Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! Ekonomi Negara Pernah Jatuh Ke Tahap TERBURUK Dalam Sejarah... INI BUKTINYA... #SahabatSMB

BANDINGAN EKONOMI MALAYSIA ZAMAN TUN MAHATHIR DENGAN ERA DS NAJIB... ANGKA TAK MUNGKIN AKAN MENIPU...


Alhamdulillah... dalam kita menghitung hari menjengah ke tahun baru 2017, ekonomi Malaysia terus dipacu dengan begitu cemerlang meninggalkan 2016 yg gemilang... walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global, namun Malaysia masih mampu survive dan berjaya menyerap kesuraman ekonomi dunia hingga tidak meninggalkan kesan yg ketara...

Bagi tempoh suku ketiga 2016, ekonomi negara terus berkembang dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.3 peratus... Pertumbuhan yang menggalakkan ini disokong oleh ekonomi domestik yang berdaya tahan dengan sektor swasta kekal memacu pertumbuhan ekonomi. Pembentukan modal tetap kasar (GFCF) berkembang 2 peratus disokong oleh pelaburan awam dan swasta...



Kedudukan terkini hutang kerajaan persekutuan pada akhir September lalu adalah sebanyak RM643.6 bilion atau 52.2 peratus daripada KDNK, dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana... Daripada jumlah hutang tersebut, 96.5 peratus (RM620.8 bilion) adalah hutang domestik, sementara 3.5 peratus (RM22.8 bilion) merupakan pinjaman luar pesisir...
Kedudukan pasaran modal tempatan pula kekal berdaya tahan berdasarkan saiz pasaran bon, pasaran sukuk global, prestasi indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dan modal pasaran yang dicatatkan Bursa Malaysia... Pada 30 September lalu, indeks FBM KLCI mencatat perkembangan sebanyak dua peratus kepada 1652.55 mata dengan prestasi modal pasaran berkembang sebanyak 6 peratus... Pegangan saham asing ke atas ekuiti negara pula meningkat kepada 23 peratus...



Berhubung aspek diversifikasi ekonomi, bagi tempoh separuh pertama 2016, sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 54 peratus kepada KDNK negara diikuti sektor pembuatan (24 peratus), sektor pertanian (7.7 peratus), perlombongan (9.2 peratus) dan pembinaan (4.6 peratus)...
Kedudukan rizab antarabangsa negara meningkat sebanyak AS$2.5 bilion kepada AS$97.8 bilion sehingga 31 Oktober 2016, berbanding AS$95.3 bilion direkodkan pada akhir 2015... paras rizab terkini itu mencukupi untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negara bagi jangka pendek.


(IKLAN)


Berdasarkan kenyataan dan angka2 yg aku sebut di atas, jelas sekali, mustahil untuk kita katakan bahawa ekonomi negara sedang menuju ke arah kebankrapan...

Sebenarnya salah satu faktor yg boleh menentukan jatuh bangunnya ekonomi sesebuah negara adalah bagaimana rakyat negara tersebut dapat menguruskan spekulasi yg sentiasa berlegar untuk mempengaruhi minda mereka... terpengaruh dengan spekulasi negatif pastinya memberi kesan kepada keupayaan rakyat menyerap apa jua realiti semasa yg berlaku... dan ini akan turut menjejaskan ekonomi negara secara holistik...

Di bawah, aku kongsikan beberapa statistik dalam bentuk graf agar mudah kita faham berkenaan realiti yg berlaku hari ini, yg cuba digembar-gemburkan sebagai satu krisis oleh pihak tidak bertanggungjawab, dengan kedudukan yg sebenar-benarnya dianggap krisis, seperti yg pernah kita hadapi sekitar tahun 1997-1998...


Menurut graf di atas, memang benar berlaku penyusutan terhadap kuasa membeli di kalangan rakyat terhadap kenderaan pengangkutan persendirian mahupun komersil bagi tahun 2016 berbanding 2015... namun ia bukan lagi sampai ke peringkat KRISIS jika dibandingkan dengan penyusutan yg pernah berlaku pada tahun 1998...


Begitu juga dengan Indeks Saham Bursa Malaysia... berlaku sedikit penyusutan, tetapi ianya tidak ketara jika dibandingkan kejatuhan mencecah 80% pada tahun 1998...


Matawang Ringgit juga pernah terpaksa ditambat ketika 1998 apabila ia menjunam jatuh dalam tempoh yg sangat singkat... sedangkan sekarang, kerajaan masih optimis serta masih mempunyai pelbagai pilihan alternatif untuk memastikan nilai ringgit kekal stabil walaupun sedikit menyusut...


Sebenarnya, bukanlah bermaksud kita boleh bersenang lenang dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi semasa ini... kerajaan dan rakyat perlu sentiasa berganding bahu dan bergantung harap antara satu sama lain bagi memastikan ekonomi negara kekal stabil... janganlah kita terlalu berfikiran negatif terhadap kemampuan kerajaan dalam menangani keadaan ekonomi, kerana baik buruk kesannya akan turut dirasai oleh semua pihak termasuk rakyat...


Sumber  : Lim Sian See

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama