Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] Tun Mahathir Tak Mungkin Boleh Survive Dgn Cabaran Ekonomi Sekarang... Jika Krisis Ekonomi 97-98 Diambil Kira... #SahabatSMB

LANGKAH NAJIB BERDEPAN CABARAN EKONOMI JAUH LEBIH BIJAK DARIPADA PEMIMPIN TERDAHULU... INI BUKTINYA...

Najib selesai membentangkan penstrukturan semula Bajet 2016... Alhamdulillah, semua andaian, jangkaan, telahan dan tekaan yg dibuat oleh puak pengangkang Pakatun Heqhot dan gerombolan anti-Najib tidak tepat malah jauh tersasar... maklum sajalah, bila orang bodoh cuba berlagak pandai, mmg huduh bunyinya...


Beberapa perkara yg dibentangkn oleh Najib telah menarik perhatian aku, tp sebelum tu, kita terlebih dulu perlu faham bahawa penstrukturan Bajet 2016 ini tidak melibatkan pertambahan jumlah bajet yg memerlukan sokongan parlimen... ia cuma bertujuan mengemaskini bajet sedia ada dgn beberapa langkah penjimatan dan dlm masa sama memastikan fokus bajet sedia ada akan lebih terarah kpd golongan sasar...

Antara perkara yg menarik perhatian adalah :

1) pengurangan potongan caruman dr gaji pekerja dlm KWSP sebyk 3% sehingga Disember 2017...

2) diskaun sehingga RM2k drpd cukai pendapatan yg dibayar melibatkan mereka yg mempunyai pendapatan kurang drpd RM8k sebulan...

3) pemansuhan AP ke atas beberapa keperluan makanan sepatutnya dapat menurunkan harga jualan keperluan tersebut kpd pengguna...

4) penubuhan pasar FAMA di 10 lokasi utama seluruh negara dgn menawarkan sehingga 25% harga lebih murah berbanding harga pasaran...

5) 20kg beras percuma setiap bulan kpd keluarga yg layak...

6) KPDNKK diarah menambah lg bilangan kedai harga berpatutan, di samping mempergiatkan penguatkuasaan kpd peniaga yg tidak beretika...

7) rumah yg berharga bawah RM300k hanya akan dijual kpd mereka yg sedang mencari 'rumah pertama'...


Salah satu fokus utama kjaan dlm penstruturan bajet kali ini adalah melalui beberapa langkah penjimatan kos serta meminimakan ketirisan yg mungkin berlaku... antara langkah tersebut termasuk :

1) mengetatkan penguatkuasaan di kawasan2 bebas cukai, membabitkan penjualan rokok, arak dan kereta...

2) mengkaji semula dan mengurangkan pemberian geran kpd badan2 berkaitan kjaan, GLC2 dan syarikat2 swasta...

3) mengenalpasti mereka2 yg sering mengelak cukai, termasuk dgn cara menawarkan diskaun kpd mereka di atas cukai2 tertunggak...

4) mengarahkan pihak GLC agar mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kakitangan dan pihak atasan...


Penstrukturan semula Bajet 2016 ini terpaksa dibuat memandangkan pendapatan negara yg menyusut berpunca drpd kejatuhan harga minyak mentah hingga mencecah di bawah paras USD30 setong, di samping kejatuhan nilai ringgit... keadaan semasa yg berlaku hari ini sebenarnya di luar kawalan kita, malah ia turut mempengaruhi kelembapan ekonomi negara lain termasuk USA, Brazil, China dll...

Namun, usaha kjaan yg sentiasa proaktif bg memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing telah mendapat pengikhtirafan dr badan2 pemantau bebas dr seluruh dunia... kjaan optimis dlm memastikan aktiviti ekonomi domestik tidak terjejas dgn keadaan ekonomi dunia... kjaan juga yakin dpt mengekalkan kadar pertumbuhan KDNK  sekitar 4.5% dgn defisit fiskal sebyk 3.1%...


Ini sekaligus menafikan dakwaan pelbagai pihak kononnya negara kini diambang kebangkrapan... mungkin ramai yg terlupa, negara pernah mencatat kejatuhan KDNK hingga ke paras -7.5% pada zaman TUN MAHATHIR mentadbir negara, hingga memaksa kjaan mengenakan langkah tambatan ringgit serta kawalan modal bg menstabilkan semula ekonomi negara...

Ketika itu juga, negara mencatat sejarah apabila indeks mata KLCI jatuh ke paras paling buruk iaitu sekitar 250 mata... jd tidak hairanlah ketika itu, DS Anwar Ibrahim yg juga Menteri Kewangan cuba tampil dgn pakej rangsangan drpd IMF kononnya bg menyelamatkan ekonomi negara dan secara tidak langsung menyerah ekonomi negara dlm genggaman spekulator matawang, George Soros...


Berbeza sekarang, Najib masih boleh bertahan tanpa sebarang tambatan ringgit mahupun kawalan modal... Najib juga masih belum menggunakan mana2 talian hayat sbg suntikan modal bg merangsang ekonomi, sepertimana yg dibuat oleh Jepun... langkah yg diambil oleh Najib lebih kpd persediaan awal bg menghadapi sebarang kemungkinan... walaupun musuh Najib sering menggunakan alasan hutang negara yg tinggi, namun sebenarnya ia masih di bawah takat maksima iaitu 55% berbanding KDNK...


Kita sewajarnya lebih bersyukur kerana dikurniakan seorang pemimpin yg bijak dan bertanggungjawab... ketenangan beliau sekalipun berdepan dgn pelbagai dugaan, ditambah dgn panahan fitnah yg bertali arus telah mengangkat darjat dan kedudukannya... semoga Allah sentiasa melindungi mereka2 yg berada di jalan kebenaran...


By Muhammad Ariff Ahmad

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama