Satu Sistem Seperti Hrmis Dan Google Maps Mesti Dibina Oleh KKM Sebagai Langkah Menangani Covid-19...


BINA SISTEM DATABASE DAN WUJUDKN JARINGAN SEPERTI GOOGLE MAPS...



Aku tertarik dgn 1 cadangan yg dikemukakan oleh seorang doktor pakar dari Indonesia, iaitu bagaimana untuk menentukan prioriti seseorang individu itu, samada ia berada dlm kategori yg mesti diberikan prioriti utk melakukan test Covid-19 dgn kadar segera atau tidak...

Cadangan yg dibuat juga merangkumi pengumpulan database sebanyak mungkin rakyat Malaysia secara SUKARELA yg mungkin boleh dibuat secara online di dalam website dan melalui aplikasi yg dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan dgn jaminan bahawa segala maklumat yg diberikan mestilah DIRAHSIAKAN, atau tertakluk di bawah undang2 OSA...

Setiap ketua isi rumah akan mewakili ahlinya dan akan mengisi maklumat2 penting yg diminta berkenaan dirinya sendiri dan juga diri setiap ahli keluarga yg berada di bawah tanggungjawab... sistem ini akan membina satu jaringan yg besar dan terperinci bertujuan utk mewujudkan kebarangkalian jaringan kontak, lokasi yg berkemungkinan sudah terdedah dgn wabak, individu2 yg mungkin terlibat berdasarkan rekod di mana dia berada sebelum ini pada masa yg mungkim paling berisiko utk dijangkiti...

Antara maklumat2 penting yg mesti dijawab dgn jujur sbg contoh, lokasi dia dan keluarga menjalani PKP, keadaan semasa tahap kesihatan diri dan keluarga samada ada yg bergejala atau tidak, rekod perjalanan bermula hari pertama PKP hingga skang, spt pergi ke kedai mana, jam berapa dan seumpamanya... sistem yg mungkin boleh dijadikan contoh yg hampir sama adalah sptmana yg digunakan dlm sistem Hrimis oleh kjaan...

Dengan cara ini pihak KKM mungkin akan lebih mudah utk tahu siapa yg sedang mengalami gejala utk dibuat test, siapa yg berkemungkinan melakukan kontak dgn mana2 pesakit yg sudah positif berdasarkan maklumat hubungan atau lokasi di mana pertemuan berlaku yg menyebabkan kontak, siapa lagi yg berada di lokasi yg sama pada masa tersebut dan sebagainya... pemantauan rapat boleh dilakukan ke atas mereka yg berisiko sudah terdedah tetapi tidak menunjukkan gejala...

Mungkin cadangan ini agak sukar nk diimplementasikan dlm keadaan terburu buru atau mengharapkan outcome yg segera memandangkan hal ini melibatkan juga tahap kesedaran rakyat, selain jumlah rakyat Malaysia yg kini sudah mencecah lebih 32 juta orang... namun perlu diingat, masalah penularan wabak Covid-19 ini tidak mudah nk diselesaikan selagi mana vaksin atau ubat utk merawatinya belum ditemui...

Ini beerti, kita menjangkakan kemungkinan masalah ini akan berlarutan utk 1 tempoh masa yg agak lama... maka, jika ada usaha utk memulakan kaedah spt yg dicadangkan ini dr skang, dan disusuli dgn langkah2 adhoc utk beri kesedaran kpd rakyat agar segera memberikan semua maklumat yg diminta ini, mungkin utk tempoh 2 minggu ke 1 bulan akan datang, pihak KKM sudah mempunyai sebuah database yg tentunya akan lebih memudahkan byk kerja, selain langkah2 ujian dan rawatan boleh dibuat secara lebih sistematik dan berfokus...

Apapun... ini sekadar cadangan dari hamba yg marhaen...

#AriffSMB

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama