tidak ada rundingan dan tidak ada agihan kerusi antara UMNO BN dan PAS di sana... jadi, kenyataan yg dibuat oleh PAS Terengganu kononnya mereka gagal bertemu dengan pemimpin UMNO Terengganu untuk rundingan hanya menzahirkan betapa terdesaknya PAS Terengganu...

Dan hari ini, sekali lagi Presiden UMNO terpaksa mengeluarkan kenyataan apabila ditanya berkenaan hubungan MN ini oleh wartawan...


Memang benar, Muafakat Nasional antara UMNO BN dan PAS pernah menjadi formula kemenangan terbaik kedua-dua pihak... tetapi tidak ada gunanya itu semua jika dalam hubungan kerjasama tidak ada kejujuran, tidak ada keikhlasan... umpama ular sawa, pantang dihidang peluang depan mata, dingapnya tanpa belas kasihan... bukan sekali, tapi berkali kali PAS melakukan perkara yg sama kpd UMNO...

Makanya, jika rakyat malaysia mahu melihat negara ini kembali ditadbir urus ke arah kegemilangan, diletakkan semula di atas landasan yang sepatutnya, maka kjaan yang akan memerintah dan mentadbir bumi ini mestilah diberikan mandat untuk mengurus dgn lebih stabil dan kukuh... kjaan yg memerintah tak sepatutnya sentiasa dipaksa beralih perhatian dan fokus, antara urusan pentadbiran negara dengan hal remeh temeh perihal politik...


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama