Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! Tun Mahathir Rugi Hampir RM5 Bil... Apabila 3 Ekor Lembunya 'Terpereluih' Masuk Ke Perangkap AzwanBro... #SahabatSMB

AZWANBRO MEMANG BIJAK... JANGAN HARAP AZWAN AKAN MEMOHON MAAF... AZWAN CUMA MENGALU-ALUKAN TINDAKAN SAMAN DRPD TRIO TAN SRI, JIKA SUDI...


Bagi aku, tarikh 20 Julai 2016 adalah tarikh bertuah yg telah meletakkan DS Najib mendahului jauh di hadapan dengan kelebihan yg tak mampu disangkal lagi... rentetan peristiwa yg berlaku bermula dengan tindakan mengejut pihak Department Of Justice (DOJ) US, sebenarnya telah membongkar banyak rahsia, menjawab pelbagai teka teki malah turut membuktikan pelbagai spekulasi yg bermain di benak...

Puak Pakatun dan Anti Najib Club (ANC) pada awalnya seolah meraikan satu kejayaan besar sebaik saja tindakan yg dibuat oleh DOJ dan disusuli dgn kenyataan media oleh Peguam Negara Amerika... bagi mereka ini adalah checkmate buat Najib... walaupun hakikatnya, kebanyakan daripada mereka sendiri pun sebenarnya langsung tidak memahami apa sebenarnya yg berlaku... hingga ada yg kononnya berasa syukur, Najib akhirnya akan dipenjara di Amerika... memang bengap!!!


Tapi, satu perkara yg kita mungkin terlepas pandang adalah, jikz kita imbas semula 2 hari selepas pengumuman DOJ ini, muncul 1 nama yg tidak asing, Datuk Mohamad Shafee Abdullah yg mengaku sedang menanti lampu hijau untuk beliau bersama beberapa orang pegawai SPRM berangkat ke Amerika... Datuk Shafee turut mengaku mempunyai bukti yg kukuh untuk melibatkan keluarga Tun M... namun, hal ini kemudiannya didiamkan begitu saja, malah tidak dapat dipastikan samada Datuk Shafee telah berangkat ke Amerika atau tidak...

Dalam hal ini, aku yakin, memang ada sesuatu dalam tangan Datuk Shafee... 'sesuatu' yg boleh merubah senario isu yg berlaku hari ini... dan tentunya, lampu hijau yg dimaksudkan adalah datang dari Pejabat Perdana Menteri sendiri... bilamana seorang pendakwaraya yg terkenal telah mengaku secara terbuka memiliki bukti2 penting tertentu, bermakna ia memang penting... malah tidak keterlaluan jika dikatakan, sekiranya wujud pendakwaan berdasarkan bukti2 yg dimaksudkan, tidak mustahil, selepas ini, kita mungkin akan dengar, individu berprofil tinggi dihukum penjara 20 tahun sebagai hukuman... memang sesuatu yg sgt malang, jika seseorang yg sudah berkhidmat dan berjasa kpd kjaan dan negara selama puluhan tahun, akhirnya terpaksa menghabiskan masa pencennya di penjara hanya gara2 berkonspirasi... DALAM HAL INI, TENTUNYA, NAJIB BUKANLAH SEORANG PERDANA MENTERI YG KEJAM DAN ZALIM...


Dari mana pula datangnya Azwan Bro? Apakah hubungan Azwan dan Datuk Shafee? Sebenarnya, Datuk Mohamad Shafee merupakan penasihat undang2 kpd pergerakan pemuda dan peguam kepada AzwanBro... dan pastinya mereka saling mengenali antara satu sama lain... jadi, rasanya, korang sendiri dah faham kenapa Azwan Bro berani tampil membuat laporan polis ke atas trio Tan Sri ini... Najib mungkin tidak membenarkan Shafee terus menerjah DOJ, kerana akibatnya sgt buruk kpd mereka2 yg telah membocorkan maklumat negara kpd US... bagi Najib, selagi boleh kawtim, kita kawtim dulu... golongan yg tersasar ini mungkin tersilap pilih jalan akibat terpengaruh... walhal jika nak diikutkan, Najib sudah punyai cukup maklumat untuk sumbat trio TS ini paling kurang 20 tahun penjara bawah seksyen 124 ... INILAH ANTARA SEBAB KENAPA AKU SANGAT MENGHORMATI DS NAJIB, JAUH DI LUBUK HATI, TETAP ADA RASA SIMPATI DAN KASIHAN SEKALIPUN KPD MEREKA YG SABAN HARI MENYERANG DIRINYA DAN KELUARGANYA...

Untuk menghentikan gerakan konspirasi ini, maka Azwan tampil membuat laporan polis... tujuannya, nak bagitau kpd Tun M dan trio TS ini, bahawa identiti mereka sebagai pengkhianat sudah terdedah, siap dgn bukti lagi... sbb itu, sebaik saja Azwan buat laporan polis kira2 jam 1 tengahari, maka terloncat dan terkejut lah mereka2 ini...


Malah Tun M sendiri terpaksa menarik emergency brek sebelum melakukan apa2 serangan susulan terhadap Najib dan 1MDB... sememangnya, laporan Azwan bukan perkara main2 atau sekadar acah, kerana di belakang Azwan ada Datuk Shafee...


Maka, tidak ada pilihan lain, mahu tidak mahu, trio TS ini perlu buat pilihan, samada mahu kekal bersama Tun M menyerang Najib dan ambil risiko untuk mengabaikan laporan yg Azwan buat, atau tarik diri dan menghentikan serta merta segala yg sudah bermula angkara maklumat yg mereka salurkan...

Agak korang?

Semalam, DOJ telah mengumumkan untuk menarik balik sekatan yg dikenakan ke atas individu2 yg terlibat... malah wujud ura2 dari sumber dalaman mengatakan bahwa Presiden Amerika, Barack Obama telah mengarahkan Peguam Negara Amerika menutup kes ini secara perlahan-lahan... pihak US tentunya tidak boleh menutup sesatu kes secara onthe spot, kerana ia akan memberi cerminan negatif kpd tahap intergriti DOJ... jadi DOJ akan tutup kes ini secara sikit demi sedikit, seolah-olah menggambarkan ianya adalah berdasarkan hasil siasatan yg telus, yg gagal menemui sabitan untuk merampas aset2 yg terlibat...


Dan, selepas DOJ umum perkembangan ini, muncul pula kenyataan media dari Ketua Polis Negara yg akan menutup kes bagi laporan yg dibuat oleh Azwan... kononnya dengan alasan bahawa, Azwan tidak ada bukti dan laporan dibuat hanya berdasarkan andaian...

Kat sini, korang kena paham prosedur laporan polis dan implikasinya... perlu diingat, AZWAN TIDAK MENARIK BALIK LAPORAN POLIS YG TELAH DIBUAT... setiap laporan polis, sebelum kertas siasatan dibuka, pengadu perlu kemukakan terlebih dulu asas laporan dibuat, termasuk bukti2 yg benar dan sahih... jika ada bukti yg boleh mensabitkan sesatu laporan, barulah kertas siasatan difailkan dan dikira satu kes... jika pengadu gagal kemuka bukti, atau enggan kemuka bukti, atau mmg tidak ada bukti, maka laporan tersebut hanya akan dianggap sebagai satu aduan, dan tiada kertas siasatan dibuka, pada ketika itu...

Pihak polis tidak boleh dakwa membuat laporan palsu terhadap aduan, yg belum dibuka kertas siasatan... melainkan jika pihak polis sudah memulakan kertas siasatan, jika didapati ianya satu laporan palsu, tindakan boleh dikenakan... dalam hal Azwan, beliau telah membuat laporan polis terhadap trio TS... pihak polis telah beri satu tempoh untuk Azwan kemuka semua bukti...


Mungkin, telah wujud kawtim dalam tempoh ini, hingga mendorong DOJ menarik balik sekatan... maka sebagai balasan, Azwan tidak kemuka bukti kpd polis, menyebabkan pihak polis tidak dapat menfailkan kertas siasatan... namun, memandangkn Azwan tidak menarik balik laporan, maka ia akan direkod sebagai satu aduan biasa...

Menariknya, pada bila2 masa, Azwan boleh serah semua bukti berdasarkan aduan tersebut untuk dibuka kertas siasatan kes, sekiranya didapati kawtim yg mungkin telah dipersetujui, telah dikhianati... dalam keadaam ini, jelas, Azwan sedang memegang tali yg diikat di tengkok trio Tan Sri ini...


Nak suruh trio TS saman Azwan? Memang Azwan sangat alu-alukan, jika mahu lihat semua bukti yg boleh menyebabkan trio ini merengkok 20 tahun diserah kpd polis...

Nak desak Azwan mohon maaf??? LU SAPA!!!

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama