Advertisement - Contact Us

[ISU SEMASA] HOT!!! UMNO Serang UMNO... Video Ahli Parlimen Tasek Gelugor Buat Laporan Polis Ke Atas Blogger Pembelit... #suaramelayubaru

Lagi serangan membuta tuli daripada kaki2 auta ke atas kepimpinan UMNO Bahagian Tasek Gelugor serta Parlimen Tasek Gelugor keseluruhannya... tak tau daripada mana berahak2 ni, tiba2 sahaja muncul untuk mengkucar-kacirkan keharmonian di dalam Parlimen Tasek Gelugor...


Apa yang pasti, niat mereka jahat dan sememangnya ada agenda tersembunyi yang sedang mereka usahakan... aku tidak berniat untuk bermusuh dengan mana2 pihak tetapi jika ada pihak yang cuba bermain api, ini amatlah mendukacitakan...

Baru minggu lepas, ada blog yang cuba membangkitkan isu pembangunan semula TUDM Butterworth dari perspektif salah dan aku cuba memperjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik isu TUDM ini: (Klik link di bawah)


Kali ini sekali lagi Tasek Gelugor cuba dijadikan fokus oleh kaki2 auta ini... entah maklumat mana yang diterimanya pun kita tak tahu... modal biasa yang blogger ni akan guna "menurut sumber yang diterima"... agaknya kalau pokok kelapa boleh bercakap pun mungkin akan menjadi sumber blogger ni...


Memang program retreated seperti yang didakwa oleh blogger ini telah berlangsung di sebuah hotel di Perlis... Namun di dalam ucapan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor dan Pengerusi PERDA, YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya tidak ada langsung unsur2 memperleceh, memperkecil, mengkritik, menghina, mencabar atau seumpama denganya kredibiliti serta kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia... jauh sekali menuduh PM sebagai bacul dan tidak mampu membuat keputusan, seperti yang didakwa oleh blogger ini...

Ekoran daripada tuduhan berunsur fitnah ini, satu laporan polis telah dibuat oleh YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya di Balai Polis Dang Wangi tengahari tadi ke atas blogger pembelit tersebut...

Jom saksikan video kenyataan media yang dibuat oleh YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor ini sejurus selepas selesai membuat laporan polis...




Pihak berkuasa polis akan menjalankan siasatan di atas laporan yang telah dibuat samada wujud unsur2n memfitnah atau cubaan menghasut...


Sangat malang bagi aku apabila ada pihak yang sedang berusaha keras untuk melaga-lagakan sesama barisan kepimpinan khususnya terhadap Perdana Menteri... lebih malang lagi jika usaha itu datangnya dari dalam UMNO sendiri...

Jom lihat kenyataan media bertulis oleh YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya...

"Ahli Parlimen Tasek Gelugor Buat Laporan Polis Terhadap Blog Parpukari"

Oleh: Azlina Rosdy

"KUALA LUMPUR, 17 Jun – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya hari ini membuat satu laporan polis terhadap seorang blogger yang didakwa berniat jahat menfitnah dan ingin melaga-lagakan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Ujarnya, blog parpukari.blogspot.com tersebut telah dengan sengaja menyebarkan fitnah kononnya beliau telah menuduh Perdana Menteri sebagai bacul ketika berucap pada satu majlis di Tasek Gelugor Pulau Pinang. 
“Dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya laporan yang ditulis di dalam blog tersebut. Ia adalah satu laporan yang mungkin didalangi oleh pihak-pihak tertentu bagi merosakkan nama baik saya dan juga nama baik Perdana Menteri serta menjejaskan hubungan baik UMNO Tasek Gelugor dengan Perdana Menteri. 
“Laporan tersebut dengan niat jahat dan fitnah telah menuduh bahawa saya mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bacul kerana tidak membuat keputusan serta mengapi-apikan pengikut di bahagian Tasek Gelugor supaya membenci Perdana Menteri. 
“Ini adalah fitnah amat jahat dan perlu ditentang sehabis-habisnya. Selaku Ketua UMNO bahagian dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor juga Pengerusi Perda saya bersama seluruh ahli UMNO di bahagian saya ingin menyatakan kami adalah penyokong tegar kepada Perdana Menteri dan kepimpinannya. 
“Kami akan sentiasa bersama Najib dan membantu beliau untuk mentadbir dengara ini dengan sebaik-baiknya,” ujarnya kepada UMNO-Online. 
Beliau turut melahirkan rasa kesalnya terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab ini yang cuba melaga-lagakan pemimpin UMNO. 
Beliau amat berharap agar rakyat jangan mudah terpengaruh dengan apa yang disebarkan di laman sosial. 
“Kita harus mencari kebenarannya dahulu. Jangan mudah percaya kepada sumber di laman sosial kerana ianya belum tentu sahih,” katanya. 
Laporan polis itu telah di buat di Balai Polis Jalan Dang Wangi pada jam 10 pagi tadi."

Sumber   : Media UMNO

Sepatutnya di saat kemelut meruncing melanda Pakatan Rakyat sekarang, UMNO perlu menggunakan ruang sepenuhnya untuk merapatkan ukhwah dan saf kepimpinan serta mengambil kesempatan menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno Bn... ini tidak... UMNO juga sedang bergelut dengan masalah dalaman yang tidak kurang hebatnya... bukan dengan musuh luar, tetapi sesama saudara Umno sendiri..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama