Advertisement - Contact Us

PANAS!!! Belum Pun Lagi Masuk Gelanggang, Pakatan Harapan Sudah Tumbang Di Tangan DS Najib... PH Tumbang Disaluti PENGHINAAN... #SahabatSMB

SOALAN 'SMART' FAHMI ZAINOL KEPADA EXCO PEMUDA UMNO, SHAHRIL HAMDAN : KENAPA KJAAN MASIH GAGAL MANSUHKAN GST SEDANGKAN PENDAPATAN NEGARA HASIL DARI MINYAK SENTIASA MENINGKAT SEJAK 2004, MENCECAH PARAS TERTINGGI PADA 2008, SEBELUM IA MENJUNAM PADA 2015 DAN KINI KEMBALI STABIL PADA USD50 SETONG???


1. Satu program wacana dengan tajuk 'Politik Bukan Sekadar Retorik' anjuran Pemuda UMNO Tasek Gelugor bersama Pemuda UMNO Kepala Batas dan Pemuda UMNO Negeri P. Pinang telah diadakan pada 27/10/2017 yg lepas bertempat di Midtown Kubang Menerong, Tasek Gelugor... program yg mensasarkan anak muda telah menampilkan Saudara Shahril Hamdan, EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Saudara Rafizal Abd Rahim, Ketua pemuda UMNO Negeri P. Pinang selaku penalis manakala Saudara Nashrol Hisham, Ketua Pemuda UMNO Tasek Gelugor telah bertindak sebagai moderator...

2. Lebih 200 anak muda dari sekitar Seberang Perai telah hadir, dan lebih menarik lagi apabila program ini turut dihadiri aktivis mahasiswa pro Pakatan Harapan, Saudara Fahmi Zainol... tahniah diucapkan kpd Pemuda UMNO T. Gelugor, K. Batas dan Pemuda UMNO P. Pinang selaku penganjur program kerana telah menyerlahkan politik matang, dengan membuka ruang seluas-luasnya kpd semua pihak untuk hadir bagi mendapatkan kebenaran, sekalipun drpd pihak pembangkang... syabas juga kepada Saudara Nashrol Hisham kerana berjaya memainkan peranan selaku moderator dengan baik sekali...




3. Sebenarnya, perkara yg menarik perhatian aku dalam wacana ini adalah apabila saudara Fahmi Zainol, seperti dijangka, telah tampil bertanyakan beberapa soalan kpd ahli panel, khususnya kpd Saudara Shahril Hamdan... dan terus terang aku katakan, soalan yg dikemukakan oleh Fahmi jelas menunjukkan cara fikir dan kematangan beliau bilamana berbicara tentang politik dan hal ehwal semasa, walaupun dari sisi pandang seorang pembangkang... malah, tidak keterlaluan utk aku akui bahawa Saudara Fahmi memiliki kualiti dan cara fikir yg mungkin jauh lebih baik, bijak dan matang berbanding tahap pemikiran yg ada pada Ketua Armada PPBM, Saudara Syed Saddiq...

4. Buktinya, apabila Fahmi tampil membangkitkan isu GST (soalan seperti pada tajuk posting)... dari satu sudut nampak seperti soalan yg diajukan itu logik dan rasional... beliau mempertikai tindakan kjaan yg masih mengekalkan pelaksanaan GST seperti yg diumumkan oleh YAB PM dalam bajet 2018 yg telah dibentangkan... rasional beliau, pendapatan yg diterima oleh kjaan hasil dari minyak sentiasa meningkat setiap tahun, drpd RM16 bil pada 2003, dan ia terus meningkat mencecah paras tertinggi bilamana harga minyak dunia melonjak melebihi USD100 setong pada 2008, sebelum ia mulai jatuh ke paras USD30 setong pada 2014 dan 2015... dan hari ini, berdasarkan pengumuman PM, harga minyak dunia kembali stabil pada USD50 setong, melebihi jangkaan awal kjaan iaitu sekitar USD45 setong... apa yg Fahmi cuba sampaikan adalah, kjaan tidak wajar kenakan kutipan Gst kpd rakyat memandangkan hasil minyak negera sudah cukup menampung perbelanjaan kjaan... dan bilamana kjaan masih kekalkan GST, bermakna seolah-olah kjaan mempunyai lebihan pendapatan yg lumayan, yg akhirnya menyebabkan berlakunya ketirisan dan penyelewengan, kononnya... itu sebenarnya 'main focus' kepada soalan Fahmi tadi...


5. Bagaimana dan apakah jawapan dari Saudara Shahril? Maaf cakap, sebenarnya aku menjangkakan jawapan yg jauh lebih baik dari Shahril, malangnya hal itu tidak berlaku... mungkin Shahril tersalah fokus, memang menjawab soalan Fahmi tidak memberi apa2 erti kerana mentaliti pembangkang seperti Fahmi tetap tidak akan terima penjelasan yg diberikan, namun penjelasan itu penting terutama untuk dinilai oleh anak2 muda yg hadir dalam program tersebut... walaupun benar, nilai wang hari ini tidak sama dengan nilai wang dulu yg menyebabkan berlaku perbezaan kepada keperluan perbelanjaan kjaan (jawapan Sharil)... jawapan yg Shahril berikan menunjukkan Shahril telah terlepas pandang beberapa point penting yg patut ditekankan...

i) Apakah sebenarnya GST? GST BUKAN satu sistem percukaian yg baru... ia adalah hasil penambaihbaikan drpd sistem sedia ada iaitu SST yg telah lama kjaan laksanakan... banyak lompang kelemahan wujud dlm SST, yg telah merugikan kjaan dan rakyat...

Jika dilihat kpd Belanjawan PH, salah satu alternatif hasil yg boleh kjaan perolehi apabila PH 'mansuhkan' GST adalah melalui langkah kawalan ketirisan dan membanteras rasuah... PH mungkin terlupa, kjaan pimpinan DS Najib Razak lebih awal telah berjaya menghapuskan ketirisan melalui pelaksanaan GST... ketika di bawah SST, kjaan hanya mampu mengutip sekitar RM18 b setahun drpd hanya kira 60,000 peniaga yg mendaftar... di bawah sistem GST, hampir 500,000 buah syarikat yg sudah berdaftar, melebihi jangkaan awal kjaan iaitu hanya kira2 150,000 buah syarikat... malah jumlah kutipan juga meningkat mencecah RM42 b di bawah GST, mengatasi RM18 b yg hanya mampu dikutip di bawah sistem SST... bayangkan ketirisan yg berlaku hingga menyebabkan kjaan rugi... lebih 400,000 buah syarikat yg sepatutnya mendaftar, tetapi gagal berbuat demikian di bawah SST... dan ini menyebabkan kjaan hilang hampir RM25 b setiap tahun... hari ini, menerusi sistem GST, kjaan berjaya mengembalikan wang yg selama ini telah tiris dan tercicir akibat kelemahan sistem SST...

ii) Wajarkan GST dimansuhkan? Memansuhkan 6% GST beerti samada dua, kembali kepada sistem lama 16% SST yg memang telah terbukti mempunyai begitu banyak kelemahan, atau, memansuhkan terus apa jua bentuk cukai berkonsepkan consumer tax, baik GST mahupun SST... sebenarnya menghapuskan sebarang bentuk cukai bukanlah satu tindakan bijak yg patut diambil oleh kjaan... kjaan tidak wajar jadi sebegitu bodoh hanya semata-mata mahu mengejar populis... bukan saja kerana sistem GST ini telah dilaksanakan di lebih 160 negara, tetapi, banyak lagi faktor lain yg memerlukan negara mengekalkan sistem GST ini... mmg ada negara yg memansuhkan GST, seperti Marta, Belize dan satu dua negara lain, tetapi negara2 ini bukan bandingan yg tepat untuk Malaysia, memandangkan negara2 tersebut bersaiz kecil dengan kepadatan penduduk yg kurang tetapi disokong oleh sumber pendapatan lain yg mungkin lebih terjamin...

Jika Malaysia menghapuskan terus sistem percukaian seperti GST ini, bermakna kjaan telah meletakkan negara di bawah penguasaan kapitalisme, golongan peniaga bebas mengaut keuntungan dan kekayaan tanpa sebarang kawalan dari kerajaan... yg kaya akan jadi lebih kaya, manakala yg berpendapatan rendah akan dibebani dgn kos kehidupan yg akhirnya menjerumus mereka ke lembah kemiskinan... dan mengambil kira ini semua, tentulah tindakan menghapuskan kutipan cukai sperti GST adalah langkah yg paling bodoh jika kjaan memilih untuk melaksanakannya...


iii) Memang benar, pendapatan negara meningkat hasil drpd petroleum... lebih2 lagi menjelang 2018 bilamana harga minyak dunia dijangka kembali stabil di paras USD55 setong, bermakna hasil minyak negara juga meningkat berbanding yg pernah kita perolehi pada 2015 ketika harga minyak dunia merudum... ditambah dengan kutipan GST mencecah RM42 b, logiknya, akan berlaku lebihan hasil drpd jumlah pendapatan negara... tetapi, untuk kaitkan peningkatan hasil minyak sebagai alasan untuk memansuhkan GST, ia bukanlah satu kaedah pengurusan ekonomi yg bijak...

Banyak lagi cara lain bagi memanfaatkan hasil kekayaan negara untuk rakyat nikmati, selain drpd mahu memansuhkan GST... dan hal ini telah diterjemahkan oleh kjaan berdasarkan Bajet 2018 yg telah dibentangkan baru2 ini... dan terus terang diakui, bajet 2018 adalah bajet TERBAIK yg pernah kjaan tawarkan kpd rakyat, bajet yg ternyata bersifat inklusif, memberi manfaat bermula dari bayi yg belum lahir sehingga ke bantuan Khairat kematian berjumlah RM1000, dari Perlis hingga ke Sabah... terpulanglah jika pembangkang mahu kaitkan bajet ini sebagai gula2 pilihanraya, atau apa pun label yg diberikan... yg penting, rakyat jelata sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, setiap denyut nadi rakyat diambil kira dan kemakmuran negara telah diagihkan dan ia melimpah memenuhi hingga ke depan pintu rumah rakyat Malaysia tercinta... syukur ke hadrat Allah...

iv) Cara fikir dan kaedah pengurusan ekonomi yg ditampilkan di bawah pimpinan YAB DS Najib Razak jelas berada di kelasnya yg tersendiri, malah ia mungkin sudah menjangkaui 5 langkah ke depan berbanding cara fikir pembangkang seperti Fahmi yg telah ketinggalan... apatah lagi cara fikir Tun Mahathir, bukan saja ketinggalan, malah terbukti telah menyebabkan rakyat, kjaan dan negara menanggung kerugian demi kerugian selama beliau memerintah 22 tahun... memang benar Malaysia kaya dengan hasil minyak, tetapi meletakkan kebergantungan kjaan hanya kepada hasil minyak dan komoditi, bukanlah cara pilihan DS Najib...

Sekian lama, hasil minyak dikorek untuk melampiaskan nafsu kekayaan Tun M... ibarat bukit, jika saban hari dikorek dan ditarah, lama kelamaan, bukit yg tinggi pun akan lenyap jadi mendatar... tambahan pula, Malaysia bukanlah kuasa besar dunia yg boleh mempengaruhi naik turun harga komoditi... negara untung jika harga dan permintaan meningkat, tetapi, tidak banyak yg boleh kita lakukan bilamana komoditi utama kita sudah tidak mendapat sambutan hingga menyebabkan harganya jatuh... DS Najib sedar hal ini malah telah mengambil ikhtibar setelah berlaku kejatuhan harga getah, kelapa sawit dan minyak... sebab itu, DS Najib mula beralih fokus dengan memperbanyakkan FDI, memperkasakan ekonomi digital, memperkemaskan sistem pengangkutan, mengambil pendekatan diplomasi antarabangsa yg bijak, dan paling penting, melaksanakan Dasar Transformasi Negara dengan memberi fokus terlebih dahulu kepada perkembangan ekonomi domestik...

Melalui pendekatan ini maka tidak hairanlah kenapa Malaysia masih mampu kekal berdiri utuh dari segi ekonomi sekalipun terpaksa menghadapi suasana ekonomi global yg suram... kjaan juga masih mampu mempertahankan pelbagai dasar2 sedia ada yg memberi manfaat kpd rakyat disampin memperkenalkan dasar2 baru yg juga akan melibatkan jumlah peruntukan yg besar...

6. Soalan kedua saudara Fahmi adalah, apakah benefit yg diterima oleh sektor swasta kerana berdasarkan bajet 2018, kebanyakan yg menerima laba kemakmuran adalah golongan penjawat awam...
Jawapan Shahril ringkas dan bernas... kerana golongan penjawat awam mempunyai akses kpd kjaan... menurut Shahril, kjaan tidak boleh menaikkan gaji, atau mengumumkan pemberian bonus bg pihak swasta kerana ia di luar bidang kuasa dan hak kjaan...

Beberapa perkara yg mungkin Shahril terlupa untuk tekankan... pertama, tindakan pertama yg DS Najib lakukan sebaik saja mengambil alih tampuk pentadbiran kjaan dari Pak Lah walaupun dalam keadaan ekonomi global yg sangat lembab adalah dengan memberikan suntikan sebanyak RM67 b sebagai ransangan kepada ekonomi negara... walaupun tindakan ini memberi kesan kpd jumlah hutang luar negara yg meningkat mendadak, namun ia satu langkah yg tepat, kena pada masanya bagi merancakkan kembali ekonomi domestik... tentunya sektor swastalah yg utama mendapat manfaat daripada suntikan modal ransangan ini...


7. Menetapkan gaji minimum juga merupakan satu langkah yg diambil oleh kjaan bagi membela hak rakyat yg bekerja di sektor swasta... namun perlu juga kita ketahui, tidak guna penetapan gaji minimum dilaksanakan jika kjaan gagal memangkin ekonomi negara hingga menyebabkan sektor swasta tidak mampu melaksanakan pemberian gaji minimum kpd kakitangannya... untuk itu, kjaan telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan ekonomi dalaman kekal aktif dan berdaya saing... satu contoh yg disebut strategi serampang 2 mata adalah melalui pemberian BR1M... selain membantu meringankan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah, pemberian tunai secara terus kpd golongan sasar ini juga merupakan satu bentuk suntikan ransangan kpd ekonomi domestik... wang BR1M yg dibelanjakan akan mengalir dan sekaligus menjadikan ekonomi sentiasa bergerak aktif... sektor swasta yg turut merangkumi golongan peniaga dlm pelbagai bidang dapat terus menjalankan aktiviti perniagaan masing2 dan mengaut keuntungan hasil perniagaan bilamana aliran tunai dalam ekonomi sentiasa aktif... ini belum lagi mengambil kira pelbagai dana2, geran2, bantuan2 yg telah kjaan sediakan bagi membantu sektor swasta... malah pelaburan2 asing yg berjaya dibawa masuk hasil usaha kjaan juga telah dan bakal merancakkan lagi ekonomi negara dan tentunya ia akan melibatkan sektor swasta... atau dengan erti kata lainnya, sektor swasta dan semua yg berada di dalamnya tidak akan ketinggalan merasai nikmat kekayaan negara, selagi mana semua pihak bersatu mempertahankan kemakmuran ini di bawah pimpinan kjaan UMNO BN...

8. Dalam program yg sama juga, saudara Fahmi cuba bermegah kononnya kjaan pimpinan DS Najib tidak ada idea baru, semata-mata meniru idea belanjawan yg dikemukakan oleh pembangkang... 
Mungkin ini sajalah modal yg pembangkang ada, sekalipun ia hanya bersifat kebudak budakan... samada meniru atau tidak, prinsip yg dipegang oleh DS Najib amat jelas, apa saja pandangan yg boleh memberi manfaat kepada rakyat dan negara, perlu diambil perhatian dan dilaksanakan sesuai dengan keperluan, keutamaan dan kedudukan semasa ekonomi... 



9. Kjaan bertanggungjawab tidak akan bergayut di dahan retorik... tidak seperti pembangkang yg bebas menabur seribu satu janji bulan dan bintang kerana mereka tahu akhirnya, mereka tidak perlu menanggung beban tanggungjawab untuk melaksanakan janji2 mereka, selagi mana mereka bergelar pembangkang... lihat saja belanjawan pembangkang yg dipenuhi retorik semata-mata... segalanya disandarkan pada faktor ANDAIAN semata mata... mereka mengandaikan boleh memperolehi hingga RM20 b hanya dengan membanteras ketirisan, sedangkan mereka sendiri tidak mampu nyatakan di mana ketirisan hingga RM20 b berlaku dlm kjaan... mereka andaikan mampu sediakan subsidi RM250 seorang bagi setiap gaji minimum yg dinaikkan kpd RM1500... kononnya kjaan akan perolehi peningkatan 20% hasil apabila gaji minimum dinaikkan... tetapi mereka tidak boleh beri jawapan apabila ditanya dari mana datangnya 20% tersebut...

10. Semua jelas hanya retorik pembangkang... mana mungkin sebuah negara boleh bergerak maju hanya bersandar pada retorik andaian sahaja... retorik mungkin sesuai digunakan utk menipu rakyat... sepertimana kerajaan negeri P. Pinang pimpinan DAP menggunakan retorik kononnya ingin menyediakan pelbagai projek bertaraf mega untuk rakyat seperti projek terowong dasar laut, projek LRT dll... semuanya hanya sedap didengar... realitinya, cas dan surcaj air masih dinaikkan oleh kjaan negeri P. Pinang ke atas rakyatnya, malah lebih hina lagi, hingga kini mereka masih gagal memansuhkan tol Sungai Nyior walaupun sudah berkali kali menggunakan modal retorik yg sama menipu rakyat... 


Kini terpulanglah kepada kebijaksanaan rakyat... samada mahu memilih kaca yg berlagak seperti intan, atau memilih permata dan emas yg memang terserlah akan kekal berharga...

#SahabatSMB

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama