Advertisement - Contact Us

Najib fail saman terhadap AmBank, bekas pengurus bank


[11 Disember 2019]

Bekas perdana menteri Najib Razak memfailkan saman terhadap AmBank dan salah seorang bekas kakitangan bank itu atas dakwaan kecuaian dalam mendedahkan butiran akaun banknya kepada seorang individu tanpa kebenaran.
Dalam saman yang difailkan pada Isnin, Najib mendakwa bank itu dan Joanna Yu, yang merupakan pengurus perhubungan bagi akaun banknya, menyalahi tugas-tugas mereka mengikut undang-undang perbankan seperti Akta Perkhidmatan Kewangan dan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan yang melindungi privasinya.
Selain Yu, beliau menamakan AmIslamic Bank dan AmBank Group dalam tindakan undang-undang itu.
Najib mendakwa Yu menyampaikan butiran 4 daripada 5 akaun banknya kepada ahli perniagaan yang dikehendaki, Low Taek Jho, yang menurut Najib tiada kebenaran untuk mengurus akaun-akaunnya.
Beliau mendakwa Yu bertindak atas nasihat Low seperti menggunakan nama-nama alternatif untuk semua akaunnya yang berakhir dengan nombor 694, 880, 898, dan 906, meminta nasihat tentang meluluskan cek bawah 4 akaun itu, serta mengambil langkah-langkah untuk menyembunyikan penyata akaun bank daripadanya.
Najib juga berkata dalam perbicaraan SRC International, didedahkan Yu dan Low berhubung di BlackBerry Messenger mengenai hal ehwal akaunnya.
Yu memberi keterangan di perbicaran itu sebagai saksi pendakwaan.
“Oleh kerana kecuaian bank dan Yu dalam melindungi privasi akaun, individu tanpa kebenaran itu memanipulasi akaun plaintif tanpa pengetahuannya.
“Ini menyebabkan serangan politik terhadap pemegang akaun dan seterusnya pemegang akaun didakwa bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Kanun Keseksaan, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram, dalam kes SRC,” kata Najib, merujuk kepada perbicaraan yang sedang berjalan.
Najib menuntut ganti rugi teruk dan khas daripada Yu dan bank.
Kes akan dibuset pada 17 Dis di hadapan pendaftar Mahkamah Tinggi.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama