Advertisement - Contact Us

VIDEO [ISU SEMASA] PANAS!!! 'Riot' Di Plaza Low Yatt... Peniaga 'Kaki Kencing' Memang Patut Diajar... #SahabatSMB

Mamu angkat salute satu kali dekat mamat Melayu ni... memang beranilah mamat ni... berani kerana benar... berani kerana tak puas hati... Mamu rasa tak ramai di kalangan kita, malah termasuk Mamu sendiri berani nak pi terjah membuta tuli... masa muda remaja, darah tengah panas, mungkin berani kot...


Seorang lelaki dikatakan telah membeli sebuah handphone brand Oppo dari seorang peniaga di Plaza Low Yatt... peniaga tersebut cuba meyakinkan mamat ni kononnya HP yang ditawarkan itu bukan dari jenis clone..

Akhirnya hinggalah mamat ni terpengaruh lalu membeli HP tersebut dgn keyakinan bahawa HP itu bukan dari jenis clone...  mungkin mamat telah bertanyakan pandangan dari rakannya tentang Hp yang dibeli dan dia diberitahu bahawa Hp tersebut bukan jenis ori, seperti yg disangka tetapi dari jenis clone gred AAA...


Perkara ni membuatkan mamat ni hangin satu badan kerana berasakan dirinya telah ditipu... lalu sebelah malamnya, mamat ni kembali ke kedai tersebut bagi mendapatkan penjelasan... berlaku pertengkaran antara kedua pihak apabila peniaga cuba mempertahankan HPnya...

Hinggalah mamat ni berjaya buktikan pada peniaga tersebut bahawa Hp yang dibelinya tidak ori... ini menyebabkan peniaga tersebut termalu alah kerana tahu tembelangnya telah pecah, lalu peniaga ini telah keluarkan set yang ori... mamat ni ingat itulah set yg sepatutnya menjadi miliknya lalu dia pun mengambil set tersebut dan terus berlalu pergi...

Melihat keadaan itu, peniaga tersebut tiba-tiba menuduhnya mencuri... dan di sinilah bermula segala kisah...

Jom tonton video kejadian yg sempat dirakam...

Sumber : Malaysia Bolehland

Mamat ni berjaya buktikan pada polis yg dia telah membeli Hp yg sepatutnya dari peniaga tersebutkan berdasarkan resit pembelian... setelah dibebaskan, akibat tidak berpuas hati dengan penipuan peniaga tersebut, mamat ni apa lagi, angkut batalion terjah Plaza Low Yatt...


Sebenarnya, ini bukanlah kes penipuan pertama yg berlaku melibatkan peniaga di Plaza Low Yatt... malah tempat ni memang terkenal dengan sikap peniaga yg suka mengambil kesempatan ke atas pembeli yg mungkin kurang ilmu dlm bab2 software ni...

Bayangkan jika yg datang terdiri daripada pakcik atau makcik yg ikut saja cakap peniaga, nak tanya pun tak tau nak tanya apa maka diiakan saja apa pun gebang kencing peniaga... satu lagi masalah Hp jenis clone ni... terus terang mamu bagitau, boleh dikatakan 95 percent Hp clone sama seperti yg ori... hanya mereka yg tahu dan mahir saja yg dapat bezakan... malah beza harga antara keduanya sangat jauh... cth, HPSamsung S4 ori berharga antara RM1500 ke RM2000 manakala jenis clone model yg sama, rupa yg sama tetapi hanya berharga RM300 sahaja... bayangkn keuntungan yg boleh diperolehi peniaga penipu jika berjaya kencing pembeli dgn menjual Hp clone dgn harga Hp ori...

Apapun nasihat mamu, berhati-hatilah walau dimana pun kita membeli belah... jadilah pembeli yg bijak... sesatu barang apabila ditawarkan dengan harga yg sgt murah sedangkan kita tahu harga asalnya lebih mahal, pasti ada yg tidak kena... jadi sentiasalah berwaspada dengan penyangak kaki kencing peniaga penipu..



By Mamu Karapoley

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama