Advertisement - Contact Us

[POLITIK] PANAS!!! Pakatan Rakyat (PR) Hancur Tinggal Sejarah... Azmin Pula 'Tuang' Meeting Takut Melepas Jawatan MB... #PRhancur #KekalNajib #suaramelayubaru

Kompom!!! Pakatan Rakyat yang selama ini menjadi pujaan kononnya sebagai ganti kerajaan Barisan Nasional untuk ke Putrajaya sudah pun hancur berkecai... cita2 dan harapan akhirnya 'ke laut' perginya...


 

Perkara ini semalam disahkan sendiri oleh bos nombor 1 DAP, YB Lim Kit Siang sewaktu diajukan soalan oleh pihak media... DAP menerima usul yang dikemukakan oleh PAS melalui muktamar yg diadakan baru2 ini di mana PAS telah menamatkan hubungan bersama Dap...


Bagi Kit Siang, DAP tidak perlu menunggu pengumuman dari Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang kerana kemelut ini berpunca dari PAS dan hanya melibatkan DAP... Di sini pun sebenarnya sudah Nampak peranan Wan Azizah yang hanya menjadi tunggul dalam Pakatan Rakyat...


Harus diingat, PR dibentuk hasil persefahaman 3 parti utama iaitu PAS, PKR dan DAP... jadi tidak logic jika PR cuba dikekalkan sedangkan 2 parti utamanya sudah pun mengumumkan untuk tidak lagi bekerjasama...

Aku sebenarnya kurang berminat untuk menghuraikan dengan panjang lebar sejarah pembentukan PR ni kerana memang sudah dijangka satu masa PR akan berpecah... Pakatan yang dibentuk atas matlamat yang tidak jelas dan masing-masing membawa dasar perjuangan yang berbeza, jadi tidak hairanlah retak yang selama ini berulang kali digam akhirnya akan terburai juga...
 

Apa yang mungkin menarik minat aku adalah signifikan dari perpecahan ini... apa akan berlaku kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh gabungan Pakatan Rakyat ini?

Dan sudah pastilah, yang paling terkesan akibat dari perpecahan ini adalah PKR... Kepimpinan PKR sekarang benar-benar berada dalam dilemma, samada mahu bersama DAP atau PAS... kenapa? kerana PKR merupakan parti dalam PR yang tidak mempunyai asset kukuh atau lebih tepat lagi kerajaan negeri yang solid dalam genggaman...

Sehingga semalam pun, walaupun berlangsung mesyuarat Biro Politik PKR, namun tidak ada jawapan khusus yang dapat diberi berhubung dilemma ini... Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR merangkap MB Selangor tidak hadir ke mesyuarat penting... Mungkin disebabkan Azmin masih memerlukan lebih masa untuk melihat perkembangan politik semasa khususnya berhubung cadangan penubuhan parti baru, pakatan yang perlu disusun rapi dalam kerajaan negeri Selangor dan beberapa hal lain sebelum keluar dengan keputusan halatuju PKR...
 

 

 Jadi tidak hairanlah tindakan Azmin ini telah mendapat kritikan pedas dari seteru dalamannya, Chegu Bard...

Berbalik kepada halatuju PKR tadi, seperti kita sedia maklum, DAP sudah memiliki kerajaan negeri Pulau Pinang dengan kedudukan yang teguh dan tidak mampu digoyah walau dari penjuru mana sekalipun... PAS yang bermodalkan 1 kerusi di Pulau Pinang tidak akan mampu menggugat kedudukan DAP sekalipun YB Salleh Man dipaksa untuk bekerjasama dengan UMNO... beberapa kerusi milik PKR pasti akan playsafe dan bersama pimpinan DAP jika tidak mahu kehilangan jawatan...

Begitu jaga halnya di Kelantan, PAS merupakan dominan dalam kerajaan negeri... beberapa ADUN PKR di Kelantan sekali lagi terpaksa playsafe manakala ADUN pembangkang di Kelantan yakni UMNO akan memilih untuk tidak struggle merampas kerajaan negeri kerana mereka sendiri mahu melihat keupayaan kerajaan PAS Kelantan mengotakan janji mereka dalam isu pelaksanaan hudud...


DAP = 1, PAS = 1... yang tinggal PKR... dan sekarang satu-satunya negeri yang di tadbir oleh PKR secara atas kertasnya adalah Selangor, walaupun PKR bukanlah majority di kalangan Pakatan Rakyat... perkembangan politik yang berlaku mencetuskan pelbagai spekulasi terhadap masa depan kerajaan negeri Selangor...

PAS memiliki 15 kerusi, PKR pula 12 kerusi, DAP ada 13 kerusi manakala UMNO selaku pembangkang memenangi 12 kerusi dan 1 kerusi Bebas milik mantan MB Selangor... Jika dicongak dari sudut manapun Nampak seolah-olah peluang untuk Azmin kekal sebagai MB agak tipis... perlu diingat 2 ADUN PAS telah digantung selama 1 tahun...

Jika PAS Selangor memilih untuk bekerjasama dengan UMNO dan Berjaya memancing ADUN Bebas dengan jawatan MB maka akan berlaku peralihan kuasa, sekalipun 2 ADUN yang digantung tidak diambil kira... MELEPAS AZMIN...

PKR pasti tidak akan memilih untuk bekerjasama dengan PAS dan menolak keluar DAP sebagai pembangkang... Walaupun boleh dikatakan kedudukan Azmin akan selamat namun ia akan memberi kesan kepada hubungan PKR - DAP... Pilihan ini agak mustahil apatah lagi beberapa ADUN PKR lebih pro DAP berbanding PAS...

Mahu tidak mahu, Azmin perlu berusaha memancing sekurang-kurangnya 2 atau lebih jika mahu lebih selamat ADUN PAS agar memihaknya... Ini juga merupakan sesuatu yang sukar memandangkan ADUN PAS terikat dengan keputusan parti dan pastinya masih terngiang-ngiang baiah cerai isteri yang dilafazkan sewaktu hendak menjadi calon tempoh hari... melainkan ADUN PAS tersebut mengosongkan kerusi DUNnya untuk diadakan PRK semula... dan peluang kembali 50-50...

Atau, pilihan yang paling dibenci dan hanya akan berlaku jika sudah tidak ada pilihan lain lagi ialah terpaksa membubarkan DUN dan diadakan PRK peringkat DUN Selangor... untuk pilihan ini, Azmin terpaksa tunggu dan pastikan penubuhan parti baru seperti yang diwar-warkan untuk menggantikan PAS dapat dilaksanakan secepat mungkin... berkemungkinan PASMa sebagai parti baru akan diletakkan untuk bersaing di kawasan milik PAS totok...

Apapun yang berlaku pastinya ia akan menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik Negara... seperti kata Ku Li bahawa politik itu sesuatu yang luar dugaan dan itu yang membuatkan ia menarik untuk diselusuri...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama