Advertisement - Contact Us

Najib nafi tandatangan minit mesyuarat 7 Sept., ia boleh dipalsukan


[11 Disember 2019]

Datuk Seri Najib berkata beliau tidak pernah menandatangani minit mesyuarat yang digunakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn. Bhd.. Nik Faisal Ariff Kamil untuk memberi taklimat kepada Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu pada 13 September 2011.
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian merujuk kepada minit bertarikh 7 September 2011 yang kemudian dijadikan dokumen bukti di mahkamah oleh pasukan pendakwaan.
Kata Najib, kebanyakan pertemuannya dengan Nik Faisal tidak direkod dalam minit mesyuarat.
“Saya tidak menandatangani (minit mesyuarat ini),” kata Najib ketika disoal balas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan.
Menurutnya, tandatangan yang seperti miliknya dalam minit mesyuarat tersebut berpotensi untuk dipalsukan.
Beliau menguatkan keterangannya itu dengan mengaitkan keterangan saksi utama sebelum ini iaitu Pengarah SRC International, Datuk Suboh Md Yassin berkenaan tandatangannya dalam semua 17 surat arahan pemindahan wang melibatkan akaun SRC Interntional dan beberapa syarikat lain.
“Orang boleh memalsukan, Suboh menukar pendiriannya (mengenai keaslian tandatangan Suboh yang membenarkan pemindahan),” tambah Najib.
Beliau berkata bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh  Tommy mengenai minit dan dokumen yang dikaitkan dengan pinjaman kedua sebanyak RM2 bilion yang diberikan oleh Kumpulan Amanah Persaraan (KWAP) kepada SRC International pada akhir 2012.
Bagaimanapun Najib mengaku tidak meminta penjelasan lanjut tentang pinjaman kedua SRC oleh KWAP pada Februari 2012 kerana ia seperti tujuan pinjaman pertama iaitu untuk pelaburan.
“Ia untuk tujuan rancangan pelaburan segera, itulah yang saya diberitahu,”katanya.
Sementara itu, Najib menolak cadangan Peguam Negara bahawa beliau memberi sokongan kepada KWAP untuk memberi pinjaman kedua kerana tindakan itu salah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama